Tuesday, December 10, 2013

Aku Cacat dengan Cinta

"Kenapa cinta begitu menyeksakan? Aku benci."
Quoted

Malam itu larut. Larut dengan bayangan angan-angan. Berteman sepi. Cuma apabila sahabat pulang ke halaman masing-masing, dia tentu keseorangan. Berteman sepi.

Dia menyandar pada tiang sebesar pemeluk itu. Melihat-lihat pesanan ringkas, kalau si dia ada memberi sesuatu. Ternyata tidak. Berhari-hari berlalu dengan kosong.

Apakah yang membuatmu begini? Apakah cinta kepada manusia sudah menembusi hatimu? Kenapa kau mengharap sesuatu yang tidak pasti? Apakah cinta Allah itu bukan yang paling agung dalam hatimu?

Matanya berlayar pada putaran kipas. Dari satu pandangan ke satu pandangan yang lain. Hatinya kurang selesa. Apakah ini penangan cinta? Kenapa cinta begitu menyeksakan?

Dia melangkah menjauh dari tempat sandarannya tadi. Dia menangis kerana tidak mampu melawan cinta manusia berbanding cinta Tuhan.

Apakah manusia itu berkuasa? Apakah manusia itu sentiasa ada saat dia memerlukan seseorang?

Tidak.

Apakah Allah telah membencinya sehingga Dia mencampakkan rasa cinta pada manusia melebihi cinta Tuhan? Apakah Allah tidak peduli? Apakah Allah yang menjauh?

Sebenarnya, aku yang menjauh. Aku menangis kerana aku dusta. Aku menangis kerana aku hilang upaya mencintaiMU, Tuhan. Aku cacat.

Keputusan yang Pasti

"Jangan membuat sesuatu keputusan dalam ketidakpastian." 
-SMP- 

Aku ingin membuat keputusan dalam ketidakpastian. Hati belum cukup mantap untuk memberi kata putus. Maka, keyakinan dan kebenaran datang daripada Allah.

Carilah kemantapan itu daripada Allah.

Friday, December 06, 2013

Kejadian dalam Bas

Apabila saya menaiki bas, saya tidur. Saya tidak akan membuat kerja lain. Kalau tidak mahu tidur, saya akan berfikir. Berfikir dan terus berfikir. Kadang-kadang banyak fikir tapi tak catit, bagi saya satu kerugian.

Semalam, saya menaiki bas. Bas Maharani. Selalunya kalau bukan Bas Maharani, Bas Mayang Sari lah mencekau duit saya. Saya sudah terbiasa dengan kedua-dua perkhidmatan bas di sini. Adakala laju. Adakala sederhana. Dengan musim hujan ini, saya lebih selesa kalau pakcik bas memandu dengan sederhana. Rasa aman.

Semalam, semasa ketiduran, saya terdengar orang menjerit.

Arrghh.

Saya terjaga. Saya lihat ke hadapan dan ke belakang. Siapa yang menjerit? Orang di sebelah saya turut terasa kekagetan itu. Kami memandang antara satu sama lain.

Tiba-tiba saya terdengar macam orang terlanggar kedudukan di hadapan. Saya bangun memandang ke hadapan dan nampak seorang pakcik sudah terjatuh di sisi badannya. Air liurnya bersepah di atas lantai. Ada auntie yang berada berdekatan dengannya terus melaju menyambutnya. Ada uncle yang lain turut memberi bantuan.

Uncle..uncle..uncle..!

Entah berapa kali uncle itu dipanggil. Tisu di sapu-sapukan sedikit di bibirnya. Dia seolah-olah menggelupur.

Uncle..uncle..uncle!!

Semua yang berada dalam bas berdiri di tempat masing-masing. Tidak berani untuk mendekati. Takut-takut rimas. Seorang wanita Filipina turut memberi bantuan dengan menggerakkan tangannya, mengurut kepalanya..

Uncle yang seolah-olah kena sawan itu pengsan.

Pakcik bas tadi pun bertanya, kenapa?

Setelah menelefon anak-anak uncle yang pengsan tadi, auntie tadi menelefon ambulans. Pakcik bas melorong bas yang dipandu ke tol Senawang.

Seketika kemudian, pak cik pengsan tadi pun bangun. Dia kaget. Kenapa ramai-ramai ni? Dia langsung tidak sedar apa yang berlaku.

Ambulans pun sampai. Seorang doktor dan petugas perubatan di bahagian kecemasan turut kelihatan. Soal siasat diadakan. Pengambilan darah dan semakan nadi turut dilakukan pada tempat kejadian.

Pertama kali saya berhadapan dengan kejadian seperti ini. Lalu uncle yang pengsan itu pun dibawa ke hospital. Auntie tadi tu pun ikut.

"Saya tolong sebagai kawan." Kata auntie itu.

Walaupun tidak pernah kenal, tetapi auntie itu sungguh bertanggungjawab apa yang terjadi pada uncle itu.

--

Akhlaknya Islami.

Wednesday, December 04, 2013

Duit daripada blog haram ke halal?

Saya agak teruja apabila Program Pencetus Ummah terbias keluarbiasaannya kepada umum di Malaysia. Saya juga terasa keluarbiasaannya. Mungkin boleh juga cari calon :P

Satu persoalan yang saya tidak pernah dan tidak pernah saya terfikir, halal ke duit yang kita dapat daripada blog? Dengan beribu-beribu views dan dengan itulah beribu-beribu duit kita masuk daripada blog.

PU Suffian
Duit daripada blog diharuskan. Namun diharuskan sekiranya tulisan atau perkongsian di blog itu tentang kebaikan dan pembangunan pemikiran insan juga ummah.

Sekiranya tentang gosip liar, tak bermanfaat bagaimana?

Fikir-fikirkanlah tentang duit yang kita dapat itu. Halal atau tidak.

Wallahua'lam!

Tuesday, November 26, 2013

Sekenit mengenal diri

Kutulis ikut rasa
Menemukan Tuhan yang Esa



--

Tuhan, tika jiwa ini sakit
Aku lemah
Tuhan, tika hati ini gering
Aku putus asa

Namun ada sekenit berjiwa besar
Memujuk rayu agar kuat
Sekenit itu ada dalam jiwa


Saya tahu semua orang terkadang begitu. Terkadang lemah. Terkadang kosong. Keluarlah dari kelambu tidur. Keluarlah mencari makna kehidupan. Jangan teruskan tidur yang panjang. Tidur yang panjang membuatmu semakin cepat tua. Percayalah kepadaku. 

Saya sendiri pernah merasakan kecewa pada diri. Kenapa aku tak sebaik dia? Kenapa aku tak sebijak dia? Kenapa aku tak seramah dia? Kenapa aku? Kenapa aku?


Persoalan ini akan terus bermain sehingga anda tua. Tetapi permainan ini akan berhenti jika anda mengenali diri anda sendiri. Percayalah. Kenal potensi diri. Kenal sifat diri. Kenal bakat diri. Kenal minat diri. Barulah permainan itu tamat. Tahniah! Sebab anda telah berhenti membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain. Jadi, bila kenal diri, anda terus mulakan langkah pertama untuk menjayakan impian anda melalui bakat, minat dan potensi yang anda ada.

Apapun langkah pertama itu sangat penting. Seandai anda tersalah langkah, kembali pada langkah pertama anda. 

Seandai anda tidak tahu bagaimana anda ada bakat atau tidak, carilah ilmu!

Ilmu.
Ilmu.
Ilmu.

Saya mula kenali potensi diri sejak sekolah menengah lagi. Namun kadang-kadang potensi diri yang kita ada boleh berubah mengikut keadaan semasa dan suasana didikan kita sepanjang kita membesar. Jadi, sebagai contoh saya merupakan ahli pengawas sekolah. Saya lihat saya berpotensi dalam bidang kepimpinan. 

Setelah tamat sekolah, saya meneruskan aktiviti menggilap kepimpinan saya dengan menyertai persatuan dan usrah. Di situ saya mula melihat diri saya ke arah bidang penulisan dan menyusun atur program yang sudah dirancangkan. Kenapa bidang penulisan? Saya sudah terlalu kerap membuat kertas kerja program sehingga sudah terbiasa menulis.

Mesyuarat yang diadakan mendidik saya berani melontarkan idea dan pendapat. Melalui mesyuarat juga mengajar saya bertoleransi. Saya seorang yang ego dahulu. Bagaimana saya tahu? Saya cukup marah jika sesiapa yang tidak mahu menerima pendapat dan idea saya. Jadi, saya cuba belajar hakikat bahawa saya hidup dengan ramai orang. Bukan saya seorang. Jadi, saya belajar untuk menurunkan ego agar saya tidak mengecewakan diri pada masa hadapan.

Jadi, walau anda merasakan personaliti anda kerap berubah, cuba anda renungi sebentar diri anda. Siapa diri anda da tentukan hala tuju hidup anda. Menuju Tuhan atau sebaliknya. Jika menuju Tuhan tentu ada banyak cara. Anda kurniaan Allah yang maha hebat.

Anda ada tangan. Anda ada kaki. malah anda mempunyai akal fikiran yang boleh memanipulasikan kuasa dunia. Kini segalanya berada di tangan anda. 

Terpulang kepada anda untuk menguasai dunia dan akhirat bagaimana caranya. Apapun yang sangat penting ialah langkah pertama menuju Tuhan. Langkah kedua ILMU.

Semoga berjaya!!

--

Kenapa saya rasa skema sangat ayat di atas? Kerana saya sedang mengolahsemula (baca: edit) sebuah buku yang bakal diterbitkan daripada seorang penulis yang bakal meletup di Malaysia dalam masa terdekat ini. Inilah penangan daripada BMT iaitu bahasa Melayu tinggi yang ditetapkan oleh pihak penerbit.

Salam Mujahadah.

Psst ada iklan. 
Tanggal 20 hingga 22 Disember 2013 kumpulan fasilitator kami akan mengadakan Summer Camp bertempat di Mujahadah Agro Camp di Smeenyih. Jika anda berminat, PM FB: Mujahadah Agro Camp. Perkhemahan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 10 hingga 17 tahun. Lepaklah..!

Monday, November 25, 2013

Saya Belajar Menulis

Saya belajar menulis. Belajar daripada orang yang hebat. Seharian di ruangan Iman Services & Consultancy membuatkan saya menampar diri berkali-kali untuk bangkit dan bersemnagat untuk menulis untuk ummah.

Peratusan keluaran buku di Malaysia terlalu kecil jika kita nak bandingkan dengan US dan Australia. Mereka sudah mencecah jutaan setiap tahun pengeluaran buku di media cetak. Kita masih di takuk 14, 000 buah buku setahun. Kita kena positif dan teruskan semangat menulis.

"Semoga berjaya dan teruskan semangat menulis." -Penulis terkenal Prof Madya Umi Kathum Ngah-

Wah, sungguh teruja.

Itu baru catitan statistik pengeluaran buku. Haaa, cuba kita lihat statistik rakayat Malaysia membaca.

4 buku setahun sahaja!!!

Ini sungguh membimbangkan. Sungguh bimbang. Ustaz Pahrol ada formula menulis dan membaca. Nak tahu?

Formula membaca : menulis = 4 : 1

Maksudnya 4 buah buku baca dan faham kemudian baru dapat menulis untuk 1 buku. Nah kalau anda mahu menghasilkan 12 buku setahun, maka anda perlu membaca 48 buah buku!

Saya juga perlu berazam. Berdisiplin pesan kakak Muharikah :)

Kakak Muharikah ada becerita tentang para ilmuwan Islam terdahulu. Merekalah ahli Sains, merekalah jua ahli falsafah, doktor perubatan, juga penyair dan pemuisi terkenal. Maka rata-rata yang datang ke bengkel penulisan kelmarin bukan dalam bidang penulisan, tidaklah menyimpang dari 'jalan yang lurus'. Haha. Kakak Muharikah sendiri dari bidang doktor perubatan. Prof Madya Umi Kalthum profesor madya untuk kejuruteraan elektrik. Dr Fahd Razy juga seorang doktor perubatan di hospital. Dr Fahd Razy sendiri ada kumpulan pemuisi dan pernah memenangi banyak kali anugerah sastera-sastera.

Maka saya sendiri keluaran produk sains. Saya tidaklah menyimpang. Haha.

Pesan Dr Fahd Razy,
"Kita belum menjadi penulis sehingga kita menghantar karya pada saluran yang betul!"

Deep.

Kita pelajari dan teladani sejarah dahulu. Pasti kita juga mampu untuk mencipta fenomena Islami seperti mereka dahulu.

Nah, dua kata dari saya untuk Bengkel Penulisan Islami anjuran Iman Services & Consultancy,

Nak lagi!

Saya belum berpuas hati untuk menceduk ilmu dari penulis dan karyawan yang dapat menyentuh jiwa-jiwa di luar sana :")

Tuesday, November 19, 2013

--

Saya cuba membaik.

Dia diam.

Lantas saya cuba membuatnya tersenyum.

Dia biasa.

Apa lagi harus saya bisa membuatnya tersenyum.

Luluhkan saja pada Allah.
Biar Allah sahaja yang memenangi hatinya.

Saya lemah.
Saya akui itu.
Selalu terkalahkan emosi manusia lain.

Minta maaf andai terlanjur kata
'I Love You'
Yang mungkin kurang senang buatmu
Sahabat

Aku belajar untuk tidak menilik nasib
Aku belajar untuk tidak mengadili
Aku belajar untuk senyum
Aku belajar untuk bersikap positif
Aku belajar untuk bersikap matang
Aku belajar untuk melempiaskan rinduku padamu

Dengan titipan doa pada Allah

Belajarlah diri
Untuk diam pada tempatnya
Untuk bicara pada tempatnya

--

Perasaaan yang sama tika berpisah dengan seorang ukhti ini. Aku tahu kasih sayang ini hanya sementara. Allah hanya menyalurkan rasa kasih dan sayang ini kerana Allah berhak untuk menitipkannya antara manusia.

Tak mungkinlah kalau dah bersahabat, tiada rasa rindu kalau berpisah.

Kan?

Saturday, November 16, 2013

10 Blogger Terkenal Muslimah di Malaysia

10 Blogger Terkenal Muslimah. Kalau ikut sebenarnya ada ramai lagi terkenal, popular dan gojes. Mungkin bukan dalam sekitar jari saya untuk klik. Mereka dipilih untuk menulis. Menulis untuk ummat. Mengimarahkan lagi dunia penulisan yang bukan picisan. Tetapi memaknai kehidupan.

Sila tepuk tangan sebentar. Kagum. *Mata kedip-kedip.

Ini dia. Senarai yang saya jumpa setakat ini.

1. Umairah Shafie

2. Ainum Solehah

3. NorSyahida Mohamad

4. Nusrah Nur

5. Aisyah Shakirah

6. Kamiliah Harun

7. Dena KamarulBahrin

8. Nadia Syamila

9. Adibah Awang

10. Siapa lagi ya? Alyaa Sakinah kot? Bajetsssss.

--

Tulisan mereka. Tak termasuk nombor 10. Ada ruh. Terkadang tentang kehidupan. Terkadang tentang keperitan. Terkadang tentang ilmu. Semuanya dikisarkan bersama.

Saya kagum. Tulisan mereka seiring amal kehidupan. Itu namanya ikhlas apabila berkongsi kemudian dengan orang lain.

Semoga manfaat.

Lepas ni boleh senaraikan 100 blogger Muslimah popular di Malaysia pula. Weehoo!

Friday, November 15, 2013

Puisi Terkenal Karya Chairil Anwar

AKU

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang ‘kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan akan akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

--
Malam bertemu kekasih beginilah. Merenung alam membuai indah di kelopak mata. Aku terjumpa. Secebis naskhah. Dari sang pemuisi. Chairil Anwar.

Thursday, November 14, 2013

Persis Nabi Musa

Ada seorang pakcik menawarkan keretanya ketika dia melihat saya berjalan kaki berkeseorangan.

"Nak ke sana ke?"

"Haah."

"Mai lah."

"Tak pe."

Pakcik tu dah memperlahankan kereta. Dia masih teragak-agak untuk berlalu pergi.

Tidak mengapa pakcik. Saya ok. Luah hati.

Oh. Ada juga pemuda sekarang ini (tak berapa nak muda sangat tetapi semangatnya insyALLAH persis pemuda qawiyulamin) persis Nabi Musa membantu wanita yang memerlukan.

Pakcik. Terima kasih. Jazakallah khayran jaza. Walau hanya mempelawa, moga mendapat ganjaran di sisi Allah, pakcik.

*Pakcik ni ikhwah kot... Haha. Doa. Ameen.


--Facebook status, 10 November '13

Wednesday, November 13, 2013

Malaikat Memuliakannya kerana Syahidnya


Malam itu 

Barangkali mahu tersenyum sahaja. Bersama zaujah yang baru dinikahi. Gendang bersahutan. Menyeru untuk berjihad. Lantas segera menuju matlamat. Jelas tuntutan jihad


Syahidnya dimandikan malaikat
Bersih--


Aku ternganga
Apakah aku nanti...

Itu cerita Hanzalah
Pemuda jihad

Ke Kedah.
Merenung alam itu nikmat sambil menghisab diri mati bila.

Sunday, November 10, 2013

Kenapa kosong?

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” [QS. Qaaf : 16-18].

Allah dekat

Sangat dekat

Kenapa kosong?
Sebab kita menjauh. 

Friday, November 08, 2013

Takziah Pada Diri

Takziah pada diri yang selalu menuding jari.

Selalu membilang kekurangan
Selalu mengungkit jasa

Tidak syukur
Pffft

Terjun bangunan
Sampai mati--

Mati

Hidup kembali

Hidup dengan perjuangan
Hidup dengan kemuliaan

Syukur

Cakap pada diri syukur

Bilang sekarang nikmat
Ulang sekarang doa

Bungkam ralat

Senyumlah--

Kehilangan itu Indah

Seminggu sebelum peperiksaan. Kehilangan. Orang itu orang yang sangat disayangi. Orang yang setiap malam memberinya semangat. Setiap keadaan. Bertanya khabar. Tika saat di negeri mana pun beliau, pasti menghubungi anaknya di sini.

Sahabat saya kehilangan seorang bapa.

Kami semua ralat. Terkejut. Menangis. 

Ralat kerana tidak dapat menghubungi sahabat saya untuk membantunya pulang ke halamannya secepat mungkin. Semuanya terjadi kerana Allah yang susun.

Sahabat saya dari Seremban pula yang membantunya pulang ke kampung halaman. Semuanya telah diatur Allah. Kami di sini hanya mampu berdoa sehinggalah jam 11 pagi dapat berita ayahnya telah kembali ke rahmatullah.

Catatan sahabat saya mengatakan dia harus kuat. Kuat luar biasa untuk ibunya dan adik-adiknya. 

Pesan ayahnya, jaga adik hang. Ayah risau.

Kami tahu tengah hari itu lalu bergegas ke Kedah. 5 jam perjalanan. Walaupun sejam lambat, semuanya telah selamat alhamdulillah.

Hikmah kehilangan ialah menghargai. 

Kehilangan itu kerinduan. 

Kehilangan itu indah. Sebab kita lebih banyak mendoakannya. Kita lebih banyak terinspirasi daripada kehilangan. Kita lebih menggerakkan naluri hati untuk lebih bersikap berhati-hati kerana kematian itu dekat. Fikir kita.

Fikir kita mungkin sebuah kekecewaan terselit.

Sahabat,
percayalah Allah telah aturkan segalanya. Hang terima dengan redha. Hang rasa nak sepak je semua orang. Hakikat tak kan? Sebab hang percaya semua ini aturan Allah.

Kehilangan itu menjadikan kita lebih solehah. Sebab Allah kata, doa anak solehah itu diterima Allah. Hang lebih taat kepada Allah. Dalam setiap sujud. Hang berdoa. Dalam setiap bangun malammu, tidak terlepas namanya untuk didoakan. 

Hang kata hang sayang sangat pada ayah. Hang dapat buktikan dengan semangat hang. Hang lebih kuat daripada sahabat yang lain. Hang tidak suka nampak kawan hang lemah. Hang pun senyum lalu mengusap kepala atau bahu. Terima kasih.

Kehilangan itu membentuk kedekatan kita dengan Allah. Lebih dekat. Tak kan mampu orang lain mampu mengubahnya hatta mengusik jentik hubungan itu.

Kita kena taat dan patuh pada ayat Allah.

Sesungguhnya kita datang daripadaNYA dan kita akan kembali kepadaNYA

Dia menunggumu di pintu SYURGA.  

Saturday, November 02, 2013

Emosi Iman

Emosi manusia beriman cuma ada dua. Dua. Saya pada mula tak percaya. Tapi percayalah.

"Emosi manusia beriman ada dua iaitu SYUKUR dan BAHAGIA" -Prof. Muhaya-

Saya terkejut. Melopong sebab bagaimana tuuuuu? Kalau kita asyik berfikir bagaimana, sampai tak sudah lah berfikir. Apa kata terus mulakan mana yang ada di hadapan mata?

Ada jari. Menulis perkara kebaikan. Ada mata. Mencari santapan hati. Ada minda. Lapangkan untuk ilmu.

Memang senang cakap. Tapi memerlukan istiqamah dengan berlatih.

Aiikk. Bersyukur pun kena ada latihan ke?

Haruslah. Saya masih beginner. Tolong ajar saya!

Bahagia pun kena latihan juga ke? Haruslah.

Tanamlah emosi bahagia dalam keadaan apa pun. Bahagia kita masih ada Tuhan menyayangi kita. Bahagia dalam duka. Bahagia dalam kecewa. Bahagia dalam berharap. Bahagia di sebalik senyuman.

Saya pun berlatih senyuman. Tangkap gambar sendiri banyak-banyak. Pilihlah senyuman paling menawan dan berlatihlah apabila bertemu dengan orang lain. Hehe. Nampak macam noob betul...

Saya ni dahlah susah nak senyum. Senyum sikit... Takkan ada kamera je baru nak senyum. Hipokrit. Haha.

"Saya hanya mampu tersenyum apabila saya tak tahu nak salurkan stress saya ke mana.." -Ukhti Hani Hafeeza.
Well, banyak bergaul dengan orang ni membuatkan saya banyak termotivasi dan terinspirasi!
 

Thursday, October 24, 2013

Bila Usrahgirl Lepak

Dulu selalu la juga lepak kat shopping mall
Kalau takde kerja, contact kawan-kawan lepak
Kalau tak pergi ke tempat itu

Ada juga niat nak pergi panggung wayang
Alhamdulillah mak pesan jangan masuk
Cari nahas kau, kalau masuk--

Redha mak
mana boleh lawan dengan redha kawan

Kalau takde kerja
Kerja pergi makan tempat-tempat baru

Al-maklum kaki makan
Begitulah

Kalau dulu pun ada mesej lagho
Sia-sia bila baca balik
Terus tekan butang delete

Bila jadi usrahgirl
Still perangai lama, lepak
Lepak kat shopping mall
Dengan alQuran ditangan
Tazkirah menyeru-nyeru

Tak mahu masuk panggung wayang
Buat panggung sendiri
Tapi dengan usrahgirlsss
Lepas tengok
Semua kena beri ibrah

Mesej lagho? Kurang dah
Sebab terus tukar kepada cinta
Cinta lagho?
Tak--
Cinta atas dasar iman
Girls only

Contact kawan-kawan
Buat mabit
Belajar alQuran

Tet..tet..
Bila nak lepak?
Dengar tazkirah orang sana
Jom!!

Nak makan
Bukan sekadar cuba-cuba tempat baru
Tapi buat tajmik yang belum ada usrah
Lepak dengan mereka

Lepak kita bukan biasa-biasa
Lepak kita berisi

Cita-cita kita bukan biasa-biasa
Cita-cita luar biasa

Bukan biasa-biasa
Tapi luar biasa

Kerana kita bukan sorang-sorang
Kita dengan Allah
Tuhan Sekalian 'Alam

Pedoman kita Rasulullah saw
Petunjuk kita alQuran dan asSunnah

Usrah untuk orang noob
Please, don't say like that

Ramai ke betul-betul noob baru boleh join usrah?


Saturday, October 19, 2013

Kenalah berkorban kalau nak dapatkan sesuatu...!

Jauh perjalanan ditempuh. Takdelah jauh sangat.

Tiba-tiba berdentum-dentam guruh dan kilat juga sambar-menyambar. Tanda mulai mahu hujan. Aku mula menapaki keluar dari kawasan pangsapuri lama itu. Aku bertawakal. Aku berharap tiada apa-apa penangguhan pertemuan itu atau apa-apa.

"Kalau mengizinkan kita bertemu, kita pasti bertemu."

Aku mula melangkah laju. Agar nanti tiada apa-apa yang mengubah hatiku untuk berpatah kembali. Sejak tadi aku memegang erat telefon bimbit. Kalau-kalau ada diskusi tentang pertemuan yang bakal diadakan kurang daripada sejam ini.

Aku menjeling-jeling paparan skrin. Langkah makin laju. Berharap pada Tuhan agar bas tidak bermasalah untuk sampai ke tujuan.

Aku makin gelisah. Baru 20 minit berjalan. Hati aku mula berkata-kata. Ahhh! Aku menekan taipan mesej.

"Assalamualaikum. Kak, nampaknya cuaca kurang mengizinkan. Kami sudah dalam perjalanan untuk menunggu bas yang akan terus ke tujuan. Pendapat akak bagaimana?"

Siap boleh minta pendapat lagi. Haha. Aku gelak sendiri. Tapi kata-kata seorang murobbi itu selalu menenangkan.

"Wsalam. Takpe. Antum datang dahulu ke tempat itu. Kalau cuaca tak reda lagi, nanti kita buat di kawasan tertutup."

Aku harap pertemuan kerana rindu itu indah. Di sisi tasik bakal dipertemukan. Di sisi udara yang segar. Di sisi angin padang yang meluas.

Hujan mulai merintik. Bakal lebat tak lama lagi.

Aku mulai membuka payung. Payung biru. Melindungi aku dari kehujanan. Tapi diri sendiri berkoban kebasahan. Aku sayang payung biru.

"Salam. Hangpa kat mana?"

"Wslaam. Kami isi minyak sat motor. Tunggu kat bus stop."

Hujan melebat. Lebat. Basah kasut kain kapas ini. Kesejukan air mulai menaik ke stokin kaki. Tidak mengapa. Inika pengorbanan. Kita berkorban sebentar sahaja. Lepas tu, kasut ni kering mesti ok punya. Bercakap pada diri yang hampir merungut dan mengeluarkan ayat kebudakan.

Kami bertiga menadah hujan. Menunggu bas tak kunjung tiba. Tak lama pun. Sekejap sahaja. Tapi menunggu itu kan penyiksaan. Benarlah. Menunggu walau sekejap terasa lama. Mungkin sebab tak berzikir. Haha. Gelak kat diri. Tahu tapi tak buat.

Bas!!!

Menjerit separuh hati.

Kami mencicit lari mengejar bas. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kami dengan adanya bas. Cuba kalau tak da bas, memang tak pi lah pertemuan rindu itu. 

"Allah nak uji takat mana keinginan kita untuk hadir pertemuan rindu itu. Allah uji sikit sahaja. Hujan."

Kami sampai di tujuan. Tepian tasik. Dan yang paling penting sekali, TAK HUJAN!!!!!

Alhamdulillah. Allah berhentikan hujan sebab Allah sayang kat kita semua. Kita nak bertemu kerana Allah. Allah permudahkan. Allah uji dengan hujan. Allah nak tengok kuat mana keyakinan kita pada Allah. Uji sikit sebab nak dapat banyak.

Love with my lovessssss!


"Dan Allah nak ajar hangpa semua erti pengorbanan. Berokorban sesuatu untuk mengejar sesuatu"

...... 

Lots of <3 p="">

Thursday, October 17, 2013

Adik-adik Qowiy yang Cemas

Adik-adik qowiy itu bertanya lagi.

Kak, bagaimana kita boleh bantu dia kak? Sudah diajak solat banyak kali, tetapi tetap diendahkan.

Iya kak. Bagaimana menurut akak?

Risau la kak. Sebetulnya bagaimana?

Subhanallah adik-adik qowiy. Mereka sungguh bimbang dengan rakan mereka. Mahu diajak satu rumah sentiasa solat. Mahu semua merasakan keindahan bersolat. Keindahan menghadap Allah. Keindahan Syurga yang telah Allah janjikan.

Pertama, kita perlu tahu, apa sih kesukaan dia? Apakah dia suka makan? Duh, kita belanja dia hari-hari. Apakah dia suka membaca? Belikan sahaja buku ilmiah yang menarik untuk dikongsi bersama. Apakah dia suka mengemas? Bantu sahaja dia.

Kedua, kita perlu tahu, apa keperluan dia seharian? Kalau dia demam, tolong cari ubatnya. Kalau dia lapar, tolong masakkan untuknya. Kalau dia membutuhkan pertolongan kita, dengan senang hati kita menolongnya.

Ketiga, nasihat atau kata-kata baik itu sedekah. SMS ada, sent! Email ada, sent! What'sapp ada, apa tunggu lagi. FB ada, share! Berikan dia harapan pada Allah. Pengharapan pada Allah. Kenalkan Allah pada dia. Keampunan. Syurga. Syukur. Nikmat. Kebajikan. Kebaikan. Kesukaan. Kecintaan. Tarikan daya magnet kekayaan dan keberkatan. Eh?

Kita akan tahu dia percaya kita bila dia ingin menceritakan masalahnya kepada kita. Hint dia percaya anda. Walau sekali cuma. Dia mula tsiqoh (percaya) pada anda. Dia cerita tentang keluarganya. Dia cerita tentang dirinya. Dia cerita semua yang dia boleh luahkan pada anda. Mungkin tak semua. Bergantung kepada tahap iman masing-masing.



Baru masuk jarum halus hikmat sang saka Islam. La ni dia boleh terima apa sahaja yang anda tegur dan nasihat. Ajaklah dia membuat kebaikan. Sekalipun membuang sampah bersama-sama. Tegur dia elok-elok. Jaga dia elok-elok. Moga-moga Allah memperelokkan urusan seharian anda seharian...



InsyALLAH.

Monday, October 14, 2013

Mak Naik Haji dan Hasrat Saya

Bila bertalbiah.

Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.

Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insyaAllah memenuhi panggilan-Mu.
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.


Diulang kembali. Diulang-ulang hingga sebak.

Saya ingat kali pertama saya betul-betul tak keruan dan sangat jeles semua orang yang mejadi tetamu Allah di musim haji ketika saya Tingkatan 4.

Sangat jeles. 

Cuma berharap dan berdoa agar dapat jemputannya ke sana sebelum umur 30 tahun. Ameen. Ya Allah tentu indah di sana kan. Tentu sangat mulia yang dapat dijemput ke sana. MenemuiMU. Berziarah ke makam nabi. Tentu rindu itu terlepas dengan linangan air mata tiada henti. Esakan kedengaran. Lama berteleku. Setia berdoa.

Kerana yakin Engkau pasti mendengar. 

_____
_____

Hari ini saya sungguh gembira dan sebak. Saya teringat kat mak saya. Mak saya sekarang pergi haji. Menjadi tetamu Allah.

Mak, doakan Liya. Jangan lupa.


Mak ialah mak angkat saya. Sejak saya umur 40 hari lagi. Mak jaga kami semua adik beradik sejak kami buka mata kenal dunia. Berkat dan rezeki mak tahun ini dapat pergi haji.

Alhamdulillah. 

Mak, Liya doakan mak selamat dan dapat haji mabrur ye. Dah lama mak ternanti tawaran surat tuh daripada Tabung Haji. 4 tahun mak tunggu. Mak, Allah kata, Allah bersama orang-orang yang sabar. Mak, rezeki mak tahun ni. Alhamdulillah.

___

Kemudian, sejak sebelum cuti aritu saya teringin nak makan ayam segar. Bukan ayam goreng instant. Jadi, Allah lorongkan hati umi abah untuk beli ayam itu walaupun saya tak sebut. Allah yang izinkan. Terima kasih ya Allah!!

Tapi kenapa? Saya teringin nak potong sendiri belahan ayam itu. Rasa macam gagah pula dapat potong ayam itu semalam. Walau seekor. Tahniah! Puji diri sendiri ke beri semangat nak buat lagi ni...? Dua-dua pun boleh. ^,^

Sekali lagi saya ngidam. Saya ngidam dalam hati. Tapi Allah Maha Dengar. Ini sungguh serius dan sumpah KOOL. Saya ngidam nak masak tomyam je. Hari ini umi beli 2 paket Tom Yam Kung Adabi. Wahai Allah, sungguh beruntungnya hambaMU ini ya Allah. Allah makbulkan hasrat saya dalam diam.

Dah 2 kali saya perasan sebegini.

Allah, baiknya Allah terhadap saya.

Saya tak boleh futur. Sebab saya ada Allah. 

Cuba anda lihat sekeliling anda. Hisablah nikmat yang Allah berikan. Tentu anda potong bawang laju-laju sampai satu besen penuhnya. 

Sunday, October 13, 2013

Buang Tebiat Jaring Bola

Hi, semua!

Saya ada tabiat. Buang tebiat ke hape boodak nih? Kadang-kadang dan selalu lihat kembali album lama. Tup..tup terjumpa gambar semasa MUFY Games.

Saya and the geng telah mendaftarkan diri untuk netball. Tak pernah-pernah wakil sekolah, tetiba nak masuk kan. Memang tak laa kan..

Tetapi yang paling menarik tuh, kami terdiri daripada geng Muslimah satu-satunya.

Alhamdulillah berkat latihan tak seberapa, coach pun tarakk, kami menggondol naib johan! Alhamdulillah. Bukan nak riak, tetapi nak menunjukkan pada semua geng Muslimah pun boleh berjaya. Saya kalau bab main-main ni tak boleh kompromi. Penat-tekak-teriak-semangat!


Kami berpegang pada kepercayaan terhadap diri sendiri dan tali dengan Allah.

Ini sungguh serius.

La tafarraqu

Kami tidak mahu berpecah walau apa sahaja yang terjadi. Bertahanlah dan bersabarlah kami bergaya di atas padang.

 Reserved player pun taraak.

Alkisah, bermula perjalanan kami sebagai pemain bola jaring. Bergaya tahap kelasi-bulan beraksi. Ini sungguh serius dan kami tidak berhenti bermain sampailah masuk ke FINALE!

Macam-macam peristiwa. Sahabat seperjuangan saya, kena pijak kaki sampai jari kuku berdarah. Kena tolak sampai terjatuh. Kena hadang dengan keganasan yang berlaku. Tapi kami tetap tsiqoh pada Allah. Bersabarlah. Allah akan beri kemenangan.

Pada masa ini, saya rasa benar-benar macam nak pergi berjihad. Eh? Memperjuangkan kebolehan Muslimah juga boleh menonjol dalam acara lomba ini. Ala-ala Indonesia gitu. Hewh.

Saya yang melutut kecewa pada saa akhir.

Tidak berhenti bermain sampai saya rasa, Ya Allah berilah kekuatan kepada kami bertahan hingga ke akhirnya. Tetapi saya yang rasa putus asa pada peringkat FINALE. Saya terlalu penat. Apatah lagi saya menjadi GK (Goal Keeper) kepada GS (Goal shooter) dan GA (Goal Attack) yang sangat tinggi dan sangat berpengalaman dalam bola keranjang.

Habis saya kena terajang dalam court. Ganas betul kaka-kakak ini bermain. Macam main basketball ada jugak.

Ingatkan sayup dayu sampai ke petang, rupanya hujan lebat di tengah hari.

Saya tak dapat mempertahankan kedudukan saya. Sudah bertukar tempat dengan sahabat saya kepada GD (Goal Defence). Tetapi, rezeki kami sampai di sini. 'Ala kulli hal, masuk juga grand finale.

Sahabat yang menyokong kerana Allah

Saya sangat terharu ramai yang menyokong ketika grand finale. Ramai yang mengelilingi court netball. Bagi kata-kata semangat. Bagi kata-kata sokongan. Bagi air. Bagi air lagi. Bagi tepukan hebat. Ada yang bertakbir.

Fuh...

Saya tidak keseorangan. Dari hujung court  saya memandang satu persatu wajah sahabat saya. Saya kena teruskan.

Ini betul-betul perang pemikiran, jiwa dan fizikal.

Begitulah juga kehidupan.

Memang penat nak harungi semua ujian. Lelah. Payah, sisters. But..

Man jadda wajada

Whoever strives for something, gets it.

Harungi hidup dengan penuh matlamat. Menggila nak dapatkan sesuatu. Beri diri sendiri peluang untuk menyentuh pelangi. walau jauh lagi untuk menyentuhnya, tetapi keep running, sisters.

Sampai di tujuanmu. 

Kan, Allah pernah cakap kat kita semua, 

"Allah takkan mengecewakan kita. sesiapa yang bersabar, Jannahlah untuknya."

Believe it, Allah listens your du'a.

Kalau rasa keseorangan carilah sahabat. Sahabat yang sangat sayang padamu. Sahabat yang ingin sama-sama masuk Jannah denganmu.

Bukankah itu kebahagiaan yang hakiki?

Anda hebat.

Saturday, October 12, 2013

Tukang Harap

Memang kadang-kadang kita nak semua benda yang kita tak miliki sekarang.

Nak keluarga bahagia, nak makan KFC hari-hari, nak jadi cikgu tuiyen selamanya, nak sambung belajar master di luar negara, nak duduk rumah banglo berhadapan padang golf, nak beli kereta Prado versi terbaru ala-ala sporty, nak adik kahwin dengan pak ostad, nak menantu kaya raya dan berjaya, nak anak-anak jadi barisan doktor dan dan dan dan dan dan semua kita di dunia ni, kita nak!

Kita ini tukang harap.

Tukang harap nakkan semua benda dan harap Tuhan boleh beri sekelip mata--




Bila dah dapat, berkecai dan bercerai semua
Tidak menghargai 
Berharap mudah, pegang pun mudah

Tapi perjalanan nak capai

Usaha bermandi peluh
Tak makan tak lena pun ditempuh

Kita ini tukang harap

dan jangan lupa kita juga tukang doa
yang akan memakbulkan semua impian kita ialah Tuhan kita

Allah--

Jangan hanya berharap menunggu tepian tingkap
Pandai menjawab tapi tak pandai garap

Orang putih kata, actions speaks louder than words

Sekarang! Bukan nanti
Kejayaan dihadapan ternanti-nanti
Kita pula berhenti
Walau satu langkah lagi
Bersabarlah pujuk hati--

Memang prosesnya sukar
Islam nak tawan dunia pun memakan beratus-ratus tahun
Ada strategi
Masalah dihadapi
Bukan melarikan diri

Anda ada aset kaya dan berjaya
Apa itu?
Diri sendiri dan minda!

Tanya diri, nak atau tak?
Kalau nak, jerit kuat-kuat-pecah-anak-tekak 

"NAK!!!!"

Kalau nak Islam ini merubah menjadi ummat kaya dan berjaya,
katakan pada diri, "AKU NAK!!!"

Yang akan memakbulkan impianmu ialah ALLAH.

Doalah sebutir-sebutir
Allah dengar

Bijak mana sekalipun kita
Kita perlu Allah
Kerana kita pijak pada bumiNYA
Kerana kita hirup udaraNYA
Kerana kita bernyawa keranaNYA

Kita tukang harap

Berharap agar impian menjadi seperti Sahabah Rasulullah saw 
Yang kaya dan beriman
Tegar dalam perjuangan dakwah
Laju mengejar kebarakahan setiap pekerjaan 

Photo: My motivation.  #Bismillah
Yang memakbulkan itu ALLAH--

Friday, October 11, 2013

Tergempar: Perubahan yang Menyakitkan?

At the moment, saya renung diri saya. Makan dalam bila Dr. Fadila Grine menasihati malah bersungguh-sungguh mahu saya faham. Bukan saya seorang, but all the audience last night during the talk.

Dan saya nak anda semua tahu,

'The history Muslim women is beginning when Islam came'!

Dari kisah kesihatan diri hinggalah ke jabatan politik. Semuanya tertulis di dalam alKitab alQuran dan alHadis Rasulullah saw.

Many Muslim women did'nt understand the question,

Kenapa aku dilahirkan di dunia dan kenapa berhijab?

Rata-rata akan menjawab, " Sebab budaya.", "Mungkin sebab keluarga saya pakai. Jadi, saya pun pakai.", "Jujurnya, saya pakai sebab suami saya suruh pakai.", atau "Nanti mak saya marah."

Susah sangat kita nak jumpa jawapan, " Saya berhijab kerana saya menyerahkan diri dan jiwa saya kerana Allah. Saya berhijab kerana saya amat mencintai Allah. Jadi, saya dengan rela hati mengikuti dan taat akan perintahNYA"

MasyaAllah.

Semuanya antara saya dan Engkau ya Allah. Antara anda dan Tuhan kita, Allah.

I cannot know Allah, if I don't know who I am.

Kenali diri sendiri secara mendalam, and subhanllah you will know deeply who is Allah to you! How to know myself? 

Listen to yourself first! Take your time. Have a seat calmly. Know your potential. LIst your potential and salurkan potensi anda ke tenpat yang betul seperti menggabungkan diri dalam sesebuah organisasi atau menjadi sukarelawan dalam sesebuah event.

Changes become from a will.
-Dr. Fadila Grine-

*Minta maaf sangat tercampur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sebab ceramah atau perkongsian ini dalam bahasa Inggeris. Semoga dipermudah kefahaman anda :)

Friday, October 04, 2013

[Hijab] Memulai Perubahan Bukan Kerana Manusia

1) Mengapa saya harus menulis? 2) Mengapa hal ini harus ditulis? 3) Mengapa harus saya yang menuliskannya? -Akhi Salim A. Fillah-

Saya harus menulis kerana saya ingin berkongsi kebaikan. Hal ini harus ditulis kepada sahabat yang ingin juga mulai berubah. Saya yang menuliskannya kerana hal ini terkait dengan pengalaman saya.

3 perkara. Berbeza makna. Tips menulis daripada Akhi Salim A. Fillah.

Aurat


"Kita boleh buka di hadapan ayah dengan adik beradik je ye?"

"Bukan itu sahaja. Meh nak tunjuk ayat alQuran.


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka 


  1. melainkan kepada suami mereka, 
  2. atau bapa mereka 
  3. atau bapa mertua mereka 
  4. atau anak-anak mereka, 
  5. atau anak-anak tiri mereka, 
  6. atau saudara-saudara mereka, 
  7. atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, 
  8. atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, 
  9. atau perempuan-perempuan Islam, 
  10. atau hamba-hamba mereka, 
  11. atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, 
  12. atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 


dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)


"Wah, asik!" Ala-ala Indonesia.

Sahabat saya bertanya lagi tentang aurat. Bagaimana dengan pak cik? Tidak tersenarai dalam senarai di atas. Jadi apa yang saya mampu jawab ialah pakcik juga termasuk dalam mahram. Kepada anda yang mahu kejelasan sila klik di sini!


=== Pakcik
Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata Syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;
“Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya:”Apa yang kamu sembah sepeninggalku”. Mereka menjawab:”Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, …”. [Al-Baqarah :133]
Sedangkan Ismai’il adalah pakcik kepada putra-putra Ya’qub. [Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]
Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)
===


Keikhlasan
Sahabat saya mahu berubah kepada yang lebih baik namun halangannya ialah orang di sekelilingnya ketika balik kampung. 
"Bukalah tudung tuh. Kan dalam rumah nih."

"Salamlah abang saudara kamu nih."

Allah memberi cabaran kepada sesiapa yang ikhlas nak berubah kerana Allah. Allah uji keikhlasan itu kerana Allah nak keikhlasan yang tulen. Kita teruji. Diuji lagi. Keikhlasan. Tunjangnya pada Allah. Kerana Allah.
Sahabat saya buntu. Lalu meluahkan. Bagaimana?

Sahabat,
Kau harus berani. Kau harus memiliki kekuatan yang diminta pada Allah. Jangan kata tidak. Jangan kata nanti.

Sahabat,
Sungguh Allah itu mahu lihat sejauh mana kesucian niatmu. Allah mahu melihat sejauh mana keikhlasanmu. Allah mahu melihat sejauh mana kesungguhanmu.

Sahabat,
Berdoalah dan bertindaklah. Kerana, " Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" Surah Muhammad 47: 7

Sahabat,
Fahamilah dan fahamkanlah mereka agar mereka tahu dan mereka faham.

Memulai Perubahan Bukan Kerana Manusia, Tetapi Kerana Allah.

Penjelasan

Pakcik yang adik beradik dengan mak dan ayah kita boleh.
Pakcik yang kahwin dengan adik beradik mak ayah kita tak boleh.
Ini secara ringkasnya. Kalau mahu lebih lanjut penjelasannya, silakan cari ustaz yang anda tsiqoh (percaya).

Kecuali  telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan.

Saya ulang, mahu lebih lanjut penjelasannya, silakan cari ustaz yang anda tsiqoh (percaya). Kerana berguru itu lebih baik pemahamannya.

Thursday, October 03, 2013

Matlamat Hidup Saya ialah Kahwin

Matlamat hidup saya ialah kahwin

Semua orang gelak. Main-main mungkin dia ni. Umur baru 18 tahun, ada hati nak kahwin. Saya pun jadi hairan. Mengapa cita-citanya ialah kahwin? Pelik. Semakin ramai manusia yang pelik di dunia ini. Barangkali dunia sudah hampir kiamat?

Semua manusia yang hidup di atas muka bumi Tuhan pasti ada cerita dan cita. Cita-cita itu mulia. Bak kata Dr. Azizan Osman, Orang yang tiada matlamat untuk sesuatu sebanrnya dia tiada matlamat dalam hidup. Sentap pedas.

Saya nak jadi juruterbang. Tinggi di awan. Gaji pun lumayan.

Saya nak jadi cikgu. Saya suka budak-budak.

Saya nak jadi jurutera. Saya minat subjek Fizik.

Saya nak jadi ahli politik. Saya nak ubah minda manusia menjadi 'economical and millionaire mind'.

Ya, itu normal. Namun tak semua cita-cita itu dapat kita gapai dalam sekelip mata. Cita-cita seseorang tak perlu diperlekehkan walau seremeh mana. Anda ada? *Kenyit mata.

Kahwin juga satu cita-cita.

Adik yang saya kenal itu seorang yang matang. Baru berinjak ke usia 18 tahun, namun punyai cita-cita mulia iaitu kahwin. Bila mendengar luahan kisah hidupnya, saya baru sedar bahawa ada orang lebih susah daripada kisah sedih hidup saya. Saya baru tahu kadang-kadang cerita dalam novel juga ada kisah benar yang berlaku di dunia. Siapa tahu Allah nak beri sesuatu yang bernilai dalam hidup kita semua?

Saya orang senang. Saya masih ada ibu bapa.

Dia... sejak usia 15 tahun, dia anak yatim piatu. Walaupun ada adik-beradik ramai, siapa peduli tentangnya? Persoalannya, kenapa dia tidak dipedulikan saudara mara dan adik beradik yang lain? Persoalan yang saya sangat touching. Hingga sekarang saya tak temui jawapan. Sebab saya tak tanya dia.

Sejak kecil bayi, dia sudah diam bersama neneknya. Terlalu menyayanginya. Apatah lagi dia seorang yang genius. Di sebalik kesusahan kehidupan, Allah kurniakan otak geliga tahap Conan penyiasat hebat gila. Sejak neneknya meninggal dunia, dia tinggal dengan keluarga sebenar. Tak jauh. Dekat sahaja rumahnya dari rumah neneknya.

Tapi bila sudah dibesarkan oleh neneknya, dalam keluarganya dia tak rapat dengan semua orang. Dia susah hati. Mungkin juga ada banyak persoalan mengapa dia ditinggalkan di rumah neneknya. Tapi masih kool.

Sekolah tahfiz. Itu saranan ibunya. Dia mendaftar. Setiap minggu pasti ibu datang. Harapan menjadikannya anak yang dalam hatinya ada alQuran. Seseorang yang mampu memberi syafaat kepada keluarga dan ummat. Suatu minggu, ibunya tak datang. Dia pulang, pakcik jemput dari sekolah berasrama tahfiz itu.

"Abang, cuba teka, siapa itu?" Adik comelnya bermain teka teki. Dia tahu ayahnya sakit kuat kebelakangan itu. Dia menjawab dalam hati, mungkin ayah yang terbaring kaku itu.

Tak mungkin itu ayah kerana ayah...

ada di luar rumah bersama pak imam dan jemaah kampung yang lain. Ya Allah. Dia hilang semangat untuk berada di sekolah tahfiz itu sejak kematian ibu. Kini tiada apa-apa yang tinggal melainkan kenangan. Dia gagah menghadapi keputusan Allah. Masih meneruskan persekolahan berkat usaha bantuan ustaz di sekolah tersebut. Tetapi hanya menuntut sehingga Tingkatan tiga. 7 Juz dalam ingatan. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Well, then beberapa minggu sebelum PMR, berita yang mengejutkan kembali. Ayah kembali kepada Allah. Dia masih di situ termangu. Adik-beradiknya yang lain sudah besar, sudah membawa haluan hidup masing-masing. Siapa peduli tentangnya.

Kini dia menuntut ilmu di Program PINTAR di UKM. Sebab pertama percuma. Sebab kedua dia bijak. Sebab ketiga ada tempat tinggal. Jadi, dia masih berasakan Allah masih mengasihi dia.

Well said, dia hidup bahagia cuma dia nak keluarga. Sebab itu dia mahu berkahwin.

Semoga Allah merahmatinya dan bertemu dengan jodohnya secepat mungkin. Ameen. Dah aminkan dah?

Bila kita tahu kisah hidup dia, baru kita faham dengan jelas kenapa dia ada cita-cita itu. Jangan mengadili seseorang dengan mata kasar tapi nilailah dia dengan mata hati.

Cita-cita seorang anak muda

Menyempurnakan sebahagian daripada agama itu sunnah Nabi. Apatah lagi memang sudah bersedia untuk menjadi matang dan bersedia untuk bertanggungjawab.

Di tanah Arab lelaki dewasa bermula usia 18 tahun. Di Malaysia masih anggap remaja. Di mana nilai kematangan masyarakat kini?

Pesan saya, fast action fast result!!!

Anda hebat.

Wednesday, October 02, 2013

7 Tips elak Cinta Monyet

"Kau pernah bercinta?"

"Senyap ah kau."

"Kenapa tiba-tiba emosi?" Garu kepala.

"Aku tak mahu ingat peritiwa dulu."

"Sebab...?"

"Aku nak berubah. Aku dah temui cinta aku pada Allah dan Rasulullah saw." Berperang dengan diri sendiri apabila berkata demikian. Fighting dengan Penukul Kad Sakura .

"Ok, find. Tadi kau pergi makan dengan siapa?"

"Farhan. Dia ajak aku tadi."

"=.=

Cinta monyet itu maksudnya cinta main-main. Anda pernah tengok monyet? Tepuk-tepuk tangan kalau gembira. Blurr sahaja kalau tengok manusia. Kecoh sekampung mak minah masuk gong kalau ternampak binatang yang lain seolah-olah nak mengancam dia. 

Simptom selalu berlaku pada budak-budak-budak-budak tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah juga peringkat universiti pun ada.

Kenapa bahaya?

3 sebab bahaya Cinta Monyet

1. Racun yang boleh membunuh hati manusia daripada mengenali Allah dan Rasulullah saw. Racun ini mampu menyebabkan badan kebiruan disebabkan jantung alQuran tiada oksigen dan darah asSunnah tidak sampai pada hatinya. Kronik.

2. Menimbulkan huru hara dengan puak kawan-kawan. Cerita tentang anda akan tersebar dan disebarkan. Anda akan rasa kemurungan yang berpanjangan jika berita itu tersampai pada telingan mak apak.

3. Perkara ini akan mengahalang anda untuk mendapatkan pasangan hidup yang soleh/solehah. Ok. Saya banyak tengok video Mr The All Shared. Banyak cerita tentang perkara ini. Klik di sini!

7 Tips elak Cinta Monyet

1. Cakap dah ada 'kawan istimewa'/ 'I'm not available'. Ni ayat common. Well ^^

2. "Saya dah tunang dan dah nak kahwin dah pun". Gigi geraham pun jatuh besar.

3. Syarat jumpa mak apak hari ini, esok nikah terus! Senang cerita. Kalau dia tidak berani, dia nak main-mainkan perasan anda sahaja. Seram betul...

4. Terus unfriend facebook dan tukar nombor telefon. Ni generasi Y punya teknologi.

5. Jaga pergaulan dengan semua orang dan sentiasa berkepit dengan alQuran. Mesti tiada orang nak kacau punya... 

6. Berkawan dengan kawan-kawan yang mempunyai perasaaan dan kemahuan yang sama. Best! 

7. Sibukkan diri dengan homework, schoolwork, business work, laboratory work and whatever work supaya kita ni nampak tiada masa untuk layan perkara sedemikian.

[Kisah Hidupku]: Botak Penangan Semangat Patriotik

Anda tahu ketika dalam proses menggapai kejayaan pasti Allah memberi sesuatu untuk kita belajar? Mungkin bukan sesuatu yang gembira, mungkin menyakitkan. Boleh menjadikan sesuatu itu motivasi atau trauma. Anda yang tentukan. Cerita saya macam mana pula?

Ingat lagi semasa kita semua masih kecil. Suka menyanyi. Suka menari. Bermain pondok-pondok. Bergelut atas pasir di luar rumah. Main kejar-kejar dengan kawan-kawan sekampung. Main kejar ayam. Wah, nak senarai semua, memang TAK lah kan. *Gelak lagi.

Sewaktu hari kemerdekaan pada waktu saya kecil-kecil dahulu, lagu saudara Sudirman sering dibuai air liur. Lagu 'Tanggal 31 Bulan 8'. Menyanyi dengan penuh gembira. keliling rumah pula tuh. Budak kecil yang bersemangat patriotik. Tahniah kepada media yang memberi keseronokan kepada seorang budak kecil untuk sayang kepada negara. Teruja sungguh. Serius. Ini bukan main-main.

Ingat lagi, tingkap rumah buka tutup buka tutup. Bukan yang ala-ala sliding door. Saya pendek. Budak kecik. Jadi, memang lepas kepala saya kalau berjalan di bawah tingkap di luar rumah. Anda faham?

Meh saya tunjuk gambar.


Esoknya cuti sebab 31 Ogos. Bila menyanyi lagu itu, rasa teruja sangat, lompat-lompat lah. Pernah nampak budak kecil girang hati sambil menyanyi dan melompat-melompat? Kalau orang Jawa panggil mencolot. Hee.

Tiba-tiba.. (Cakap pada orang sebelah, tiba-tiba!) Bila melompat lalu bawah tingkap, pappppppp! Kuat betul. Kaki melemah. Terus terjatuh atas lantai. Adik tengok. Dia takut. Panggil umi. Umi dah marah tambah lagi risau sangat sangat sangat sangat. Saya tak ingat sangat kejadian luar rumah. Memori saya berbicara, umi saya yang papah saya masuk rumah.

Apa yang saya nampak bila sampai kat bilik air ialah darah. Darah yang memancut-mancut dari atas kepala. Bila ibu menjadi doktor beginilah cemasnya. Umi potong rambut di sekeliling kawasan luka parah tuh. Cuba untuk berhentikan darah. Kalau saya jadi umi, mesti saya dah pengsan. Banyak darah mengalir. Antara kisah hidup saya paling seram. Lepas tu, saya dah serik main lompat-lompat bawah tingkap. Kalau main lagi, tak tahu lah...

 KESIHATAN


Antara faktor atau perkara yang kita cita-citakan selalunya kesihatan  dan kewangan. Cuba bayangkan kalau tiada duit, mana mampu untuk ke hospital. Masa saya cedera, umi letak gamat je. Alhamdulillah, Allah sembuhkan dan tiada apa-apa jangkitan. Alhamdulillah juga Allah beri rezeki untuk saya sampai di Monash University juga. Hehe. Tak de lah plak lepas tu jadi tak betul.


Sangat penting seseorang untuk capai tahap kesihatan yang memuaskan. Cuba lihat kisah Nusaibah, sahabiyyah yang sangat mencintai Rasulullah saw. Beliau wanita yang bertenaga. Beliau wanita yang gagah. Kemampuannya melindungi Rasulullah saw ketika peperangan Uhud sungguh menjadi sebutan sehingga sekarang. Anda percaya bahawa kita semua boleh jadi sehebat Nusaibah?

Ketika itu, apabila tentera Muslimin yang berada di atas tidak mendengar arahan Rasulullah saw bahawa jika apa-apa yang berlaku, jangan bergerak dari paksi bumi masing-masing. alKisah benar, mereka turun ketika terlihatkan ramai tentera Musyrikin terbunuh dan sebahagian yang lain, berlalu pergi dari situ, tentera Muslimin di atas bukit ini sungguh tidak sabar atas melihat harta rampasan perang yang begitu banyak sekali di bawah sana. Mereka turun.

Tiba-tiba, hujan anak panah menimpa-nimpa mereka. Habis bertempiaran larilah tentera Muslimin. Rasulullah saw dan beberapa sahabat yang lain berkumpul di satu tempat untuk mempertahankan diri dan tidak berganjak lari dari tempat itu. Suara garang dan lantang memanggil kembali tentera Muslimin yang lari ketakutan. Lantang sekali di perbukitan itu. Seruan demi seruan. Nusaibah terpanggil turun padang menyertai misi mempertahankan Rasulullah saw. Ketika itu, para sahabat hanya ingat nak melindungi Rasulullah. Tak nak lihat Rasulullah dicederakan. Owh, Allah, indahnya persaudaraan kerana cinta.

Lihat, mana mungkin mereka boleh turun padang melainkan ada harta dan kesihatan yang cukup baik. Persiapan keimanan itu dijaga rapi. Tidak terjejas dengan aktiviti seharian dengan kehidupan di padang pasir.

Kita muhasabah diri. Jaga kesihatan. Jaga stamina. Mungkin satu hari nanti kita terbang ke sana-sini untuk berjuang dengan mengajarkan dan belajar ilmu. Mengajar dan belajar ilmu itu juga satu perjuangan.

Anda hebat.

Tuesday, October 01, 2013

[Kisah hidupku] : Kisah Budak Kelas Sebelah

Saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Anda nak tahu cerita apakah itu?
Cerita kisah inspirasi saya dahulu. Sewaktu saya sekolah rendah. Haaa? Budak-budak kecil hingusan zaman dahulu. Dia pernah menjadi inspirasi saya dalam persaingan menuntut ilmu di sekolah. Walau berlainan kelas, saya tetap mencabar dia untuk menjadi pesaing saya.
Tentu anda pelik bukan? Seorang budak kecil perempuan berkerudung merah menginspirasikan sesuatu daripada seorang budak kecil lelaki genit ala-ala Cina aka Mamat Cina. Sah, ini tentu kisah cinta monyet. Anda pasti?
Cerita yang istimewa tentang dia ialah kisah adik beradik dia. Ramai sungguh adik beradik dia. 10 orang. Haa ramai gitu. Well, dia antara barisan paling bijak dalam batch kami. Tentu saya target dia menjadi pesaing saya yang teratas. Kisah persaingan ini saya wujudkan ketika saya darjah 2. Haha. Zaman budak-budak hingusan. Ah, apa saya peduli dengan orang lain. Saya betul-betul nak belajar dan target setiap kali peperiksaan ialah nombor SATU! 
Dia kini sudah terbang. Bakal doktor. Masih menjadi inspirasi saya. Walau tak sekuat dahulu. Anda juga diluar sana, jika anda masih belajar atau bekerja, belajarlah atau bekerjalah bersungguh-sungguh.  Mungkin ada di kalangan sahabat anda yang menjadikan diri anda inspirasi mereka.
Minda positif
Apa yang saya cita-citakan alhamdulillah, Allah permudahkan. Jangan pandang rendah pada perempuan taw. Saya menjadi penyokong kuat diri saya sendiri. Saya ada pandangan yang cukup positif terhadap diri sendiri. Nak maintain mindset  begitu bukan senang. Hidup kita ada jatuh bangun. 
Tips yang saya dapat daripada kisah saya ialah saya perlu ada kefahaman yang kuat kenapa saya berada di atas muka bumi Allah ini dan kenapa saya perlu positif. Anda ulang dan jawab kembali dalam hati. Kenapa anda berada di atas muka bumi Allah ini?
Apa yang saya nak katakan di sini ialah saya nak anda semua wujudkan persaingan dengan sahabat-sahabat perjuangan anda. Tidak kisahlah dia itu rakan niaga anda, rakan sekelas anda, rakan sepejabat anda, kita bersaing untuk meningkat value dalam diri. Ulang lagi sekali, PERSAINGAN bukan IRI HATI. 
Berimpianlah besar dan sebutkanlah banyak kali. Apa yang kita kata itu DOA!
Hebat!

Pengalaman Intensif Jutawan Industri 2013

Intensif Jutawan Industri? Apa tu? Jutawan? Boleh ke? Persoalan pertama ketika saya menjejak kaki di Dewan SACC. Saya tak nafikan. Topik hangat seluruh bibir bila nak habis belajar ialah mana nak cari ekrja errkk, mana nak tinggal bila kerja errkkk dan interview macam mana errkk? 

Semua terpulang kepada diri sendiri. Masing-masing ada bakat dan minat tersendiri. Corak kehidupan tersendiri. Bukan mak bapak yang menetukan hidup kita nanti. Baca ini baik-baik. Kita yang menentukan corak kehidupan kita. Bukan paksaaan daripada sesiapa. Boleh-boleh?

Lagak sebentar menjadi pakar pelumba lari no #1 di Malaysia

Saya ke seminar bersama 6 sahabat saya yang lain bersama-sama dalam team Mujahadah Agro Camp T&C. Bertekad berpeluang menyertai training yang dikendalikan oleh pihak luar. Dengan niat nak menuntut ilmu, saya menuntut diri untuk bangun pagi dan bertolak ke PWTC pada jam 7.00pagi. Bukan senang nak senang. Orang lain ke pejabat masing-masing. Saya ke seminar. 

Pelik. Ini sungguh pelik. Kenapa ada seminar pada hari jumaat? Hello, tak pernah lagi orang buat seminar pada hari Jumaat full day!  Biasa di luar waktu pejabat. Waktu petang hari sewaktu matahari mahu terbenam dan itik pulang petang. Wow!

Sewaktu tiba di dewan pintu, sekali lagi ‘wow’! Ramai betul orang. Ramai sungguh anak-anak bangsa Melayu yang berkerumun pintu dewan seolah-olah ada ‘jualan sales’ yang murah gila! Mereka itu mahu berubah. Mahu kehidupan mereka berubah terus menjadi jutawan! Hello! Pada masa itu saya fikir, seperti biasalah. Biasa jerr. Orang kerumun nak duduk depan. Bak kata cikgu sekolah rendah saya, duduk di hapadan ada keberkatan. Apa saya peduli? Otak orang normal.

Adegan tolak-menolak. Adegan tarik-menarik. Dapatlah duduk berhadapan skrin yang paling besar dan terbeliak biji mata bila menonton. Pertama sekali, mata saya menarik saya untuk melihat kandungan beg. So interesting!! Ada magic pen! I love colours! Warna memberangsangkan saya untuk mudah belajar dan menarik untuk saya belajar dan mengingat. Well, perempuan memang suka colours. Senamrobik di pagi hari memang menyeronokkan. Salah satu aktiviti wajib saya dan kawan-kawan saya ketika berkumpul di masa lapang sejak dahulu. Apa lagi, layan je laa!

Kaya beriman

Allah suka pemuda kaya yang beriman! Ayat ini cukup menampar diri saya yang selama ini berkeinginan untuk hidup biasa-biasa. Ini baru satu tamparan daripada Dr. Azizan. Opening yang sangat menyentuh hati orang-orang yang hadir apatah lagi dengan ayat keramat permulaan, fast action, fast result! 

Sejujur saya katakan, saya belum cukup ghairah untuk mendalami tentang ilmu di IJI lagi pada hari pertama. Dah lah kena bangun pagi-pagi buta. Datang ke PWTC dengan ponteng kuliah. Al-maklumlah, pelajar universiti katakan. Mestilah ada kuliah. Tapi-tapi-tapi jangan tiru gaya saya kalau anda tiada tekad yang kuat. Apa-apa pun, satu tamparan belum cukup untuk saya bangkit daripada lena. Kelapa keras agaknya..! 

Hari kedua dan hari ketiga cukup membuatkan saya ingin kembali kepada Tuhan. The Power of Du'a! The Power of Gratitude! Allah, terasa sungguh kerdil di muka bumi Tuhan. Sejujurnya pada hari ketiga merupakan hari yang paling emosi di DUNIA. Tuan Jerry @ Zafrul Rizal Mat menceritakan kisah hidupnya daripada kosong sehingga dia temui cinta Tuhan dan Rasulullah saw ketika hadir seminar IMKK sebelum ini. Beliau mengatakan beliau sungguh emosi bila sebut tentang IMKK. di situlah titik permulaan pembaharuan pemaknaan hidup sebagai hamba Allah dan menjadi seorang lelaki sebenar. Beliau yang dahulu bukanlah sekarang. Hari-hari hidupnya sentiasa merindukan Rasulullah saw dengan manghadiri majlis ilmu. Dia tak peduli apa orang kata tentang karakter dirinya kerana dia tahu, kuasa memaafkan diri sendiri itu satu kuasa yang terbesar beliau pernah merasakan dalam titik penghijrahan.

Penutup 

Penutup digenangi air mata keinsafan apabila Dr. Azizan Osman mendoakan dan seramai 4,300 orang mengaminkan doanya. Allah, ini perjuangan kami. Ini perjuangan ummah. Kami tak nak hidup kemiskinan. Kami mahu berbahagi hidup dengan orang lain. Kami mahu berkongsi hidup dengan orang lain.

Kesimpulannya, Dr. Azizan banyak mengajar dan sharing tentang bakat, minat dan ilmu yang kita ada. Anda ada bakat? Anda ada minat? Anda ada ilmu? Well anda ada asset untuk memulakan perniagaan! Semua persoalan kembali kepada diri sendiri. Tanya diri, what is your passion? Fikirlah sekarang dan buatlah! Apabila perkara asas dalam diri telah anda temui bersedialah untuk terpaksa menjadi JUTAWAN! Ayat ciplak daripada Dr. Azizan. Banyak perkara boleh menjadi sebab kita nak berjaya.