Thursday, August 15, 2013

Ada orang nak tahu ke pasal event Hari Raya di Monash University?

Nak update. Gatal tangan. Ada orang bertanya khabar. Konon-konon la.

Semalam lenguh badan. Demam tak habis.
Event besar pun datang. Aku tolong.

Aku tanya. Ni dah siap. Tu dah siap. Macam aku pengarah projek. Tak.
Aku tanya supaya aku boleh tolong. Ada soalan dilayan. Lepas tu mereka tak ambil tahu.

Banyak urusan. Tak cukup tangan.
Jadi, semalam aku tolong bahagian teknikal. Konon-konon hebat dalam bahagian teknikal.
Tiba-tiba bila wakil daripada rumah anak-anak yatim nak buat persembahan,

"Tolong kuatkan volume."

"Maaf, tak tahu."

Alih-alih pak cik tu pejam sebelah mata je cari punat untuk tinggikan volume.
Malu. Tapi nak buat macam mana.

Semalam ada orang puji aku cantik. Bajet muntah hijau. Semua Tuhan bagi. Sama rata. Tiada yang kurang. Yang kurang hati kita. Nak riak atau semua pujian kembali kepada Allah.

Ada rezeki dapat banyak sumbangan pakaian dan aksesori daripada orang-orang tersayang. Termasuklah murobbiyah. Jazakillah khayran jaza. Semua sayang aku.

Sayang?

Ye lah semua orang sayang dia. Eh, sabar sahabat. Jangan cakap macam bergitu. Allah Maha Adil. Allah meletakkan sesuatu rezeki hambaNya pada tempatnya. Aku cakap macam ni supaya aku ingat. Aku pun pernah ucap ayat ni.

Sahabat main-main merajuk. Biasalah perempuan. Memang nak manja-manja dengan sahabat yang lain. Nak rapat macam tu la. Main dengan emosi. Eheh.

Anak-anak.

Sebelum itu, aku solat Maghrib. Anak-anak yatim ni solat di surau tempat aku solat. Rajin. Aku nampak. Aku nampak seseorang Aku nampak budak comel. Dia nampak rimas. Aku mula selawat. Nak gendong budak itu. Nasib baik dia ok. Tak nangis. Aku jatuh hati pada dia.

Sumpah aku tak tipu.

Kalau ada anak, rasa muda gillloosss. Sebab dengan budak-budak kan kita banyak main dengan dia. Jadi, watak kita pun jadi budak-budak. Lagi satu sumpah aku tak tipu, budak tu comel gillos. Memang menangis sesiapa yang tak dapat gendong dia. Sebab dia nak orang tertentu sahaja. :P

Muhasabah program.

Jual tiket by meja. Cadangan komiti. Tak de lah kelam kabut, berapa orang satu meja.

Buka gerai fotografi. Tempah. Siap. Dapat duit.

Kena ada komiti kebersihan. Orang yang sama buat program dan basuh periuk belanga. Penat adik kita.

Moga teruskan kehidupan kita dengan penuh keimanan. Sekian.
Saya nak beritahu, saya tidak belajar medicine. Saya pelajar BSC Science (Biotechnology).

Promote sikit. Ni page 'Monash University Islanic Society'. Like. 

No comments: