"Kau meng'anjing'kan aku ea?"
"Bila masa aku jadi Tuhan menukarkan kau jadi anjing plak nihhhh."
"Kau kata tak haram sentuh anjing. Kau sesat!"
Diam. Terkejut dengan tuduhan melampau. Sesat. Tenang sambil jari jemari menari ke atas dan ke bawah mencari dalil shahih berkenaan tentang anjin. Ya, anjing.
"Kau kenal Aiman Azlan?"
"Jiran sebelah rumah kita tu?"
"Bukan. Budak tu baru 4 tahun. Baru nak belajar mengeja ABC. Ni, vlogger dan blogger kesayangan kau tuh. Just take a look what he said on his writing." Menghulur iPad version 5.
Reflection.
"He's not a kind of paranoid person."
"Aku tak cakap. Kau yang cakap."
"Perli aku?"
"Mana ada la der!" Merampas kembali iPadnya.
"Take a look another page. Brother Firdaus. Ada 3 pendapat. Pertama, bahawa anjing adalah suci, termasuk liurnya. Ini adalah mazhab Malik. Kedua, bahwa anjing adalah najis termasuk bulunya. Ini adalah mazhab Syafi'I, dan salah satu dari dua pendapat dalam mazhab Ahmad. Ketiga, bulu anjing suci, sedangkan liurnya najis. Ini adalah pendapat mazhab Abu Hanifah dan salah satu pendapat dari dua pendapat dalam mazhab Ahmad. Pendapat ketiga adalah pendapat yang paling benar. Maka jika bulu anjing yang lembab menempel pada baju atau tubuh seseorang, hal itu tidak membuatnya najis. Ni ada tertulis dalm majmu' fatwa."
"Tak salah la kalau kita pegang anjing?"
"Sudah terang lagikan bersuluh."
"Patutlah kau tak kisah buat paktikal kat ladang tu. Kau cerita, anjing manja. Anjing sentiasa mengalukan kedatangan kau setiap kali nak masuk ladang. Anjing gesel-gesel kat badan kau. Kau tak kisah kan.."
"Iya."
"Weyh, ceritalah lagi pasal anjing."
"Aku nak bela anjing kat rumah."
"Rumah mana?"
"Rumah kita!"
"Aku nak bela anjing kat rumah."
"Rumah mana?"
"Rumah kita!"
Indahnya dunia ini jika kita tak paranoid dengan semua mahkluk Tuhan yang telah diciptakan. Buat apa nak buruk sangka dengan semua yang diperbuat oleh golongan tertentu. Kita tak tahu tujuan sebenar video/gambar oleh segolongan tertentu tanpa ada description. Jadi, kita bukan Tuhan nak menghukum.
Kau sesaaaaaatt!
Berkata berpaksi pada dalil. Dalil yang sahih. Bertanya pada yang 'alim. Mencari pada yang kita tsiqah tentang fiqh.
Kisah praktikal di ladang itu kisah benar. Ya, sahabat saya pernah praktikal di ladang itu. Bukan untuk mengejek atau mencela manusia yang paranoid. Tetapi kita mahu pecah tembok ais atau mencairkan tembok ais yang sudah lama ada dalam masyarakat kita terutama bangsa Melayu. Tiada masalah. Lagi pula, ada tanah atau debu suci yang jual di kedai berhampiran di ladang mereka. Tiada masalah. Cuci baju, cuci tangan, cuci kasut dan apa2 sahaja berkenaan tentang suci. Cerita sahabat saya itu membuatkan saya terjatuh cinta pada anjing.
The time is now.
Anjing itu suci. Cuma air liurnya sahaja.
No worries.
Dogs, I'm in love.
No comments:
Post a Comment