Monday, December 19, 2011

Kau Ingat Kau Baik!

Ya, memang terkadang dan mungkin selalu anggap diri kita sangat baik. Konon-konon.


Belajar al Quran, belajar Hadis, bercakap tentang dakwah, berbicara tentang masalah ummat, menyibukkan diri saban hari dengan program-program tarbiyah.

Hakikat diri masih dalam kepompong sombong.

Di mana kau letak Allah dalam hati?

Keikhlasan pula mana kau campakkan?

alKahfi 18: 103-104
Katakanlah (Muhammad), "apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yan g paling rugi perbuatannya?". (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah bebuat sebaik-baiknya.

Sebak menyesak dada.

Tajdid our niat. Perbaharui niat setiap masa. Lepaskan kehidupan kepada Allah. Redhakan kehidupan kerana Allah. Maka yakinlah bahawa ada ganjaran yang besar menanti buat hamba-hambaNYA yang saling meredhai!

No comments: