Wednesday, December 14, 2011

Pesta ke Syurga...

Facebook kini menjadi kegilaan anak-anak muda. Kehebatan dalam memikat hati mereka bukan calang-calang lagi mahu dipertikaikan. Lewat hari ini, hari semakin sempit dengan aktiviti menyihatkan tubuh badan. Masa yang terluang banyak disumbat dengan aktiviti di hadapan laptop atau komputer peribadi atau personal computer atau apa-apa lagi nama yang bersangkut-paut. Berpagi-pagi dengan facebook. Berpetang-petang dengan facebook. Bermalam-malam dengan facebook. Namun, akhirnya bosan. Tiada manfaat ketika berhadapan dan membelek dengan sesungguh hati facebook tersebut. 

Terkadang aku mahu berhenti menyesakkan hidup aku dengan facebook. Berkali-kali jiwaku mendesak. Berkali-kali juga jiwaku rebah. Masa untuk berubah angan-angan. Hilangkan celikan matamu terhadap omong-omong kosong facebook. Ubahlah ia menjadi ukiran indah. *ada nama INDAH kat sini. Ukiran di mana Allah tersenyum melihat keindahan ukiran Islam. Menebarkan kebaikan melalui facebook. Ya, kebaikan perlu diteruskan dalam usaha mengusir anasir-anasir jahat dan hitam dalam facebook. Tak boleh berhenti. Tak boleh berhenti selagi belum putih warnanya dari kehitaman jahiliyah.

Terkadang ku tersalah langkah. Aku mengaku kesilapan yang takkan mungkin kulupa. Jahil yang aku ingin hilangkan ialah tidak berurusan dengan Adam yang tiada bersangkut paut dengan aku. Oh Tuhan! Lindungilah jiwa ini dari seksaanMU!!! Please ignore me if I'm too over. Please ignore me, Adam. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Tranformasi diri anda untuk menajdi SUPER MUSLIM YANG HEBAT!!!

"Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNYAlah kami kembali...!" 2:156


Tenang-tenang sahaja menghadapi dunia ini.
Bersemangatlah transformasi menjadi SUPER MUSLIM yang HEBAT!!!

Bukan calang-calang Allah memilih hamba-hambaNYA masuk ke SYURGA. Pasti kental jiwanya menghadapi dunia yang penuh dengan cubaan yang dahsyat. Semakin kuat cinta kita dengan ALLAH, semakin kuatlah dugaan. Dugaan yang menduga kita, benarkah kita ini mencintai Allah...

Terkenang adik-adikku yang ingin berubah. Subahanallah, Allah sahajalah yang memberi kecantikan hatimu. Berterima kasihlah kepada ALLAH. Jujur, akak mengatakan kamu semua perlu bersyukur kerana masih ada ruang untuk kamu semua dekati ALLAH. Cuba lihat kanan kita. Orang-orang yang sibuk bercinta sesama manusia. Kononya itulah social life yang cuba dibangun remaja dan belia. Cuba lihat kiri kita. Orang cuba membuang masa dengan merempit di jalanan. Berpusu-pusu membuat pesta jalanan. Mendedahkan kepada jalan kefasikan. Lihatlah belakangmu. Masih ada lagi yang kurang ajar dengan orang tua. Kurang ajar dengan cikgu. Sahabat-sahabat ditengking-tengking. Bergaduh, bertumbuk. 

Di mana ALLAH? 

Lihatlah hadapanmu. Sesungguhnya di hadapanmu ada ALLAH yang bersedia menyambut huluran tanganmu ke sisiNYA. Dia setia mendengar rintihanmu. Dia sedia menenangkanmu. Dia menunggumu di hadapanmu. Maka berlarilah ke hadapan. Jangan menoleh ke kiri atau ke kanan malah jangan sesekali menoleh ke belakang. Lihatlah ke hadapanmu dan terus mencarilah Allah.

Bismillah, AYUH mulakan langkahmu!!!

No comments: