Tuesday, November 26, 2013

Sekenit mengenal diri

Kutulis ikut rasa
Menemukan Tuhan yang Esa



--

Tuhan, tika jiwa ini sakit
Aku lemah
Tuhan, tika hati ini gering
Aku putus asa

Namun ada sekenit berjiwa besar
Memujuk rayu agar kuat
Sekenit itu ada dalam jiwa


Saya tahu semua orang terkadang begitu. Terkadang lemah. Terkadang kosong. Keluarlah dari kelambu tidur. Keluarlah mencari makna kehidupan. Jangan teruskan tidur yang panjang. Tidur yang panjang membuatmu semakin cepat tua. Percayalah kepadaku. 

Saya sendiri pernah merasakan kecewa pada diri. Kenapa aku tak sebaik dia? Kenapa aku tak sebijak dia? Kenapa aku tak seramah dia? Kenapa aku? Kenapa aku?


Persoalan ini akan terus bermain sehingga anda tua. Tetapi permainan ini akan berhenti jika anda mengenali diri anda sendiri. Percayalah. Kenal potensi diri. Kenal sifat diri. Kenal bakat diri. Kenal minat diri. Barulah permainan itu tamat. Tahniah! Sebab anda telah berhenti membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain. Jadi, bila kenal diri, anda terus mulakan langkah pertama untuk menjayakan impian anda melalui bakat, minat dan potensi yang anda ada.

Apapun langkah pertama itu sangat penting. Seandai anda tersalah langkah, kembali pada langkah pertama anda. 

Seandai anda tidak tahu bagaimana anda ada bakat atau tidak, carilah ilmu!

Ilmu.
Ilmu.
Ilmu.

Saya mula kenali potensi diri sejak sekolah menengah lagi. Namun kadang-kadang potensi diri yang kita ada boleh berubah mengikut keadaan semasa dan suasana didikan kita sepanjang kita membesar. Jadi, sebagai contoh saya merupakan ahli pengawas sekolah. Saya lihat saya berpotensi dalam bidang kepimpinan. 

Setelah tamat sekolah, saya meneruskan aktiviti menggilap kepimpinan saya dengan menyertai persatuan dan usrah. Di situ saya mula melihat diri saya ke arah bidang penulisan dan menyusun atur program yang sudah dirancangkan. Kenapa bidang penulisan? Saya sudah terlalu kerap membuat kertas kerja program sehingga sudah terbiasa menulis.

Mesyuarat yang diadakan mendidik saya berani melontarkan idea dan pendapat. Melalui mesyuarat juga mengajar saya bertoleransi. Saya seorang yang ego dahulu. Bagaimana saya tahu? Saya cukup marah jika sesiapa yang tidak mahu menerima pendapat dan idea saya. Jadi, saya cuba belajar hakikat bahawa saya hidup dengan ramai orang. Bukan saya seorang. Jadi, saya belajar untuk menurunkan ego agar saya tidak mengecewakan diri pada masa hadapan.

Jadi, walau anda merasakan personaliti anda kerap berubah, cuba anda renungi sebentar diri anda. Siapa diri anda da tentukan hala tuju hidup anda. Menuju Tuhan atau sebaliknya. Jika menuju Tuhan tentu ada banyak cara. Anda kurniaan Allah yang maha hebat.

Anda ada tangan. Anda ada kaki. malah anda mempunyai akal fikiran yang boleh memanipulasikan kuasa dunia. Kini segalanya berada di tangan anda. 

Terpulang kepada anda untuk menguasai dunia dan akhirat bagaimana caranya. Apapun yang sangat penting ialah langkah pertama menuju Tuhan. Langkah kedua ILMU.

Semoga berjaya!!

--

Kenapa saya rasa skema sangat ayat di atas? Kerana saya sedang mengolahsemula (baca: edit) sebuah buku yang bakal diterbitkan daripada seorang penulis yang bakal meletup di Malaysia dalam masa terdekat ini. Inilah penangan daripada BMT iaitu bahasa Melayu tinggi yang ditetapkan oleh pihak penerbit.

Salam Mujahadah.

Psst ada iklan. 
Tanggal 20 hingga 22 Disember 2013 kumpulan fasilitator kami akan mengadakan Summer Camp bertempat di Mujahadah Agro Camp di Smeenyih. Jika anda berminat, PM FB: Mujahadah Agro Camp. Perkhemahan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 10 hingga 17 tahun. Lepaklah..!

Monday, November 25, 2013

Saya Belajar Menulis

Saya belajar menulis. Belajar daripada orang yang hebat. Seharian di ruangan Iman Services & Consultancy membuatkan saya menampar diri berkali-kali untuk bangkit dan bersemnagat untuk menulis untuk ummah.

Peratusan keluaran buku di Malaysia terlalu kecil jika kita nak bandingkan dengan US dan Australia. Mereka sudah mencecah jutaan setiap tahun pengeluaran buku di media cetak. Kita masih di takuk 14, 000 buah buku setahun. Kita kena positif dan teruskan semangat menulis.

"Semoga berjaya dan teruskan semangat menulis." -Penulis terkenal Prof Madya Umi Kathum Ngah-

Wah, sungguh teruja.

Itu baru catitan statistik pengeluaran buku. Haaa, cuba kita lihat statistik rakayat Malaysia membaca.

4 buku setahun sahaja!!!

Ini sungguh membimbangkan. Sungguh bimbang. Ustaz Pahrol ada formula menulis dan membaca. Nak tahu?

Formula membaca : menulis = 4 : 1

Maksudnya 4 buah buku baca dan faham kemudian baru dapat menulis untuk 1 buku. Nah kalau anda mahu menghasilkan 12 buku setahun, maka anda perlu membaca 48 buah buku!

Saya juga perlu berazam. Berdisiplin pesan kakak Muharikah :)

Kakak Muharikah ada becerita tentang para ilmuwan Islam terdahulu. Merekalah ahli Sains, merekalah jua ahli falsafah, doktor perubatan, juga penyair dan pemuisi terkenal. Maka rata-rata yang datang ke bengkel penulisan kelmarin bukan dalam bidang penulisan, tidaklah menyimpang dari 'jalan yang lurus'. Haha. Kakak Muharikah sendiri dari bidang doktor perubatan. Prof Madya Umi Kalthum profesor madya untuk kejuruteraan elektrik. Dr Fahd Razy juga seorang doktor perubatan di hospital. Dr Fahd Razy sendiri ada kumpulan pemuisi dan pernah memenangi banyak kali anugerah sastera-sastera.

Maka saya sendiri keluaran produk sains. Saya tidaklah menyimpang. Haha.

Pesan Dr Fahd Razy,
"Kita belum menjadi penulis sehingga kita menghantar karya pada saluran yang betul!"

Deep.

Kita pelajari dan teladani sejarah dahulu. Pasti kita juga mampu untuk mencipta fenomena Islami seperti mereka dahulu.

Nah, dua kata dari saya untuk Bengkel Penulisan Islami anjuran Iman Services & Consultancy,

Nak lagi!

Saya belum berpuas hati untuk menceduk ilmu dari penulis dan karyawan yang dapat menyentuh jiwa-jiwa di luar sana :")

Tuesday, November 19, 2013

--

Saya cuba membaik.

Dia diam.

Lantas saya cuba membuatnya tersenyum.

Dia biasa.

Apa lagi harus saya bisa membuatnya tersenyum.

Luluhkan saja pada Allah.
Biar Allah sahaja yang memenangi hatinya.

Saya lemah.
Saya akui itu.
Selalu terkalahkan emosi manusia lain.

Minta maaf andai terlanjur kata
'I Love You'
Yang mungkin kurang senang buatmu
Sahabat

Aku belajar untuk tidak menilik nasib
Aku belajar untuk tidak mengadili
Aku belajar untuk senyum
Aku belajar untuk bersikap positif
Aku belajar untuk bersikap matang
Aku belajar untuk melempiaskan rinduku padamu

Dengan titipan doa pada Allah

Belajarlah diri
Untuk diam pada tempatnya
Untuk bicara pada tempatnya

--

Perasaaan yang sama tika berpisah dengan seorang ukhti ini. Aku tahu kasih sayang ini hanya sementara. Allah hanya menyalurkan rasa kasih dan sayang ini kerana Allah berhak untuk menitipkannya antara manusia.

Tak mungkinlah kalau dah bersahabat, tiada rasa rindu kalau berpisah.

Kan?

Saturday, November 16, 2013

10 Blogger Terkenal Muslimah di Malaysia

10 Blogger Terkenal Muslimah. Kalau ikut sebenarnya ada ramai lagi terkenal, popular dan gojes. Mungkin bukan dalam sekitar jari saya untuk klik. Mereka dipilih untuk menulis. Menulis untuk ummat. Mengimarahkan lagi dunia penulisan yang bukan picisan. Tetapi memaknai kehidupan.

Sila tepuk tangan sebentar. Kagum. *Mata kedip-kedip.

Ini dia. Senarai yang saya jumpa setakat ini.

1. Umairah Shafie

2. Ainum Solehah

3. NorSyahida Mohamad

4. Nusrah Nur

5. Aisyah Shakirah

6. Kamiliah Harun

7. Dena KamarulBahrin

8. Nadia Syamila

9. Adibah Awang

10. Siapa lagi ya? Alyaa Sakinah kot? Bajetsssss.

--

Tulisan mereka. Tak termasuk nombor 10. Ada ruh. Terkadang tentang kehidupan. Terkadang tentang keperitan. Terkadang tentang ilmu. Semuanya dikisarkan bersama.

Saya kagum. Tulisan mereka seiring amal kehidupan. Itu namanya ikhlas apabila berkongsi kemudian dengan orang lain.

Semoga manfaat.

Lepas ni boleh senaraikan 100 blogger Muslimah popular di Malaysia pula. Weehoo!

Friday, November 15, 2013

Puisi Terkenal Karya Chairil Anwar

AKU

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang ‘kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan akan akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

--
Malam bertemu kekasih beginilah. Merenung alam membuai indah di kelopak mata. Aku terjumpa. Secebis naskhah. Dari sang pemuisi. Chairil Anwar.

Thursday, November 14, 2013

Persis Nabi Musa

Ada seorang pakcik menawarkan keretanya ketika dia melihat saya berjalan kaki berkeseorangan.

"Nak ke sana ke?"

"Haah."

"Mai lah."

"Tak pe."

Pakcik tu dah memperlahankan kereta. Dia masih teragak-agak untuk berlalu pergi.

Tidak mengapa pakcik. Saya ok. Luah hati.

Oh. Ada juga pemuda sekarang ini (tak berapa nak muda sangat tetapi semangatnya insyALLAH persis pemuda qawiyulamin) persis Nabi Musa membantu wanita yang memerlukan.

Pakcik. Terima kasih. Jazakallah khayran jaza. Walau hanya mempelawa, moga mendapat ganjaran di sisi Allah, pakcik.

*Pakcik ni ikhwah kot... Haha. Doa. Ameen.


--Facebook status, 10 November '13

Wednesday, November 13, 2013

Malaikat Memuliakannya kerana Syahidnya


Malam itu 

Barangkali mahu tersenyum sahaja. Bersama zaujah yang baru dinikahi. Gendang bersahutan. Menyeru untuk berjihad. Lantas segera menuju matlamat. Jelas tuntutan jihad


Syahidnya dimandikan malaikat
Bersih--


Aku ternganga
Apakah aku nanti...

Itu cerita Hanzalah
Pemuda jihad

Ke Kedah.
Merenung alam itu nikmat sambil menghisab diri mati bila.

Sunday, November 10, 2013

Kenapa kosong?

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” [QS. Qaaf : 16-18].

Allah dekat

Sangat dekat

Kenapa kosong?
Sebab kita menjauh. 

Friday, November 08, 2013

Takziah Pada Diri

Takziah pada diri yang selalu menuding jari.

Selalu membilang kekurangan
Selalu mengungkit jasa

Tidak syukur
Pffft

Terjun bangunan
Sampai mati--

Mati

Hidup kembali

Hidup dengan perjuangan
Hidup dengan kemuliaan

Syukur

Cakap pada diri syukur

Bilang sekarang nikmat
Ulang sekarang doa

Bungkam ralat

Senyumlah--

Kehilangan itu Indah

Seminggu sebelum peperiksaan. Kehilangan. Orang itu orang yang sangat disayangi. Orang yang setiap malam memberinya semangat. Setiap keadaan. Bertanya khabar. Tika saat di negeri mana pun beliau, pasti menghubungi anaknya di sini.

Sahabat saya kehilangan seorang bapa.

Kami semua ralat. Terkejut. Menangis. 

Ralat kerana tidak dapat menghubungi sahabat saya untuk membantunya pulang ke halamannya secepat mungkin. Semuanya terjadi kerana Allah yang susun.

Sahabat saya dari Seremban pula yang membantunya pulang ke kampung halaman. Semuanya telah diatur Allah. Kami di sini hanya mampu berdoa sehinggalah jam 11 pagi dapat berita ayahnya telah kembali ke rahmatullah.

Catatan sahabat saya mengatakan dia harus kuat. Kuat luar biasa untuk ibunya dan adik-adiknya. 

Pesan ayahnya, jaga adik hang. Ayah risau.

Kami tahu tengah hari itu lalu bergegas ke Kedah. 5 jam perjalanan. Walaupun sejam lambat, semuanya telah selamat alhamdulillah.

Hikmah kehilangan ialah menghargai. 

Kehilangan itu kerinduan. 

Kehilangan itu indah. Sebab kita lebih banyak mendoakannya. Kita lebih banyak terinspirasi daripada kehilangan. Kita lebih menggerakkan naluri hati untuk lebih bersikap berhati-hati kerana kematian itu dekat. Fikir kita.

Fikir kita mungkin sebuah kekecewaan terselit.

Sahabat,
percayalah Allah telah aturkan segalanya. Hang terima dengan redha. Hang rasa nak sepak je semua orang. Hakikat tak kan? Sebab hang percaya semua ini aturan Allah.

Kehilangan itu menjadikan kita lebih solehah. Sebab Allah kata, doa anak solehah itu diterima Allah. Hang lebih taat kepada Allah. Dalam setiap sujud. Hang berdoa. Dalam setiap bangun malammu, tidak terlepas namanya untuk didoakan. 

Hang kata hang sayang sangat pada ayah. Hang dapat buktikan dengan semangat hang. Hang lebih kuat daripada sahabat yang lain. Hang tidak suka nampak kawan hang lemah. Hang pun senyum lalu mengusap kepala atau bahu. Terima kasih.

Kehilangan itu membentuk kedekatan kita dengan Allah. Lebih dekat. Tak kan mampu orang lain mampu mengubahnya hatta mengusik jentik hubungan itu.

Kita kena taat dan patuh pada ayat Allah.

Sesungguhnya kita datang daripadaNYA dan kita akan kembali kepadaNYA

Dia menunggumu di pintu SYURGA.  

Saturday, November 02, 2013

Emosi Iman

Emosi manusia beriman cuma ada dua. Dua. Saya pada mula tak percaya. Tapi percayalah.

"Emosi manusia beriman ada dua iaitu SYUKUR dan BAHAGIA" -Prof. Muhaya-

Saya terkejut. Melopong sebab bagaimana tuuuuu? Kalau kita asyik berfikir bagaimana, sampai tak sudah lah berfikir. Apa kata terus mulakan mana yang ada di hadapan mata?

Ada jari. Menulis perkara kebaikan. Ada mata. Mencari santapan hati. Ada minda. Lapangkan untuk ilmu.

Memang senang cakap. Tapi memerlukan istiqamah dengan berlatih.

Aiikk. Bersyukur pun kena ada latihan ke?

Haruslah. Saya masih beginner. Tolong ajar saya!

Bahagia pun kena latihan juga ke? Haruslah.

Tanamlah emosi bahagia dalam keadaan apa pun. Bahagia kita masih ada Tuhan menyayangi kita. Bahagia dalam duka. Bahagia dalam kecewa. Bahagia dalam berharap. Bahagia di sebalik senyuman.

Saya pun berlatih senyuman. Tangkap gambar sendiri banyak-banyak. Pilihlah senyuman paling menawan dan berlatihlah apabila bertemu dengan orang lain. Hehe. Nampak macam noob betul...

Saya ni dahlah susah nak senyum. Senyum sikit... Takkan ada kamera je baru nak senyum. Hipokrit. Haha.

"Saya hanya mampu tersenyum apabila saya tak tahu nak salurkan stress saya ke mana.." -Ukhti Hani Hafeeza.
Well, banyak bergaul dengan orang ni membuatkan saya banyak termotivasi dan terinspirasi!