Monday, December 26, 2011

Nok nikoh doh?

tet. 

"Saya tak setuju yang ini."

"Yang mana?"

Helaian kertas dihulurkan.

"Saya tidak setuju tidak bercouple."

Oh man. Janganlah main cakap jer. Kau ingat dunia ini kau yang punye? Nak buat peraturan sendiri? Itulah sedih. Even orang itu orang tarbiyah tetapi hati saya tetap sedih. Mungkin terlampau-lampau sayang. Sedih sekali lagi. Terlampau sayang untuk lepaskan dia pergi. Ye la, dah berkongsi suka duka. Nikah je la. Tak sedap mata memandang dan telinga mendengar. 

Ya, kadang-kadang kita mahu sahaja ikut kehendak hati nak ngorat dia, tetapi Allah dah larang. LA TAQRABUZZINA, jangan dekati zina! Even dekati zina pun tak boleh. Astagfirullah. Ya, kadang-kadang saya pun melampau-lampau gak. Nak kene kawal diri bila bergaul dgn incik adam nih. Mujahadah betul! 

Sumpah. Siapa yang tidak ternanti-nanti? Ok fine. But Allah said, it's not the right time my dear. Allah will show you when the right time is coming. InsyALLAH. Banyak betul kene muhasabah hati. 

Saya banyak gak baca tentang nikah, baitul muslim dan apa-apa yang berkaitan (err, tak banyak pun). Belum banyak lagi persediaan yang dilakukan. Terutamanya dapat green light family =P. Tak pe lah. Ada jer nasihat daripada Allah, untuk jodoh yang luar biasa datangnya daripada TAHAJUD yang luar biasa. Waah! Salah satu sebabnya, malam-malam yang kita bangun untuk tahajud itu kan lebih mudah diperkenankan Allah. Tapi jangan la plak kita tahajud semata-mata nak doa dapat jodoh cepat. Tetapi doalah juga cinta kita kepada Allah itu semakin sweet! Kerana Allahlah pemilik cinta itu.

Lepas tuh, saya pernah terjumpa orang yang mengatakan,

"Saya kalau nak cari pasangan, saya nak cari yang lebih rendah daripada saya. Supaya senang nak didik dia. Orang yang kita ajar tuh lebih menghargai kita berbanding orang yang sama atau lebih taraf pemikiran dan kefahaman." 

Bagi mereka, nak tarik mereka ke arah kebaikan, mengharapkan dapat mengubah hidup dia selepas nikah. Namun, saya pernah terbaca yang jangan mengharapkan apa-apa perubahan selepas pernikahan nanti. Sebab masa depan itu Allah yang punye. Tapi kalau kita sungguh-sungguh dan tawakkaltu ala ALLAH, insyALLAH Allah akan bantu. Pernah lagi seorang saya jumpa dia pernah kata,

"Why not you enter the night club and find wife there to nikah? I would prefer that one. Because we can guide her and should approach her to be changed to be a better person." Aduh. Time ni saya budak-budak lagi. Form 4. Saya terdiam, berfikir barangkali.

Bagi saya, kan senang kalau nikah dengan pasangan yang sama kefahamannya tentang agama. Kerana usaha untuk mendidik keluarga bukan terletak pada bahu incik suami, tetapi bersama-sama dilakukan. Malah kebaikannya, apabila keluarga dah setel, maka tumpuan mendidik masnyarakat pula dicuri. So, boleh fokus pada masyarakat pula. Ini pendapat saya. Sebab saya pernah baca novel tentang cerita sebegini. Karya Fatimah Syarha tidak silap. Dalam novel tuh, si incik suami merupakan daie yang hebat dan diperlukan di mana-mana. Tetapi bernikah pula dengan orang yang jiwanya belum dekat dengan dakwah. Maka, aktiviti dakwah di luar perlu dikurangkan untuk tumpuan tarbiyah keluarga. Jenuh. Tapi alhamdulillah dia bernikah sekali lagi, dan si puan isteri yang kedua pula yang mempunyai jiwa tarbiyah membantu suami mendidik isteri  yang pertama tadi. So, selepas itu dia lega kerana boleh mengembalikan keproaktifan dakwah dengan masyarakat luar.

Guys, if you have another pendapat, sila nyatakan.

Itu je la kot yang saya mampu luahkan hari ini. Lega =.= 
Nok nikoh doh? Belum lagi.

No comments: