Watlek. Sungguh kelakar bunyinya. Watlek itu bermaksud buat rilek. Tapi cik Syah pula menyebut wat-lek versi sebutan 'lek', contohnya datang daripada 'letak' disebut ' le' itu dalam sebutan 'lek'. Ada faham? Kalau tak faham nevermind, kan cik Syah :) senyum saja!
Find. Saya sangat enjoy and the best program that I've been as faci! Dok gelak golek-golek jer. Saya di sini nak ceritakan pengalaman dan aktiviti yang dilakukan sepanjang 4 hari 3 malam kami di Mujahadah Agro Camp Training and Consultancy di Semenyih, Selangor yang bertemakan akademik dan bertajuk Kem Motivasi Fokus 5A UPSR 2012!
First aktiviti, ice breaking.
Teka siapa di seberang sana apabila kain yang menjadi hijab antara dua kumpulan itu dijatuhkan! Gelak jer lebih bila orang di seberang sana BLURR dan terkejut bile kain dijatuhkan! Haha. Ok find. Aktiviti ini memang menguji teknik mengingat dan kepantasan berfikir! Chill!
Selain itu, kami main DUIT! Masing-masing diberi nilai wang ringgit. Ada yang dapat RM1, 50sen, 5sen...Dan siapa yang tak dapat membentuk satu kumpulan kene denda! Jing kalala piyapiya, jing kalala piyapiya!!! Hoyeah!
Night Walk Time!
Program lepas yang Ustazah Yazilmiwati anjurkan, saya dok jadi hantu yang rilek2 jer kat hujung checkpoint. Kali ini saya benar-benar laksanakan kejadian Hantu. Ceyh, bajet jer. Padahal just pakai tudung putih, then duduk kat tepi jalan. Mereka ingat batu besar! Haha. Tetibe gerak. Segala perkataan terkeluar. Sorry ye hadek-hadek! DAN nightwalk kali ini kumpulan pertama yang kami jalankan eksperimen untuk lepaskan seorang demi seorang untuk aktiviti ini. Alhamdulillah berjaya! Hoyeah!
Hari kedua dan hari ketiga memang dipenuhi aktiviti indoor which is kelas pendedahan kertas UPSR sebenar! Ya Allah, hanya Allah jer yang tahu kesabaran saya tahap mana. Memang nak kene sabor ngajor diorang nih. Sebab tahap kefahaman budak-budak ni lain-lain. Memang kene sabar. Lantas teringat 1 sahabat saya pernah cakap, kesabaran itu tiada limit. Cuma dorongan nafsu amarah sahaja yang mendorong kita untuk marah. Astaghfirullah :(
Game aksi. Hadek-hadek di sana kene membuat aksi mengikut lagu yang dipasang. Aktiviti ini menguji tahap keberanian untuk ke hadapan. Pick one person to dance at the front and the rest will follow her or his action! Golek-golek jer bile tengok aksi ntah macam-macam.
Tanah Beracun! Randomly arrange all the selipars and kasut. A leader each group ke hadapan untuk lead anak buah yang buta (ditutup mata dengan kain). Perjalanan yang ditempuh wajib untuk memijak kasut yang telah disusun. Sesiapa yang memijak tanah akan start balik.
Blindtrail. Tali yang membawa kita ke arah kejayaan! Itu makna disebalik permainan ini. Tali rapia diikat di tiang-tiang, di pokok-pokok dan tidak kurang juga, mereka perlu merempuh halangan selut untuk ke arah point tali terakhir. Mereka kene tutup mata. Dah nama pun blindtrail! hu88. So, mereka kene memegang tali rapia sebagai panduan. Jika ada banyak cabang, mereka dikehendaki untuk memilih satu jalan untuk teruskan perjalanan.
Explorace kami banyak selitkan aktiviti selingan! Sebelum dapat task tu ade yang kene nyanyi ikan kekek la, ada yang kene cium pokok la, ade yang kene nyanyi lagu negaraku, ada yang kene ketuk ketampi... macam-macam kitorang as fasi kenekan diorang. But the moment that they cannot forget is kene buat mask muke dengan lumpur kolam. Hoyeah!
Ceramah dan slot motivasi! Mostly, Ustazah Yazil yang handle. Best sangat! Ada satu aktiviti best, yang mana mereka kene jerit kuat-kuat mereka punya azam yang telah ditulis mereka sendiri! memang naik semangat! Kemudian, Ustazah basuh habis-habis semangat mereka! Jadi anak-anak soleh taw!
So the end.
Banyak ibrah yang saya dapat. Saya nampak yang saya belum cukup teruja untuk ke hadapan. Saya rasa masih di belakang. Untuk lead satu aktiviti pun terketar. Bak kata kepala kami, Sharil, budak-budak sekarang susah nak kehadapan sebab mereka kurang didedahkan dengan sesuatu yang boleh membuatkan mereka ke hadapan. Kita tidak boleh ikut kehendak mereka setiap masa dan sesekali berilah denda untuk mengajar budak itu rasa tanggungjawab apabila buat kesalahan, sambung ustazah! Banyak perkara yang dibincangkan itu terkena kepala sendiri. I keep learning to keep leading.
Kemudian, mereka (sahabat fasi sekalian) berkata, budak-budak sekarang 24 jam di hadapan lap top. FB 24 jam. Shopping dengan kawan-kawan even masih kecil lagi (benda ni aku paling sukar untuk dipercayai! Pandai gile lepak ngan kawan-kawan time darjah 4 darjah 5 di shopping complex). Hmm, kadang saya terkesima juga, sebab kadang-kadang benda ni pun buat saya terleka. Benda dunia yang menjauhkan nilai agama yang kita bawa untuk bekalan akhirat. Bak kata ustazah, bukan mati pun kalau tinggalkan internet seminggu!
Lagi! episod akan datang lagi nantilah kita bercerita lagi ye! InsyaALLAh, kalau ada pengalaman dan ada cerita hOt saya akan cerita lagi. Maaf banyak ini sahaja saya mampu bercerita. Ya, saya tak nafikan ada game-game yang lain. Tapi masa amat mencemburui saya. End here.
-Dunia dicipta untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat-
Gambar-gambar, boleh dilayari
di sini
Another day sweet moments with Ustazah!