Penulis

Nama diberi Alyaa Sakinah binti Abd Razak.

Penulis tegar blog sejak 2009. Saya bersekolah di Sekolah Sains, Monash University Malaysia. Dulu SBPI Selandar, Melaka. Dulu lagi sekolah saya SK Simpang Jeram, Muar. Dulu punya dulu Taski ABIM aZZuhud, Bakri, Muar. Sekarang dah tukar nama Taski tu. Taski ABIM alHidayah, Muar.

Sekejap turun sekejap naik. Menulis dengan hati itu satu perkara penting. Menulis dengan hati akan membawa semua bulatan kita turut merasa aura emosi di dalamnya.

Saya pernah merasa jatuh banyak kali. Pernah naik juga banyak kali. Mengapa saya ingin mengubah hidup saya kepada lebih tenang dan mencari keredhaan Allah? Kerana saya tahu, ramai yang mendoakan saya SUKSES! Tiada siapa mampu mengubah hidup saya melainkan saya sendiri. Yang menghalangi kejayaan yang sepatutnya saya kecapi juga saya sendiri. Berjaya atau kalah! 

Anda hebat!

Yes2Jannah.



No comments: