Sunday, April 18, 2010

ana atau saya atau aku

Ana?

Macam pelik je bila bahasakan diri sebagai ana. Sepatutnya tidaklah menjadi pelik bila kita menggunakan perkataan ana/anti/anta/atunna/antum. *teringat zaman sekolah,belajar bahasa arab* Saya menghadiri program baru2 ini. Hampir semua dikatakan bahasakan diri ana/anti. Malu rasanya. Saya cuba bahasakan diri juga, TAPI... Tidak mengapa, saya akan cuba biasakan kepada sesiapa yang biasa sudah biasa. Tetapi 'saya' hanya digunakan untuk formal. Jarang sekali nak digunakan. Kenapa saya juga memilih untuk bahasakan diri 'aku'? Ganas sangat ke kalau guna 'aku'? Bagi saya dan famili sudah biasa biasa guna 'aku' lagi cakap 'JAWA' sesama saudara di kampung. Mungkin pengaruh keturunan juga. Kui55.

"anti baru sampai ke?"
"err...haah baru sampai"

"jangan susahkan diri anti, ana pun selalu sahaja minta tolong akhawat di sini"
"err..."

Menipulah kalau saya pun tidak tergerak nak guna bahasa ana/anti. Seronok kalau gunakan kerana siapa lagi kalau guna kalau bukan sesama Islam? Ya, sesama akhawat/ikhwah.

Siapa lagi kalau bukan kita sebagai generasi penerus untuk menggalakkan penggunaan bahasa al-Quran? Ya, Allah menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab. Kenapa? Supaya kita mudah faham. Kenapa pula? Sebab itu ALLAH menyuruh kita agar belajar bahasa Arab.
Tidak tahu, bertanya. Sudah tahu, sampaikan.

Dulu zaman muda2, tidak juga selalu guna bahasa Arab. Sayang. Cuma dengan Ustaz2 je guna bahasa Arab. Itu pun sudah mrangkak2. Saya seronok bila melihat ustaz2 di sekolah guna bahasa Arab sebagai medan komunikasi antara mereka. Terinspirasi rasanya.

Jadi, sebagai ummat Islam, sepatutnya tidak perlu hairan bila ada diantara kita hebat bahasa Arab walaupun dia meruopakan aliran Sains. Bukankah bahasa al-Quran itu universal?

Jadi,
Bahasa Arab ialah bahasa Al-Quran!!!

Wednesday, April 14, 2010

Petunjuk dan Manusia

Kita berfikir dan terus berfikir. Dulu dan kini, ALLAH sentiasa memberi petunjuk. Semalam dan hari ini, ALLAH masih memberi kita peluang. Walaupun kita berbuat dosa yg tidak tertanggung bebannya di hadapan ALLAH, ALLAH masih memberi kita nikmat. ALLAH, YA RAHMAN YA RAHIM.

Saat ini saya masih terfikir tentang yang berlaku di stesen bas tadi. Di saat saya memijak bumi KL Sentral, fikiran saya melayang. Melilau...seolah2 lupa akan Tuhan. Tup, ada satu bas USJ8. Huh, macam dekat je ngan SUNWAY (memang pun satu jalan). Tetapi ada sesuatu yang menghalang saya mendekati bas itu. Akhirnya bas itu laju meninggalkan saya. Maklumlah RapidKL. Slogan>siapa cepat dia dapat. Hmm, aku tunduk berfikir. ALLAH...baru saya meminta pertolongan ALLAH. Tidak sampai beberapa minit, bas yang sama USJ8 ada. Alhamdulillah. Betapa besarnya pertolongan ALLAH semasa di KL Sentral tadi. Jadi, pengajarannya di sini???? Fikir-fikirkanlah...

Dulu saya pun begitu. Ada je niat tak baik. Akhirnya ALLAH menghalang niat saya tu. ADA HIKMAH, ADA HIKMAH. Kadang2 bila nak buat baik pun ada halangan. ADA HIKMAH ADA HIKMAH. Cuma kita berfikir atau tidak, itu sahaja.

ALLAH sentiasa memberi peluang kepada hambaNYA untuk bertaubat. ALLAH sentiasa mendidik kita liku2 kehidupan. Dengan apa ALLAH mendidik? Dengan UJIAN. UJIANlah mengingatkan kita,,,

"Owh, sepatutnya aku buat begini bila berhadapan dengan situasi....."
"Owh, aku tersilap. Aku kena minta maaf."
"Owh, aku sepatutnya jaga hati orang lain dengan....."

As conclusion, setiap peristiwa ada hikmahnya!!!

Friday, April 09, 2010

Ukhuwah FiLLAH

alhamdulillah...malam yang hening lagi sunyi tambah sepi sungguh aman masih ada peluang dan ruang untuk saya kongsikan untuk kita semua.alhamdulillah juga kerana minggu ini bermulanya minggu cuti.suka tak?mestilah suka.melihat wajah2 yang dirindui.umi,abah...semoga kalian sentiasa dibawah lindungan rahmatNYA.masih menanti saat itu tika saya masih mengagahkan diri untuk menaip ini.wahai2 kawan2 yang berada di luar lap top atau PC atau senang cakap yang sedang membaca my page, sibukkah kalian sekarang?bersabarlah kerana hanya sedikit langkah sahaja lagi ALLAH akan memberi kejayaan itu.


~ senyum biar ikhlas~



wahai kawan2, suka tak bila kawan2 ada sahabat yang selalu buat kawan2 gembira? suka tak bila ada kawan2 selalu bersama2 dengan kita tak kira susah senang?kadang2 terguris bila ada kawan2 buat kita tidak gembira.tak suka?berfikirlah kawan2.mungkin ALLAH utuskan kepada kita sahabat untuk memberikan kita pahala lebih dan mengajar erti hidup untuk bersabar.salah satu ibrah today,kawan2.





buang yang keruh ambil yang jernih
dendam hasad dengki mestilah dicontohi
mari contohilah Rasulullah
didalam bersahabat
ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
bina keharmonian


ukhuwah fillah.suka bila dengar perkataan ini.2 perkataan selepas dengar perkataan itu ialah BIAH SOLEHAH.=) bilakah lagi kita mahu bangkit dengan biah sebegitu di Sunway?bilakah saat2 itu akan muncul,kawan2?saya bukanlah yang terbaik untuk membicarakan soal ini.namun ini adalah untuk kemaslahatan ummat Islam.sama2 kita bangkit dalam satu saff/satu jemaah yang menguatkan ikatan sehingga menjadi seperti bangunan yang hebat di mata masyarakat.jadi bagaimana mahu bermula?ukhuwah antara kita membuatkan kita kuat.andai kita hanya seorang sahaja yang belayar di tengah lautan, mampukah kita menuju ke destinasi yang satu itu tanpa bantuan siapa2?

PreParatioN tiMe
medan perjuangan ad-DeeN? sama juga keadaan ultraman,power rangers (the turbo,the space....) and also aladdin.semua kartun yang biasa kita tengok zaman muda2 dulu.seronok!!!suka saya persoalkan, kenapa ultraman boleh melawan musuhnya?untuk berlawan dengan the monster dia perlu menjadi besar dan mengerah tenaga untuk membunuh the monster.bayangkan kita juga adalah ultraman.wah,boleh jadi besar dan hanya ada cahaya kita kuat.jadi, kita perlu duduk sama tinggi dan diri sama rendah untuk melawan musuh kembali.kita juga perlulah mempunyai kuasa tertentu untuk menepis segala rintangan yang datang seperti kuasa ilmu,kuasa akhlak mawaddah/hasanah juga kuasa kata2 yang indah.



wahai jundullah,
kekuatan itu datang daripada ALLAH.kemudian turunnya Nabi Muhammad (saw) sebagai qudwah kepada kita ummatnya.kemantapan akidah dan akidahnya mampu mempengaruhi para sahabat baginda yang lain.





"sahabat? kenapa sahabat? "
sahabat merupakan sebahagian masyarakat yang perlukan perhatian daripada para pejuang,pemimpin dan juga teman.
"bagaimana bersahabat? ada adab juga ke?"





setiap langkah kita menuju ALLAH, telah Rasulullah tunjukkan kepada kita.
1) utamakan sahabat muslim -kebajikan,ilmu,nasihat yang baik
2) teguh menyimpan rahsia -biar pecah perut asalkan jangan pecah mulut
3) menjaga hati sahabat -think rationally
4) hormat-menghormati
5) panggil dengan panggilan yang dia suka -terasa diambil berat
6) sedia memaafkan
8) doakan sahabat
9) MEMBERI SALAM





BERITA sari UTAMA~
@ mengutamakan sahabat seagama
@ tegur kesalahan sesama kita
@ sedia untuk berkorban
@ tidak meminta2

permulaannya dengan bersahabat.nak dikatakan ukhuwah FiLLAH yang ALLAh kurniakan kepada org2 beriman itu indah.sanggup berkorban bila saudaranya dalam kesusahan. dari segi tenaga,masa,harta benda...sanggup mereka gadaikan demi ukhuwah yang dijaga itu. bila kekuatan itu kukuh dengan semaian cinta antara saudara kerana ALLAH, bersiaplah mereka untuk teruskan perjuangan yang lebih besar.medan perjuangan.



regards
ASAR