Terasa indah dunia ini. Dihidang hiburan untuk disantap ranum telinga dan mata. Kerlingannya pada televisyen menghenyak hatinya untuk terus bertapa di situ. Dia bergalih. Mencari sesuatu yang lebih bermakna. Langkahnya tiada tuju. Mahunya ke dapur. Melihat-lihat makanan ringan yang bisa mungkin dijamah sedikit. Tangannya begitu aktif membelek-belek plastik makanan. Hampa. Tiada yang menyelerakan. Dia segera mencapai gelas untuk seteguk air. Dia teringat akan petikan bacaan yang mengatakan muslim yang sihat mengamalkan 2 gelas air 'jarang' setiap subuh, 2 gelas lagi setiap zuhur, 2 gelas lagi setiap asar, 2 gelas lagi setiap maghrib dan 2 gelas lagi setiap isyak. Matanya bertumpu pada jam dinding. dikecil-kecilkan matanya kerana tidak jelas dari jauh. Oh, sudah hampir ke waktu asar. 2 gelas air 'jarang' diteguknya. Lega.
Bosan. Tiada yang mampu menghiburkan hatinya. Suram. Berteleku lagi di ruangan solat. Mengajak adik untuk solat tetapi dikatakan nanti. Masih bertapa sopan di hadapan televisyen. Aduh, sakit dia merenung solat adiknya! Apa yang harus dilakukan untuk keluarga ini? Mencorakkan pelangi atas nama solat... Solat yang menghubungkan hati-hati hamba dengan Tuhan yang Menciptakan. Solat yang menghadirkan suasana positif. Aroma yang begitu menyenangkan sepanjang hayat.
Pemusnah bahagia adalah televisyen. Lakonan terhebat. Menyanyi dengan aksi penuh begaya. Menjadi gilaan ramai. Pertandingan realiti untuk mencari populariti terus menerus diasak untuk diadakan. Kononnya kerana dakwah. Wanita-wanita terus menerus digilap menjadi model kanta kaca televisyen. Pemenang-pemenang disorak dengan sorakan hebat. Ketawa riang melihat robot-robot bekerja menghiburkan manusia. Akhirnya menjerit-jerit manusia itu dek kerana berebut alat kawalan jauh untuk melihat rancangan yang enak untuk menghiburkan perasaannya.
Gampang dia membulatkan pendirian. Dia sedar berlakunya kemuraman keluarga adalah televisyen. Kononnya mahu sekadar melepaskan tekanan dengan hiburan namun hal solat pula diremeh-remehkan. Solat penghuni-penghuni rumah belum lagi langsai, ini pula solat anak-anak muda diluar. Dia mahu sahaja memutar telinga adiknya supaya segera bertemu dengan Tuhan apabila tiba waktunya. Namun hati itu Allah yang memegang. Dia berusaha mendamaikan hati dengan ayat-ayat ALLAH. Sabar itu kunci syurga. Langkah-langkah ke syurga itu jenuh. Kesabaran yang mampu mendamaikan.
Ada sahaja dia ugut adik.
"Selepas ini ada rancangan ni. Kalau nak tengok rancangan ni, kene solat dulu! Kalau tak, tak boleh tengok.."
"Lepas ni kita main motor. Kalau nak ikut kene solat dulu..."
Mungkin dia kene ubah pula dengan mendekati ALLAH.
"Kalau nak masuk syurga, kene solat awal. Jom solat!"
"Kalau nak dapat sayang ALLAH, kita solat jom!"
Dia tersenyum mencari helah seterusnya. Bukanlah helah. Namun ganjaran-ganjaran perlu diterokai agar kita manusia tidak lupa. Puji-pujian kepada Allah perlu disebatikan dengan diri agar terus segar mencintai Allah dan dapat sebarkan pula kepada orang lain. Dia bahagia. Perubahan yang dilakukan oleh adik. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mengejar kita. Solat tiang agama, runtuhnya tiang tiadalah rumah, runtuhnya sayang tiadalah cinta.
>> Perkara pertama yang disoal Allah di hari hisab ialah solat <<
No comments:
Post a Comment