Dia membutakan mata melihat dunia. Indah sahaja di matanya namun tidak mata hati. Peristiwa demi peristiwa berlalu sesisir lautan membaham tanah. Dia membungkam pada awan lazuardi atas sana. Tenang. Riak wajahnya tidak keruan apabila melihat peristiwa tadi. Bibir diketap kejap. Genggamannya pasir putih pantai. Ditumbuk-tumbuknya ke dada pasir. Matanya turun melingkari segenap ruang pantai yang tenang.
Dia tidak akan membiarkan peristiwa itu membodek hatinya lagi. Cukuplah sekadar ini sahaja cerita ini. Aku mahu tenang. Baba, cukuplah ini sahaja cerita kita. Dulu baba pernah kata, dunia ini adil. Tuhan itu maha Adil. Rezeki. Syukur. Hidup bahagia. Belajar hingga ke menara gading. Benarkah baba dunia ini adil? Katakan padaku bahawa dunia ini adil. Dengan apa ya baba? Dengan adanya lelaki yang mempertahankan tanggungjawab kepada keluarga. Tetapi gerak tari baba tidak seiring dengan keadilan itu. Lupakah baba bahawa lelaki itu galasnya amanah berat dari Tuhan? Baba, katakan padaku dunia ini tidak kejam. Menafikan hak keadilan kepada keluarga dan anak-anak.
Baba, itu kan salah di sisi Tuhan. Baba, apakah baba tahu?
Dia termenung jauh. Menelurusi arus ombak. Kosong.
Dikuak pintu rumah.
Hatinya sudah berombak tangisan rindu. Rindu pada ketenangan yang dahulu. Menghempas daun pintu kopak. Dia bersandar perlahan menyentuh kulit dinding. Dia merasakan kesunyian. Tiada siapa yang peduli akan hal dirinya. Ahh, hatinya membara setiap kali jejak kakinya di rumah ini.
Ahh apa aku peduli!
Puas dia menangis malam itu. Cukuplah ini sahaja yang menduga diri. Dia menekan-nekan kembali kepalanya. Berdenyut. Tidak berhenti. Matanya tertancap pada senaskhah kitab lama di atas meja. Jemarinya mula mengusap kitab perlahan-perlahan. Berhabuk. Sudah lama dia tidak membaca buku ini. Hanya dibiarkan selama ini di atas meja.
Lamanya aku tak menyentuhnya? Macam mana aku nak membaca ini? Sudahlah aku bodoh solat, inikan pula baca Quran.
Pemikirannya melayang.
Kertas di tangannya masih digenggam rapi. Sekelumit desus suara kedengaran juga samar-samarnya, "Alhamdulillah"
Jejak kaki di bumi Batang Melaka. Hari ini dalam sejarah. Dia mengucap rasa syukur tidak terhingga. Sekeping kertas putih sudah berada di tangannya.
Nusaibah memandang ke arah segerombolan manusia. Mereka saling bertepukan tangan tanda memberi salam. Ahh, kawan lama bukan.
"Weyh, masih ingat janji aku dulu?"
"Tentulah ingat! Kau yang banyak bebel kami..Siapalah tak ingat mak minah balik kampung ni..Bising je."
Pecah deraian ketawa mereka di dalam dewan itu. Sibuk bercerita tentang zaman sekolah. Tangan ditari-tarikan atas angin. Kepala diangguk-anggukkan. Sekali lagi gelak itu timbul kembali. Masing-masing tersenyum.
"Weyh, masih ingat janji aku dulu?"
"Tentulah ingat! Kau yang banyak bebel kami..Siapalah tak ingat mak minah balik kampung ni..Bising je."
Pecah deraian ketawa mereka di dalam dewan itu. Sibuk bercerita tentang zaman sekolah. Tangan ditari-tarikan atas angin. Kepala diangguk-anggukkan. Sekali lagi gelak itu timbul kembali. Masing-masing tersenyum.
Namun siapa sahaja yang peduli akan kisah hidupnya. Dia mahu keluar dari kepompong hidup yang sudah lusuh. Dia mahu kepompong baru. Dia mahu yang baru. Dia kembali ke ruang kepompong itu lewat petang. Sengaja lepak lama di tepi sungai jernih itu. Mengalir laju Mahu tenang agaknya.
Dia senyum pabila saat melangkah ke dalam rumah usang itu. Rumah pusaka nenek. Tiada siapa. Adik yang seorang itu? Selalu masa begini dia mandi. Mencari air yang sejuk membasahkan diri yang lencun dengan keringat. Tahu bola sahaja. Belajar tidak peduli.
Abang? Dia tentu sedang memasak di ruangan kecil dapur. Lusuh. Berbau. Ah, dia peduli apa. Dia percaya air tangan itu akan membuatkan keluarga bahagia. Ntah sampai bila percaya itu akan runtun dek masa. Tapi pokoknya, abang Amir sangat rajin. Ah, bahagianya ada abang sebegitu. Abang ke suami? Berangan je kau Iebih.
"Bammir." Amir menoleh. Lagak seorang chef yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk atas meja.
"Ibah dapat 7A." Suaranya agak tidak kedengaran.
" Baguslah." Dia senyum.
Bosannya. Senyum je ke? Ibah menarik muka panjang.
baba tiada, abang Amir lah yang jadi baba. Baba, pengorbananmu tidak mungkin aku lupakan. Saat itu aku cukup dendam pada lelaki. Lelaki itu. Lelaki itu.
Mama, dah lama aku tak jumpa.
Mama, dah lama aku tak jumpa.
Satu malam, mama ceritakan satu demi satu empayar perjalanan bahtera rumahtangga. Ingatkan bahagia. Tak sampai beberapa bulan Baba lupa daratan. Baba lupa mama itu siapa. Bukan hilang ingatan. Tapi lupa daratan. Daratan bumi Tuhan. Yang menciptakan. Yang Maha memberi.
Mama, tinggalkan pesanan. Jadilah wanita mulia. Mulia itu janji Tuhan pada syurga.
Mama T.T
Mama kuat sebab mama ada Allah. Mama bangun tahajjud setiap malam. Mendoakan kebahagiaan dan perkara terbaik buat anak-anak. Mama, mesti berpesan jaga diri dan jadikan diri mulia. Mulia itukan indah? Disayangi Allah. Mama, walaupun tak lama di dunia, kau tetap aku sanjungi sebagai wanita mulia.
Dua bulan sebelum mama tiada, Nusaibah mendapat tawaran untuk menjadi research assisstant dengan seorang kenalan rapat Cikgu Sulaiman. Puan Kamilia. Eyh, tidak semena-mena dia berangkat ke Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak. Tersenyum bangga mama dengan Ibah. Walaupun dia tidak mempunyai kelulusan mana-mana untuk menjadi RA, sementara cuti sekolah ini dia ambil peluang itu sebagai penambahan nilai pada diri. Bukan RA secara rasmi pun, RA secara tak rasmi. Rezeki dia.
"Mama, Ibah ke sana nak timba ilmu. Tidak ke mana-mana pun. Ibah nak mama tahu, bah dah besar panjang nak jaga diri sendiri. Bukankah Allah telah mengajar kita untuk berkelana melalui Rasulullah saw? Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Banyak hari mama! Nak banding dengan Ibah ni, berapa jam je dalam kapal tu. InsyALLAH selamat."
Sambung.
No comments:
Post a Comment