Tuesday, August 13, 2013

Fitnah katanya

Ramai kecundang-
Fitnah katanya
Ustaz Felix Siaux kata
pemalas kalau dalam bait perkataan kita terdapat 'kabarnya' atau 'katanya'
takut juga kalau-kalau mencolot dalam bidang pembohongan
Aku mengeluh
Renung lantai
Aku tak cukup lagi nak tabayyun dalam sesuatu perkara.

Ingat peristiwa Saiditina Aisyah yang terkena fitnah lantaran balik dari perang Mustaliq?
Kalau tak ingat, aku kasi petunjuk-
Rasulullah saw diam
Tidak mengambil tindakan apa-apa ketika fitnah tersebar
Ya, fitnah.

Fitnah yang mana?
Kalung S. Aisyah terputus
Dia mencari
Lalu
Ketinggalan dalam rombongan kembali ke Madinah
Ketiduran
Letih di perhentian

Tetapi Shafwan bin Muaththal As-Sulami Az-Dzakwani ada di belakang rombongan
Balik menemani S. Aisyah pulang
Satu patah kedengaran
Cuma
"Innalillahi wainna ilaihi raji'un"
apabila mereka bertemu
cuma sekali itu sahaja

Fitnah
Rasulullah saw diam sampai turunnya wahyu
Bukan sekejap cuma
Memakan berhari-hari
Saat cemas di perbatasan waktu itu

Kalau kita zaman cuit-sikit-terkejut-belalak
Satu saat sahaja
Tersebar sudah
Ada menonggeng stress
Kesal apa yang berlaku
Ada yang tepuk tangan bersahaja
Ada yang menjeling sipi

Tapi kebenaran biarlah bersaksi
Kebenaran hakiki akan bercakap sendiri kalau korang semua tak habis mengutuk maki

#whatever


No comments: