Sunday, April 28, 2013

Signs of Futur

Mulianya seorang murobbi itu terletak pada keikhlasannya pada Allah.

Always and cannot be stop or comma.

Mulianya didikan mereka sehingga melahirkan beribu malah jutaan graduan Universiti Tarbiyyah Islamiyyah.

Kepatuhan mereka terhadap Allah menjadi tebaran ramatNYA tersebar lebih meluas lagi.

Cita-cita syabab itu sehingga ke pelusuk dunia akan dia singgahi untuk dakwahi cinta.

Tarbiyah itu indah.

Liqo itu sarana tarbiyah.

Seandainya tarbiyah dan dakwah itu boleh jalanai dan membentuk para kader tanpa liqo, ayuh silakan.

Tetapi berjayakah untuk mengekalkan momentum dakwah dan tarbiyah?

Kadangkala futur dan kadangkala melemah.

Kata akhi, jangan putus dengan akhawat. Jangan putus sesama ikhwah.

Teruskan liqo. Menyalur ilmu hingga ke hujung usia dunia.

Kata akhi, kita selalu bertanya, bagaimana futur ini? Bagaimana?

Persoalan ini takkan berhenti.

Dengan setiap kali kita bertanya itulah, kita akan berhasil meraih cinta semangat itu.

Jangan pernah lelah bertanya, bagaimana?

Jangan pernah berhenti menjawab.

Kerana kata-kata itu pemangkin dan pembangkit jiwa yang sedang tenggelam lemas.

Jangan pernah merasa bosan dengan jawapan dan soalan yang ditanya.

Kerana di situlah aliran kebaikan bermula pada setiap kefuturan.

Kembalilah kepada fitrah.

Yang sentiasa berzikir malah mendoakan yang lain supaya diampunkan dosa.

Itulah sifat alam.

Hinalah manusia yang kurang berzikir pada Allah. Muliakah kita dengan tumbuhan?

Lihat pokok yang menjulang tinggi ke langit.

Berlumba-lumba mendapatkan membuat kebaikan kepada manusia di bawahnya.

Akar keimanan yang kuat pabila ditolak takkan tumbang sekalipun.

Akar, baja, petani dan batang yang kuat umpama institusi tarbiyah.

Akar keimana, baja cinta ilmu, petani yang berusaha dan bersabar dan batang yang tumbuh saban hari.

Lama mana kita dalam tarbiyah, Allah bertanya apa yang kau buat pada umurmu?

Allah tidak bertanya, siapa murobbimu? Jemaah mana?

Selagi track kita track yang Allah cintai dan benar, inilah yang Allah rahmati.

Saturday, April 27, 2013

Lima Mei 2013

Hari ini 27 April. 5 Mei 2013.

Hari penentu kerajaan Malaysia. Hebahan sudah tersebar ke seluruh dunia hatta Mesir sekalipun. Pucuk pimpinan dunia yang sangat mengenali Malaysia pasti medoakan yang terbaik buat Islam dan rakyat seluruhnya. Moga kali ini kita lebih bersifat matang dan tegar dalam menjadikan diri bijak berfikir dan teguh akan akar keimanan di hati.

Bukan sebarangan calon.

Kawasan saya, bukan sebarangan calon. Cukup berwibawa. Penuhi permintaan keperluan rakyat. Apa sahaja. Katakanlah. Tapi cukuplah saya katakan, kita bukan Tuhan yang mampu penuhi setiap permintaan. Kita bukan Tuhan yang mempunyai kuasa 'Kun Fayakun'.

Cakaplah apa sahaja. Namun, ingatlah kita ini bukan Tuhan. Jadi, janganlah janji bukan-bukan. Allah kata, Allah tidak suka orang yang tidak mengotakan janji.

Semenjak hari-hari saya kemudiannya, saya cuba untuk berhati-hati dalam berjanji. Ramai orang di sekeliling saya mengajar saya erti 'amanah'.

Sahabat sepengajian saya pernah bercakap, " Aku tak berani janji pukul berapa aku sampai..." Ayat itu mengajar saya berhati-hati dalam berjanji. Seorang sahabat saya yang lainnya, "Kalau kita dah berjanji, penuhilah. Kalau datang lambat, tak ke kita dah ambil masa orang itu.."

Masih terngiang-ngiang ayat itu.

Ramai panjang lebar mengetengahkan isu PRU13. Hangat. Heboh. Namun bersederhanalah dalam mengutarakan manifesto masing-masing. Kita sebagai pemerhati, nilailah sebaik mungkin. Jangan nilai luaran semata-mata. Nilai dengan istikharah kepada Allah. Letakkan iman ketika menilai.

Istikharah.

Istikharah untuk memilih pemimpin yang paling baik.

Jalan terbaik buat mukminin dan mukminat. Bukan semberono kita pangkah mengundi.

Kepada sahabat yang belum berkemampuan, kita jumpa 5 tahun akan datang lagi untuk merasai kebersamaan mengundi. \oo/

Wednesday, April 24, 2013

"Dahlah..." Hooda menghempas bukunya ke katil. Layyin memandang wajahnya.

"Kau kenapa?"

"Aku kecewa. Aku tak fahamlah..."

"Dah kau ni tak faham apa?"

"Kau ni..." Gelak-gelak kambing dia.

Demi meneruskan tekak yang sudah tersekat ini, dia memulakan bicara dengan tenang. Muka masamnya terus hanyut pabila terukir senyuman di bibir mungilnya.

"Kau pergi program hujung minggu hadapan? Ini sungguh serius. Aku nak pergi sangat. Menarik kowwwwtt.."

"Dah tu pergi je la..." Muka malas nak layan. Novel yang ditatap Layyin bersabung halilintar lajunya. Orang kuat novel. Biasalah tuuuhh! Mana-mana ada novel di tangan.

"Eh, tapi apa tujuan dan objektif kalau kita pergi?"

"Apa lagi mengurat la. Tu ramai ikhwah. Hensem dan bergaya kowttt." Huruf 'ta' saja dimakhrajkan. Lidah benar-benar di bawah barisan gigi bahagian atas. Antara dua ketapan gigi.

"K, fine. Bolehlah juga. Weyh, dah tu bakpenyer borang tuuuttt tuh. Kau nieyhhhh..." Hooda memukul lengan Layyin. Gelak kambing sekali lagi.

"Hah, cer citer, ape citer yang kau tak faham tadi?"

"Begini, aku kenal sangat sepupu aku. Aku tahu kau pun kenal dia. Baru sekarang aku faham kenapa yang ramai sangat concern dengan akhawat... Ukht Ibah, Ukht Imah, Ukht Zira concern kot dengan kita semua."

"Saspen giler. Malas layan sikitlah. Malas juga nak amek port siapa gerangannya." Hooda menanti dengan penuh debaran. Fikirannya mencari-cari, kisah apakah kali ini? Konflik gerabak dakwah ke? Konflik BM ke? Ehem, Hooda. Kau kenapa fikir BM ni? Hmmm, masalah PRU13 ke? Kot la ada kaitan... Hooda ketawa kecil.

"Aku tak habis cerita lagi... Kemungkinan besar kita kehilangan aset berharga. Aku dah lama tak nampak dia datang program. Apatah lagi contact untuk saling meluahkan rasa cinta. Aku rasa kecewa. Kecewa sangat. Kenapa dia begitu? Sebab aku sudah dapat agak dah. Dia sangat rapat dengan Ayin. Aku dapat daripada sumber sohih."

"Kau ni cuba susun sikit ayat..."

"Ok. Pokok pangkalnya, dia tidak lagi bersama kita."

Air mata Hooda sudah bergenang. Lama dia termenung. Jauh dilontarkan ke luar tingkap. Apa silap kami? Apa silap murobbi dia yang dahulu? Apa salah orang yang ada di dalam itu. Sukar dilupakan saat program bersama. Dialah yang menceriakan keadaan. Petah. Semangat dia sungguh luar biasa. Mampu memberi kebaikan yang cukup mulia.

"Hooda, percayalah. Aku yakin dia buat begitu ada sebabnya. Dia orang sangat rasional. Dia tidak akan membuat keputusan sesuka hati."

"Ah, aku peduli apa. Apa pun kecewa aku ini, ramai lagi yang boleh menggantikan tempatnya. Ramai lagi yang masih belum kita kejari. Masih ramai lagi kita belum memberi." Layyin memegang bahu Hooda.

Sambung Layyin. "Mana-mana pun ada tarbiyah juga. Cuma aku concern dengan tsiqah dia terhadap kita. Puncanya apa?"

"Kau tanya aku? Lagilah aku tak tahu. Aku harap puncanya itu tidak terjadi kepada a'dho yang lain."

"Hooda, di atas lautan itu ada banyak gerabak kapal kontena untuk perdagangan. Bukan satu dua. Tapi banyak. Namun tujuan setiap satu itu lain. Objektifnya lain-lain. Yang pasti mereka akan menuju satu destinasi. Namun, ingatlah pemilik kepada kapal dan manusia di dalamnya itu ialah Allah. Jangan lupa itu. Barangkali, kita lupa, kita semua bertujuan mencari redha Allah. Tapi caranya lain-lain. Kenapa perlu kecewa? Walau kita hilang seorang, Allah akan datangkan 10 orang yang lebih baik daripada dia. Percayalah. Kita lihat satu hari nanti." Panjang Layyin mencari rasional. Mungkin untuk melegakan hati yang kecewa.

Tapi kecewa ini janganlah terlalu panjang. Biarlah Allah yang memberi keputusan. Terkadang kita lupa, pemilik hati semua manusia ialah Allah. Minta saja pada Allah. Kukuhkan hubungan dengan Allah. Bila masalah ni timbul, semua cerita nak timbul. Nak selidik satu persatu apa puncanya. Tapi, bila pening-pening fikir, bekerja teruslah. Bekerja terus dengan Allah. Allah akan membantu hambaNYA yang sedih.

La tahzan my ukhti...


Kakak mulia

Entah gentar hati aku untuk ucap itu.
Selalu sangat jarang luah ayat itu.
Tengah kelam kabut aku kata itu.
Ya, aku  malu untuk berbicara serius denganmu.

Kakak tahu
Dalam diam-diam
Aku selalu perhati
Sebab kakak baik
Aku nak mencontohimu
Yang selalu ambil berat
Yang selalu melegakan dengan sentuhan dan luah bicara
Mungkin kakak kata, "Aku, kau nak buat contoh???"
Ya, manusia itu kan bukan sempurna
Tapi suka kakak!

Kakak,
jangan marah aku
kalau-kalau aku ini memualkan
Kakak,
minta maaf sekali lagi
aku sudah terjatuh cinta
pada kebaikanmu

Kakak, aku pernah bergenang
Gara-gara bicaramu
Yang kata
"Berilah aku peluang.."
Saat itu aku membayangkan
Kakak tiada di sini lagi
Aku akan rasa sunyi
Aku akan rasa tiada cinta lagi di sini

Walau apa pun
Aku nak contohimu
Akan kebaikanmu kepada semua orang

Monday, April 22, 2013

Ketenangan

tatkala aku merenung kedamaian alam,
aku digenangi dosa yang lalu,
kuatkah aku megharungi detik yang berlalu,
malu aku berhadapan dengan MU.



dengan rahmatMU YA GHAFUR,
aku tabahkan hati,
menghalangi diri daripada noda,
menepis bisikan nafs dan syaitan.

ampuni aku tika aku melewati,
saat2 indah bersamaMU,
kembalikan aku seperti dulu,
tika KAU anugerahkan aku ketenangan,
kedamaian di hati.

11 Oktober 2009

Wednesday, April 17, 2013

Saya rindu TPMC 2009

Technology Park Malaysia College.

Baru beberapa tahun ditubuhkan. Ramai dihantar ke US untuk sambung belajar. Merenung panjang kembali. Mengimbas saat suka duka di sana.

Bangunan kiri, bangunan akademik. Bangunan kanan, hostel untuk perempuan sahaja.

Pertama, saya tak sangka dapat lantikan tak rasmi ketua aspuri (asrama puteri) ketika tempoh orientasi dahulu kala. Kami tinggal jauh dari TPMC. Kami tinggal di Jalan Tun Sambanthan. Naik bas setiap pagi dan pulang setiap petang. Kejap lambat. Kejap cepat. Semuanya bergantung keizinan Allah untuk bas itu hadir.

Kedua, lantikan tak rasmi dan main-main sbg setiausaha persatuan Islam di sana. Selalu sangat bermain-main ketika meeting. Maklumlah perangai budak kecil. Tetapi akan ada seorang sosok kuat yang mempengaruhi kami. Dia AJK Surau jer. Tapi setiap kali meeting dia akan ingatkan adab-adab musyawarah. Adab pengikut dengan ketua. Semuanyalah. Abang kami lah katakan.

Last konklusi setiap perkara, mesti Mr Presiden tanya saya, ada salin tak. Eyh eyh eyh, buat kelam kabut. Nampak sangat malas menulis :P



Ketiga, nak buat usrah. Time saya ada yang tak sampai sebulan itu, kami yang ambil inisiatif untuk membuat usrah sendiri. Medium untuk peningkatan Islam. Perjalanan program dan meeting kami selalu dibantu oleh seorang pegawai TPMC, graduan UIA. Tak ingat Mr. ape.

Bila cakap tentang usrah ini, saya kembali semula ke TPMC untuk ziarah selepas setahun. Kebetulan mereka ada usrah. Saya join. Usrah besar yang menggabungkan antara muslim dan muslimat. Best! Mereka ada gelaran masing-masing. Fatimah azZahra, Asma Abu Bakr, Salahuddin alAyyubi.. Terasa teruja bila ada gelaran masing-masing. Huhuk.

Berdentam dentum jiwa ini dibasuh. Sungguh ikhlasnya mereka yang memberi. Nangis sikit-sikit.

Ikhlasnya jiwa nak menghidupkan fikrah Islam di bumi TPMC. Dulunya bumi itu kontang. Hanya Cina dan India. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Namun bila ada abang dan kakak yang menjaga saya, saya merasakan bumi ini akan subur dengan Islam.

Kepayahan itulah yang akan menghasilkan buah yang manis.

Kejayaan itu bermula dengan langkah pertama.

Ingat lagi time dalam kelas dan dalam waktu minggu recruitment. Sebelum kelas bermula, saya berdiri da umumkan dan kecohkan sesiapa nak daftar persatuan Islam TPMC. Huluran kertas bermula. Yeah! Then, seorang mamat juga berdiri, sesiapa nak join Music Club. Pergh. Kontra. Kontra. Kontra...

Rindunya sahabat lama. Semua dah fly ke USA. Dah nak habis dah pun belajar di sana. Selamat pulang kembali! Dulu kat TPMC saya suka merayap ke bilik-bilik. Konon-konon nak tanya soalan. At last, jadi tukang kebas biskut orang je. Hehs. Bila masuk makmal, main-main. Siap makan dan minum dalam lab. Perhatian ye! Dalam lab tak boleh makan dan minum. Banyak bakteria boleh masuk perut lalu sakit.

Penutup: Saya pernah hilang 3 hari 2 malam di asrama

Sebab pergi kem tak beritau parents. Nak call, tak dak line. Memang kecoh satu asrama diri ini tak dak kat asrama. Ahad malam tuh, warden datang. Cuak kebabom. Call la parents dan dan time tuh jugak.

Ok fine.

Saja nak touching di sini malam hari...


Tuesday, April 16, 2013

ciptaanMu

kuberdiri di hadapan
meniti detik demi detik berlalu
melihat keindahan
menyentuh kelembutan
menikmati kedamaian
yang telah KAU ciptakanuntuk kami berfikir KEBESARANMU
[sumber: www.kembarasalik.wordpress.com]

aku masih berdiri
mengamati matahari naik
di celah bengunan ciptaan manusia
yang mudah dibinasakan
aku masih berdiri
menikmati kehidupan seterusnya dengan penuh
ERTI KESYUKURAN

YA ALLAH, YA JAMIL,
peliharalah kami dari
penyakit hati
kerosakan akhlak
bantulah hamba2MU yang ingin
berHIJRAH
berilah hamba2MU kekuatan...

13 September 2009

Permintaan seorang sahabat untuk dipamerkan di sini :)
Aku tahu sudah lama permintaanmu. Tahun 2009 lagi. Aku cuba penuhi hari ini. Nah, hadiah.

Sunday, April 14, 2013

Takut itu alasan.

Owh, hari ini hari menerima. Mengantuk letih sekadar menerima tanpa memberi.

Dengar, tulis dan mengangguk.

Ah, tidak kalah okeh. Kalau berjumpa dengan sahabat perjuangan, kata-kata mereka saling membahagiakan. Ah, bisakah aku terus duduk diam bersamamu sahabat?

Maka aku cuba berusaha memberi melalui kata-kata yang baik buat sahabat yang kutemu.

Aku seorang pendiam. Pendiam teramat di kediaman sementara. Takut untuk bicara. Takut salah sangka. Takut bajet bagus. Takut dilabel 'eleh, pakai cakap'. Takut aku tak lakukan apa yang aku cakap.

Ah, itukan alasan.

