Wednesday, December 14, 2011

Menangis bagai...!



Satu lagu yang membuatkan saya terkenang kepada Selandar. Sweet moment bila sahabat-sahabat saya mendendangkan nasyid ini dalam satu pertandingan nasyid (muslimah). Rasa nak menyanyi sama semasa mereka di atas pentas.

Berikan aku pedoman 
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Pedoman mana lagi yang kita pegang selain alQuran dan asSunnah? Ya, saya jahil. Saya masih dalam proses membuang karat jahiliyah. wes, wes! Malas nak cerita lagi. We need to tajdid our niat to transform to a better person. Semuanya kerana Allah. Setiap hari pasti ada perkara baru kena belajar. Hari ini belajar apa? Menangis kerana Allah. Pernah saya persoalkan, bagaimana menangis kerana Allah?

Menangis kerana dosa lalu.

Takut akan azab Allah.

Merasakan diri berjauhan dengan ALLAH.

Ya ALLAH, engkau yang memegang hati ini, maka lembutkanlah hati ini untuk menerima taufiq wa hidayah dariMU.


(scene menangis)
sep...sep...!


"Ceritalah, mungkin aku boleh membantumu.Mengapa engkau menangis?"

"Aku merasakan Engkau jauh dari aku. Aku terkapai-kapai mencariMu. Kenapa Engkau mahu lari?"

....

Dia merasakan dirinya jauh. Tiada apa dalam jiwanya.

Kosong.

Dia merasakan tiada siapa boleh membantu merawat hatinya yang kosong melainkan ALLAH. Adanya Allah jiwa menjadi tenang. Seolah-olah hanya dia dan ALLAH sahaja bercinta di dunia ini. Indah. Apabila dia menceritakan masalah kepada orang lain, tiada dialog lain yang dia boleh dengar melainkan,

"Sabaq la na"

"Sabo je la"

"Sabar ye"

Itu sahaja. Dia semakin buntu. Siapa yang mahu membantu saat jiwanya kosong?

2:155 "dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuarangan harta, JIWA, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang SABAR"

Allah sudah highlight awal-awal tentang kekurangan jiwa. Sabarlah. Sesungguhnya kunci pembuka masalah itu hanya pada ALLAH. Allah yang memegang hati dan kehidupan manusia. Maka, kita berusaha untuk merubah dan membentuk kehidupan kita menjadi LEBIH BAIK daripada dahulu.

Kalau Allah tak uji kita, hidup kita sentiasa gembira sahaja. Tiada apa yang mengecewakan. Tiadalah kemanisan gembira andai tiada duka kesedihan.

Simpanlah air matamu kerana ALLAH.

Bukan kerana dunia.

Bukan kerana manusia.

Maka ganjaranmu itu Jannatullah, insyaALLAH.

No comments: