Dulu dia tertunggu-tungu dan tertanya-tanya,
Tiada orang nak 'kapel' dengan dia ke?
Soalan yang tak munasabah langsung. Iya, itu zaman dahulu. Zaman jahiliyah itu membawa dia kemurungan yang panjang. Kosong.
Tahun 2007, seorang sahabat dia bertanya,
Macam mana iman?
Terkedu sudah. Tak tahu nak jawab apa. Ah, lemahnya manusia kerana tiada ilmu.
'Kapel' !!!
Hampir. Tapi Allah menyelamatkan. Allah memberi rasa malu yang sangat-sangat-sangat sehingga dia asyik berlari apabila dikejar. Kelu lidah lalu berpaling.
Berkat doa ibu barangkali.
Kapel adalah angan-angan pada dunia dan pada siapa yang mungkin tidak tahu tujuan hidupnya. Apa tujuan hidup engkau? Apa tujuan hidup aku? Apa tujuan hidup awak? Apa tujuan hidup saya?
Lalu kehidupan diteruskan dengan impian dunia. 'Kapel'.
Dikejar tak dapat. Kenapa?
Barangkali doa ibu yang menghijabi.
Tet.
Barangkali dia terlupa ayat, LA TAQRABUZZINA!!!
Hatta mendekati pun, salah. Hati kena keras. Bak kata orang moden, jadilah 'slumber'. Nak main mata pun salah taw. Ni memang kene cucuk garpu supaya mata supaya tunduk.
Allah kata tundukkan pandanganmu. Tundukkan pandanganmu dengan dunia, nescaya hatimu terhijab dengan dosa.
Luaskan pandanganmu dengan ilmu, nescaya satu darjatmu naik meninggi.
Main sms dan tepon tepon? Tepuk dada tanya iman. Tepuk hati tanya Tuhan.
Habis macam mane ni kapel-kapel ni?
Pertama cegah dulu. Tambah ilmu dan sentiasa doa. MOga terhindar dan tiada rasa nak ke arah itupun.
Kalau dah terjadi? Doa dan minta petunjuk kepada Allah. Kemudian bincang.
Dulu ada seorang kakak. Kakak tu sangat bercinta sakan. Daripada sekolah lagi. Mesti sedih dah lama bercinta lepas tu nak putus. Lepas dia istikharah dan minta petnjuk Tuhan. Dia berubah selepas bertaaruf dengan tarbiyah Islamiyah. Lalu dia call, cakap 'P.U.T.U.S.' Lelaki itu redha. Kakak itu percaya 'kalau ada jodoh tak ke mana' dan janji Allah jodoh itu telah ditetapkan ketika kita diciptakan dahulu. Selama bertahun kemudian, sebelum habis pengajian, lelaki itu masuk meminang. Tak sampai 2 bulan dah nikah dah. Alhamdulillah ;)
Apa tujuan hidup kita?
Berilah peluang kepada diri untuk berubah kepada lebih baik.
Cita
Cita-citalah untuk menjadi pendekar agama yang mulia dan abadikan diri hanya untuk Allah. Tekadang lemah. Futur kemudian. Tapi melemah itu bukan ciri-ciri orang beriman.
Kan?
Cita-citalah jadi seorang ilmuwan islami. Moga Allah redha.
Salahkah kita bercita-cita untuk Allah? Tak salah. Malah dirahmati. Lihat kisah zaman Rasulullah saw. Lihat kisah sahabat baginda.
Mereka fastabikulkhayrat. Laju je kaki dan tangan bila mendapat seruan jihad. Berlumba-lumba ke arah kebaikan. Berlumba-lumba ke Syurga. Walaupun usia kebanyakan mereka 10-15 tahun.
Kita hari ini?
Banyak jihad kita ini. Jihad berakhlak mulia. Jihad memperbanyak ibadah. Jihad berilmu. Jihad memberi walau memberi makan kucing kat tepi jalan sekalipun.
Kadang tuh, terasa sempit otak bila fikir pasal jihad. Bak kata orang jawa, 'sumpek'. Jihad itu berasal daripada perkataan jahada. 'BERUSAHA'! Memang kita kita kena jihad dalam banyak perkara.

Saya suka menulis untuk nota diri sendiri dalam buku-buku dan semuanya bersepah-sepah. Jadi, blog ni saya jadikan buku saya juga. Saya rujuk balik setiap helai halaman untuk saya ingatkan diri. Jangan marah kalau xbest XD
*Banyak perkara lagi kita boleh buat dan fikir kalau tak 'kapel' ni.
*Banyak perkara lagi kita boleh buat dan fikir kalau tak 'kapel' ni.
1 comment:
:)
Post a Comment