Bisikan syaitan supaya suruh kau berhenti. Lemahkan titik point kau di situ.

Bisakah aku duduk bersamamu sahabat yang selalu bahagiakan dengan kata-katamu? Kerana aku hanya ingin mendengar celoteh ayat-ayat keimananmu.



Kau tidak seharusnya lemah dan terus-terusan melihat kelemahan diri. Berusaha untuk menjadi hamba yang disukai Allah.

Allah kan suka pada mukmin yang kuat berbanding lemah...

Hmmm.

Friday, April 12, 2013

Percaturan senyum

Muka masam. Bergaduh dengan diri sendiri. Suka hati cakap lepas dengan orang selembut dia. Dia baik hati. Dia penyayang. Dia penyabar. Hari ini terasa first time kene marah dengan dia. Rasa nak menangis sebab diri sendiri tak sabar dengan mulut. Mulut boleh jadi durjana.

Tenangkan diri. Sms dia minta maaf. Takut nak jumpa dia. Elak.

Malam ini, berdoa tak nak terserempak dengan dia.

Ambil alQuran. Baca alQuran kuat-kuat. Lepas geram. Makin kuat makin sedap. Makin sedap makin leka dengan alQuran. Bestnya!

Lepas dah habis, berhenti sat muka surat akhir. Suara dah slow. Hati tenang sikit.

Malam ini malam memberi. Membebel macam mak minah masuk gol. Bersorak dengan ayat-ayat keimanan. Alhamdulillah.

Terserempak dengan sahabat.

"Ni kenapa plak dah... sengih memanjang je nih?"

"Salah ke?"

"Luar biasa tampaknya..."

"Baru habis memberi. KO FAHAM TAK PERASAAN ORANG YANG MEMBERI?"

"Owh oooooo oke"

Beberapa jam baru habis nak senyum.


Hipotesis,
Lagi banyak memberi, lagi banyak senyuman terukir. Lagi banyak berkongsi, lagi banyak senyuman dicalit.

Pada mula ingin putus asa. Bosan memberi.

Tapi Allah bagi senyuman. Senyuman yang tak semua orang faham dan tahu. Senyuman bahagia. Karenah anak-anak. Macam-macam ragam. Macam-macam usikan.

Allah mahu kita lalui ujian. Baru kita ketemu jawapan.

Terkadang jawapan sudah di hadapan mata. Kita asyik lupa. Allah uji kembali agar kita ingat kembali berperasaan seperti itu.

Senyum bahagia.

Bukan setakat tahu tapi fahamilah. Faham tak sama dengan tahu. Faham, dia juga pernah melalui pengalaman itu. Tahu, sekadar tahu teori atau tahu pengalaman orang lain.

Wallhu'alam.

Tuesday, April 09, 2013

Kisah di Makmal Monash University

"Kenapa ini? Apa sudah terjadi?"

"Error point"

"Macam mana ini? Boleh panggil technician di bilik itu?"

Pelbagai alat ganti SDS-PAGE electrophoresis ditukarganti. Wayarnya. Penutupnya. Voltage. Lastly, tukar badan.

Mr. Victor berlari-lari mendapat badan electrophoresis. Sedikit terhincut. Sakit bila lihat dari air mukanya.

Terdengar satu arahan daripada Ms Hui Ping.

"You can back to your seat"

Kami pun melangkah ke hadapan. Kertas laporan lepas sudah ditanda. Muka tak puas hati. Bertanya dan membebel dengan Mr. Demo...

Tiba-tiba di belakang kelas,

"Ini macam mana ini? First time tengok demo yang buatkan kerja untuk students." Mr Victor menggelengkan kepala. Sengih kambing pula.

Dalam hati, habislah markah group. Dah dia nak buat sangat! We just gave it as you are willing to do it so.

OK. Pengajaran, kerja makmal buat sendiri. Jangan harapkan demo sahaja yang membuatkan.

Last ayat sebelum kami meninggalkan makmal yang sangat dicintai itu,
"Kenapa saya cakap skema sangat? Jadi adakah anda mahu pulang? Tidak mahu masuk event akan ini?"

Kelakar.

Thursday, April 04, 2013

Angan dan cita

Dulu dia tertunggu-tungu dan tertanya-tanya,

Tiada orang nak 'kapel' dengan dia ke?

Soalan yang tak munasabah langsung. Iya, itu zaman dahulu. Zaman jahiliyah itu membawa dia kemurungan yang panjang. Kosong.

Tahun 2007, seorang sahabat dia bertanya,

Macam mana iman?

Terkedu sudah. Tak tahu nak jawab apa. Ah, lemahnya manusia kerana tiada ilmu.

'Kapel' !!!

Hampir. Tapi Allah menyelamatkan. Allah memberi rasa malu yang sangat-sangat-sangat sehingga dia asyik berlari apabila dikejar. Kelu lidah lalu berpaling.

Berkat doa ibu barangkali.

Kapel adalah angan-angan pada dunia dan pada siapa yang mungkin tidak tahu tujuan hidupnya. Apa tujuan hidup engkau? Apa tujuan hidup aku? Apa tujuan hidup awak? Apa tujuan hidup saya?

Lalu kehidupan diteruskan dengan impian dunia. 'Kapel'.

Dikejar tak dapat. Kenapa?

Barangkali doa ibu yang menghijabi.

Tet.

Barangkali dia terlupa ayat, LA TAQRABUZZINA!!!

Hatta mendekati pun, salah. Hati kena keras. Bak kata orang moden, jadilah 'slumber'. Nak main mata pun salah taw. Ni memang kene cucuk garpu supaya mata supaya tunduk.

Allah kata tundukkan pandanganmu. Tundukkan pandanganmu dengan dunia, nescaya hatimu terhijab dengan dosa.

Luaskan pandanganmu dengan ilmu, nescaya satu darjatmu naik meninggi.

Main sms dan tepon tepon? Tepuk dada tanya iman. Tepuk hati tanya Tuhan.
 
Habis macam mane ni kapel-kapel ni?
 
Pertama cegah dulu. Tambah ilmu dan sentiasa doa. MOga terhindar dan tiada rasa nak ke arah itupun.
 
Kalau dah terjadi? Doa dan minta petunjuk kepada Allah. Kemudian bincang.
 
Dulu ada seorang kakak. Kakak tu sangat bercinta sakan. Daripada sekolah lagi. Mesti sedih dah lama bercinta lepas tu nak putus. Lepas dia istikharah dan minta petnjuk Tuhan. Dia berubah selepas bertaaruf dengan tarbiyah Islamiyah. Lalu dia call, cakap 'P.U.T.U.S.' Lelaki itu redha. Kakak itu percaya 'kalau ada jodoh tak ke mana' dan janji Allah jodoh itu telah ditetapkan ketika kita diciptakan dahulu. Selama bertahun kemudian, sebelum habis pengajian, lelaki itu masuk meminang. Tak sampai 2 bulan dah nikah dah. Alhamdulillah ;)

Apa tujuan hidup kita?

 
 
Berilah peluang kepada diri untuk berubah kepada lebih baik.
 
Cita
 
Cita-citalah untuk menjadi pendekar agama yang mulia dan abadikan diri hanya untuk Allah. Tekadang lemah. Futur kemudian. Tapi melemah itu bukan ciri-ciri orang beriman.
 
Kan?
 
Cita-citalah jadi seorang ilmuwan islami. Moga Allah redha.

Salahkah kita bercita-cita untuk Allah? Tak salah. Malah dirahmati. Lihat kisah zaman Rasulullah saw. Lihat kisah sahabat baginda.

Mereka fastabikulkhayrat. Laju je kaki dan tangan bila mendapat seruan jihad. Berlumba-lumba ke arah kebaikan. Berlumba-lumba ke Syurga. Walaupun usia kebanyakan mereka 10-15 tahun.

Kita hari ini?

Banyak jihad kita ini. Jihad berakhlak mulia. Jihad memperbanyak ibadah. Jihad berilmu. Jihad memberi walau memberi makan kucing kat tepi jalan sekalipun.

Kadang tuh, terasa sempit otak bila fikir pasal jihad. Bak kata orang jawa, 'sumpek'. Jihad itu berasal daripada perkataan jahada. 'BERUSAHA'! Memang kita kita kena jihad dalam banyak perkara.
 
Saya suka menulis untuk nota diri sendiri dalam buku-buku dan semuanya bersepah-sepah. Jadi, blog ni saya jadikan buku saya juga. Saya rujuk balik setiap helai halaman untuk saya ingatkan diri. Jangan marah kalau xbest XD

*Banyak perkara lagi kita boleh buat dan fikir kalau tak 'kapel' ni.