Friday, February 24, 2012

Petang yang bahagia

Patah seribu hatiku...
Bila mengenangkan
Segala yang telah pergi

Bila kita kaitkan dengan daulah islamiyah, nastaghfirullah, kita di alam jahiliyah. Perubahan yang berlaku sangat ketara di zaman Rasulullah, Khulafa ArRasyidin dan seterusnya zaman kontemporari. Bayangkan dalam sebuah perpustakaan hadirnya beberapa akhawat bertudung labuh sedang membuat kerja dan beberapa orang yang sedang asyik bercumbuan antara lelaki dan perempuan. *Mentang-mentang baru habis valentine. Betapa ketaranya perbedaan yang berlaku di zaman ini. Allahuakbar.

Seorang ukhti itu berkata, "Nampak tak? Panasnya hati ana!!!"

Seorang lagi ukhti menjawab, "Sabar anti."

"Nak sabar macam mana? Kalau dia itu anak saudara ana, dah lama ana pergi ke situ lempang dia!" bernada perlahan. 

....

"Tetapi kita perlu pandang dengan kasih sayang. No hardship to nahi munkar. They will reject our invitation to goodness.." terang sungguh-sungguh.

"Benar. Dakwah bilhikmah! Jadi, what to do? Takkan nak biaq depa gitu. Pandang lemah lembut?"

"Kalau dia anak saudara ana, ana pergi kat dia, cakap kat dia elok-elok, "Ahmad, jom makan. Lapar sangat ni. Kejap jer" Lepas tuh, beri tazkirah panjang pada dia"

Inikah cara paling berhikmah?

Saya masih tertanya dan mencari cara terbaik dakwah bilhal untuk golongan seperti mereka. Rasanya hati saya keras lagi. Belum sensitif dengan manusia. Haish. Tetapi saya perl berusaha. Takkan kita hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa. Dakwah bilhal itu merupakan contoh yang kita dapat tonjolkan dari diri kita. Peribadi muslim. True Muslim. Productive Muslim. 

Sedikit mahu berkongsi dari pengalaman.

***
Petang ini bahagia kerana bersama dengan orang yang paling sayang. Memang saya ramai sayang pada orang. Itulah, bila sudah sayang, berjauhan rasa rindu pula. Hadui (tepuk dahi). Itulah saya takut sangat kalau dah sayang kat seseorang itu, perpisahan saya rasa sangat perit. Memang saya tak suka perpisahan. Tapi Allah jadikan sesuatu itu mesti bersebab. Hehe. Lagi satu kalau dah sayang, rindu mesti ada. Saya selalu takut dan sering bertanya, adakah aku rindu dia semata-mata atau rindu kerana ALLAH? Kemudian selepas soalan itu terkeluar, hati tenang kembali. Aku masih mencuba mencintai dia kerana ALLAH. 

Sorry to say, dia itu bukan lelaki hokeh!


Aku yang mencintaimu kerana ALLAH.

Thursday, February 23, 2012

Be a Productive Muslim

i'm not the best person to talk to. But wanna share some that I could get from a talk delivered by Brother Faris, Founder Productive Muslim Dot Com. Those who want me to share, I just could share what I have in my hand and heart insyALLAH.

Productivity = Focus + Energy
(towards maximum reward in Akhiraa)

Why are not being a productive? Either you lost focus or energy. So keep asking, why why why today i'm not so productive? There's 2 reasons are ready for that question.

Starts with SINCERE INTENTION --> ACTION (our effort) --> OUTCOME (leave for Allah)

Allah watch our effort, how much that are you have done for the goal you want to achieve? When it is sincere from your heart Allah will reward us the best ever things and maybe the things that we do not expected before.

Need 3 things to be a productive! 1) Knowledge ; 2) Action ; 3) Consistency (Istiqamah)

Consistency need DISCIPLINE.
- Personal Discipline : Mind management towards positive, Body management towards better and keep healthy, Life management towards effective
-Spiritual Discipline : you're belong to Allah and you always need him

How to be a disciplined person???

  • HIGHER PURPOSE (if you want to get PhD, work for it from beginning! It will inspire you more!)
  • PRACTICE , PRACTICE , PRACTICE!!!
  • SELF ACCOUNTABILITY (muhasabah diri, takat mana kemampuan kita dan teruskan mana yang terbaik)
The best time when it is at the least we want to! Keep trying! Don't be a delayed person! Have a mentor/ murobbi! Make DUA'!




Source of Baraka! 

1. Good Intentions

2. Piety and Belief in Allah
3. Putting your trust in Allah
4. Reading Quran

5. Saying Bismillah

6. Eating with People

7. Honesty in Trade

8. Dua

9. Halal Income/money

10. Following the Sunnah of Prophet Muhammad in everything

11. Praying Istikhara

12. Giving thanks to Allah in abundance

13. Charity

14. Tying your ties of kinship

15. Waking up early

16. Marriage

17. Salah

18. Asking Allah for forgiveness

(istighfar)





Wednesday, February 22, 2012

Wasattiyyah yang perlu dibangunkan





Mari kita duduk dan dengar sebentar. 

Saya berkata, " Semangat apakah yang datang bertali arus padanya untuk menyampaikan penyampaiannya yang menusuk kalbu? Meresap ke dalam diri. Menyentuh sedikit dari hati yang kering." Umpama agar-agar kering dan kelat, apabila dituangkan susu diatasnya menjadi sungguh dahsyat kelazatannya. Subhanallah.


Wasatiyyah itu bermaksud kesederhanaan.


MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu  to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.


Rasulullah menjalankan kehidupan penuh sederhana tidak terlalu ekstrem dan melampau-lampau. Malah sederhananya itu berhikmah dan membawa ketenangan. Apabila baginda menghadapi situasi yang kacau bilau atau situasi yang mampu menggores hatinya, namun ketenangan dan kebijakan baginda dapat mengatasi hal tersebut dengan baik. Sebagai contohnya, apabila kita sebagai manusia biasa seringkali dihadapkan dengan ujian-ujian kehidupan seperti kesesakan lalulintas. Lantas apakah tindakan kita marah-marah? Atau diam berzikir sambil muhasabah diri? Pilihan itu ada di tanganmu, sahabat.


"" Anas r.a. meriwayatkan bahawa tiga orang lelaki telah pergi ke rumah beberapa orang isteri Rasulullah SAW dan bertanya tentang cara ibadat Baginda. Setelah dikhabarkan kepada mereka sebagaimana yang diminta, mereka berpandangan bahawa amalan mereka sedikit sahaja, maka mereka pun berkata, “Ði mana kedudukan kami jika hendak dibandingkan dengan Nabi SAW? Sedangkan Nabi telah diampunkan kesalahan yang lepas dan yang akan datang.”

Salah seorang daripada mereka berkata, “Aku akan menunaikan solat sepanjang malam dan sepanjang hayatku.”

Yang kedua pula berkata, “Aku pula akan berpuasa tanpa berbuka.”

Yang seorang lagi pula berkata, “Aku akan menjauhi perempuan dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”


Setelah mendengarnya, Rasulullah SAW SAW pergi berjumpa dengan mereka dan bersabda yang bermaksud, “Adakah kalian yang berkata sebegini? Ðemi Allah, sesungguhnya aku lebih takut akan Allah daripada kamu dan lebih bertakwa kepada-Nya. Tetapi, aku berpuasa dan berbuka, menunaikan solat dan berehat serta aku juga menahwini perempuan. Sesiapa yang tidak mahu mengikut sunnahku, maka dia bukan daripada umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 5063
""


Cerita diatas best! Bagaimana Rasulullah berserdahana dalam kehidupan tanpa melanggar fitrah sebagai seorang manusia. Subahanallah. Sungguh cantik pencaturan Allah itu. Allah itu mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya, maka ujian yang mendatang merupakan bebanan yang kita mampu tanggung. Allah itu sungguh baik. Allah kata, Allah akan mengurniakan keampunan yang besar dan syurga yang luas seluasnya jika  kita berbuat baik dan sabar. Tetapi kalau kita menghadapi ujian itu dengan perasaan yang tidak puas hati, maka ketenangan dari manakah kita akan dapat selain dari ALLAH?



***
Alhamdulillah. Sangat banyak input yang dapat daripada konvensyen fiqh ummah 2012. Tema utama wasatiyyah aka kesederhanaan. Saya banyak muhasabah diri ketika mana saya berada sepanjang konvensyen itu. Banyak flash back kisah silam saya teringat. Saya kebanyakannya melampau dalam mengambil satu tindakan. Kemarahan. Merepek. Padahal boleh ssahaja saya sambut semua itu dengan ketenangan. Tetapi manusia kan, iman pun turun naik. Hati kan Allah yang jaga, mudah dibolak-balikkan. Lantas saya terfikir, apa kekurangan lagi dalam diri? Cinta kepada ALLAH. Mahabbatullah. Tujuan tindakan saya kadang-kadang kurang jelas. Menyebabkan kadang-kadang saya melakukan demi dunia seperti merindui seseorang. Tetapi bila saya muhasabah. Apakah aku rindu itu semata-mata kerana kebaikan dia dan diri dia? Atau aku rindu  dan menangis kerana Allah telah mencampakkan kami perasaan kasih sayang dan bersyukur kerana atas dasar iman kami dipertemukan? Sedikit tenang bila hati ini dipersoalkan begitu. Tak delah nak melalak sepanjang malam. huehuehue.


Alhamdulillah. Konvensyen kali ini Allah mengizinkan saya bertemu dengan dua orang sahabat yang paling saya sayang, Sharina Farhana Nor Sa'ari dan Nur Hidayah Mohd Jamil. Terima kasih ya Allah, Allah telah mempertemukan mereka dengan saya dan melalui mereka saya banyak belajar erti kehidupan dan Tuhan. Mereka mengajar saya erti penghargaan sahabat. Ketenangan dalam berkata-kata. Apatah lagi nasihat yang menambahkan saya rindu pada Tuhan. Mereka mengajar saya erti rindu pada Tuhan. Elakkan rindu pada yang bukan-bukan. Subhanallah. Walau kami tidak banyak bicara, namun air mata ini jadi saksi atas pertemuan yang telah Allah aturkan ini. Terima kasih ye awak, menghargai pelukan saya pada awak. Meminjam sebentar sahaja bahu awak untuk saya melepaskan rindu dan tangisan.


with love of ALLAH

Friday, February 17, 2012

Syarah Dr. Jum'ah Amin



Walaupun jasad saya tidak berada di sana, alhamdulillah saya masih berpeluang mendengar daripada sini. Suasana yang semangat membangkitkan iman.
Rindu suasana tahun lepas. Dr. Jum'ah Amin datang memberi semangat tarbiyah.

Generasi Rabbani.
Cetakan daripada ALLAH.

Sollu 'ala nabi.
Sunnah terbesar Rasulullah itu dakwah. Maka tetaplah hatimu dalam tarbiyah kerana itu adalah salah satu sarana kebaikan yang Rasulullah laksanakan.

Thursday, February 09, 2012

Apakah itu wahan?

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI".



Cinta itu tidak buta malah yang membutakan itu manusia. Sunguh hati ini meruntun bila menyemak kembali list 10 muwasofat tarbiyah. Sumpah semuanya ibarat angin. Hanya dapat merasai tanpa dapat dihayati.


                                 terima kasih inche ILI


Apabila cinta dunia kita semakin mekar, maka kematian yang semakin hampir pun tidak dapat dirasai. Kene sentiasa muhasabah diri dengan melihat checklist ibadah kita ini. Hati meruntun sekali lagi. Apakah aku layak untukMU wahai Allah? Diri masih belum lagi mencapai 10 muwasofat tarbiyah. Seharusnya aku kuat untuk berdiri dengan merentangkan kain 10 muwasofat tarbiyah! 


Be a Super Muslim!


Bila hubungan kita dengan Allah semakin, percayalah hati anda bahagia... Saya pernah merasainya. Bagaikan aku hidup dengan DIA sahaja. Tiada yang lain. Maka, aku mahukan cinta itu lagi wahai ALLAH. Maka, bila hidup cinta ALLAH itu di sisi kita, kita berasa senang.


Sungguh, saya menulis di sini, banyak berbalik pada diri saya. Saya menulis ini kerana banyak melihat diri saya yang hilang. Saya mahukan kembali diri saya dengan menulis dan membaca peringatan itu  di sini. Walaupun saya rasa saya seorang sahaja yang membaca blog ini, tetapi benar sekadar berkongsi untuk mengingatkan diri dan hati.

Wednesday, February 08, 2012

Cinta itu tidak buta.

Cinta itu fitrah.

Agak terkesan camping (baca: Kem Kepimpinan Pelajar Islam Sunway University) kali ini. Satu demi satu Allah tunjukkan kebenaran. Walaupun tidak banyak, tetapi aku redha. Kena sentiasa muhasabah dan kuatkan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan fitnah ini. Bila bercakap tentang dunia penuh fitnah ini, banyak lelaki yang nak jadi friend saya di fb (baca: facebook). Dalam seminggu itu pasti ada satu. (Bajet glemer le tuh... dush) Bukan nak cakap pasal glemer. Kadang-kadang saya berfikir panjang. Boleh ke saya handle (baca: handle hati) kalau saya approve mereka-mereka? Walhal, sebelum ni banyak dah saya delete. Walaupun ada yang saya sendiri add mereka, kemudian saya delete. Ada je yang mempertikai, why are you delete me? Sorry to say that i'm not strong. Full stop.

Banyak nasihat yang tertembak di hati ini. Iman. Takwa. Jauhi fitnah. Jaga kesucian cinta. Hungry for Islam (lolz..)

Adakala terlupa bahawa saya berada di sana untuk apa. Ada juga kene tembak dengan beberapa orang. Dia cakap tuh, dia cakap nih, saya rasa macam dia marah kat saya seorang. (Time postmortem fasilitator. Kem Kepimpinan Pelajar Islam Sunway University) Pastu saya menangis. Padahal dia tembak kat semua orang dan secara umum. Okeh. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang berani menegur saya. (Siap la kalau jumpa korang.. <-- gurau ^^)

Berbalik kepada cinta itu fitrah. It's normal to fall in love. But you have to know the barrier between girl and boy. Walaupun pada permulaan kita tidak faham cinta itu boleh menjadi fitnah (huru-hara), kita akan dapat hint sedikit demi sedikit daripada ALLAH. Berkenaan dengan hati, berkenaan dengan study, berkenaan dengan family, mungkin akan menimbulkan fitnah kalau kita tidak menjaga hati kita dengan iman. malah kita sendiri meletakkan hati kita pada dunia. (Astagfirullah..) Suka dan cinta itu berbeza. Suka itu tidak bermakna kamu cinta. Suka itu tidak memerlukan tanggungjawab. Namun, cinta itu membutuhkan pengorbanan. Memerlukan tanggungjawab. Jadi, saya mahukan cinta itu suci. Maka saya mahu jaga cinta itu daripada awal. Semua ini untuk barakah kehidupan selepas nikah. Tolong nasihatkan saya. Tolong nasihatkan saya. Tolong nasihatkan saya.

Kita akan jadi mayat

Paling terkesan sekali slot ini. Sumpah saya istighfar sangta panjang ketika demo memandikan mayat dan mengkafankan mayat. Saya kelu. Saya bayangkan saya berada di situ. Sumpah, saya belum cukup dengan bekalan saya. Saya belum bersedia. Ketika nazak, ya Allah, sakitnya. Apakah yang bakal aku bawa nanti untuk menghadapMu? Apakah aku ini golongan kananMU? Minda saya zas zus zas zus memikirkan hal kematian.



aku masih belum layak untukmu, wahai soleh.
aku masih merangkak-rangkak dalam dunia tarbiyyah.
apakah kamu akan menungguku?
aku juga resah saban hari.
namun apakah barangkali resah aku itu sia-sia?
iya kan, sia-sia
jadi aku harus aku yakin, Allah akan jagamu untukku.

Wednesday, February 01, 2012






Walaupun aku takde camera canggih, walaupun aku takde dslr, but yang Maha

Pemurah telah kurniakan camera yang paling tercanggih secare percuma iaitu

mata. Gunakanlah untuk melihat kebesaranNya.

-shared status fb-