Monday, August 12, 2013

Alim-alim Ramadhan

Raya sana sini! Riuh sekampung.

Malam raya kedua 8 buah kereta sampai. Ya Allah, meriahnya! Budak-budak tecik berjoget, berlari, makan, mengusik, bergaduh. Wahai.

Paling best suka mengusik budak-budak yang nakal. Ada sahaja alasan atau jawapannya.

Memang saya tak nafikan kemeriahan raya kali ini saya cukup terasa. Anak-anak buah makin membesar. Yang dah masuk universiti. Yang dah ada anak. Yang dah bersekolah.

Semakin kita membesar semakin kita 'waras' dengan dunia. Kita makin cakna dengan keliling kita. Tanggungjawab juga makin bertambah. Eik, pelik ke dengan kenyataan ini?

Contohnya, anak-anak dah pandai bercakap dengan  pantasnya, kita pun ajarkannya memberi salam. Jadi, setiap kali dia nampak orang pasti merasakan 'excited' memberi salam. Secara tak langsung mengajar dia erti bertanggungjawab.

Kan, dah tak pelik. Ini semua lumrah dunia.

Jadi, bila dah beraya sakan ni, ramai pula yang 'tertinggal' solat. Halamak!

Kantoi dengan Allah, sudah. Kita kata raya ini kita kembali kepada fitrah. Fitrah kita sebagai hamba Allah. Tapi makin ramai plak yang menjadikan, 'Ramadhan je kita solat' atau 'Ramadhan je kita buat baik'.

Alim-alim Ramadhan.

Habis Ramadhan, apa yang kita kecapi.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

No.

Ini kalilah kita melihat diri kita untuk berubah kepada yang lebih baik. Muslim yang lebih taat. Malah solat diawalkan waktu. Bukan mudah-mudah untuk mengqada'kan solat. Itu bukan cara kita. Itu bukan cara muslim sebenar.

InsyALLAH, kita berusaha dan laksanakan perintah Allah untuk menjadi lebih baik.

Ramai yang sudah berubah tika Ramadhan lalu. Tertinggalkah kita dalam gerabak kereta api menuju syurga Allah?

The time is now.

No comments: