Friday, April 12, 2013

Percaturan senyum

Muka masam. Bergaduh dengan diri sendiri. Suka hati cakap lepas dengan orang selembut dia. Dia baik hati. Dia penyayang. Dia penyabar. Hari ini terasa first time kene marah dengan dia. Rasa nak menangis sebab diri sendiri tak sabar dengan mulut. Mulut boleh jadi durjana.

Tenangkan diri. Sms dia minta maaf. Takut nak jumpa dia. Elak.

Malam ini, berdoa tak nak terserempak dengan dia.

Ambil alQuran. Baca alQuran kuat-kuat. Lepas geram. Makin kuat makin sedap. Makin sedap makin leka dengan alQuran. Bestnya!

Lepas dah habis, berhenti sat muka surat akhir. Suara dah slow. Hati tenang sikit.

Malam ini malam memberi. Membebel macam mak minah masuk gol. Bersorak dengan ayat-ayat keimanan. Alhamdulillah.

Terserempak dengan sahabat.

"Ni kenapa plak dah... sengih memanjang je nih?"

"Salah ke?"

"Luar biasa tampaknya..."

"Baru habis memberi. KO FAHAM TAK PERASAAN ORANG YANG MEMBERI?"

"Owh oooooo oke"

Beberapa jam baru habis nak senyum.


Hipotesis,
Lagi banyak memberi, lagi banyak senyuman terukir. Lagi banyak berkongsi, lagi banyak senyuman dicalit.

Pada mula ingin putus asa. Bosan memberi.

Tapi Allah bagi senyuman. Senyuman yang tak semua orang faham dan tahu. Senyuman bahagia. Karenah anak-anak. Macam-macam ragam. Macam-macam usikan.

Allah mahu kita lalui ujian. Baru kita ketemu jawapan.

Terkadang jawapan sudah di hadapan mata. Kita asyik lupa. Allah uji kembali agar kita ingat kembali berperasaan seperti itu.

Senyum bahagia.

Bukan setakat tahu tapi fahamilah. Faham tak sama dengan tahu. Faham, dia juga pernah melalui pengalaman itu. Tahu, sekadar tahu teori atau tahu pengalaman orang lain.

Wallhu'alam.

1 comment:

sea_lavender said...

saya suka entry ni~lebih banyak memberi lebih banyak yg indah kita dpt Alhamdulillah.. Allah selalu berikan yg indah walaupn pada mulanya agak sukar ;) thanks berkongsi ~