Monday, March 30, 2009

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA ??



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.





Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya…""Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.


Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa.




Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.




Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah.




Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya
Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN…

SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN !! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR!

p/s:article ni ana amek dr blog shbt..mg sma2 ambil manfaatnya^_^

Sunday, March 22, 2009

TAZKIRAH HARI INI...

SALAMUN ALAIK TO ALL READERS!!!

SOME TAZKIRAH WE SHARED TOGETHER...

KELUASAN API NERAKA......
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. "
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
" Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.
" (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.
" Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumaH
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.'

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

MOGA2 KITA MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DRPDNYA...
SALAMUNALAIK MIN ANA

Monday, March 09, 2009

TINTA BUAT ANTUM...

LAMAN NURANI
PENENANG JIWA

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.



2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).



3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.



4 . Dalam
kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis
hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...


6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
WallahuA’LAM

Saturday, March 07, 2009

Kisah yg KEDUA!!!

Salamunalaikum to all readers...

Satu kisah wat renunagan kita...
Kita cuba perhatikan kisah2 di dunia ini...banyak cerita n pengajaran yg boleh kita ambil
Usianya semakin hampir dgn saat kematian. Hanya terbaring sakit,uzur. Nak jalan sedikit pun susah,apatah lagi nak berdiri. Masa solat terus berlalu. Si isteri tidak pula menyibukkan diri dgn menguruskan suaminya untuk bangun solat.
Si suami pun berkata pada cucunya,"Beginilah atuk. Tak dapat bangun. Baring aje yg tahu.Tengok TV."
si cucu ni menggeleng-gelengkan kepalanya.
si isteri ini pun berkata,"Alah,dah tua2 x payah solat. Dah x larat."
Astagfirullah!!!
begitulah betapa bezanya antara org yg berilmu dan org yg x berilmu.
Bezanya antara langit n bumi.
nota: Solat merupakan tiang agama. ALLAH telah beri kemudahan org yg uzur/musafir. Masih boleh solat,walaupun terpaksa menggunakan isyarat mata.

JADIKANLAH CERITA INI SBG PENGAJARAN...
JGN SEWENANG-WENANGNYA MENINGGALKAN SOLAT.
AZAB ALLAH DI AKHIRAT SIAPA YG TAHU...
SALAM UKHUWAH MIN ANA!!!


Friday, March 06, 2009

Makanan...YANG MANA SATU HALAL,HARAM

Makanan HALAL...
Makanan + Cara mendapatkannya + Sumber = MAKANAN
Roti + Beli di kedai + Duit ibu bagi HALAL

Makanan HARAM
Makanan + Cara mendapatkannya + Sumber = MAKANAN HARAM
Roti + beli di kedai + duit curi


HADIS RASULULLAH:
Sesiapa yg mengusahakan untuk keluarganya dari barang yg halal, maka dia ibarat seorang pejuang di jalan ALLAH n sesiapa yg mencari dunia (yg halal) dgn mnjg diri dr sesuatu yg tidak berguna, maka dia menduduki darjah seorang syuhada' ~riwayah at-Tibrani~

Monday, March 02, 2009

AKHIR HIDUP KITA BAGAIMANA NANTI...

Salamunalaikum to all readers...

kisah2 ini saya bawakan khas untuk anda.

Kisah yg pertama,

Saat akhir hayatnya...

T ini masih terbaring di atas katil.Waktu itu baru sebula dua lepas menjalani pmbedhn jantung mekanikal di hospital swasta melaka. Anak2 yg bawa T ini ke sana.Maklumlah dah bape kali jatuh2, x kuat dah uzur. T ada penyakit mudah lupa,dalam satu kali waktu solat hampir 5/6 kali T mahu solat. MasyaAllah! Satu lagi amalannya,setiap kali baring/mahu tidur mulutnya tidak henti2 bertasbih,bertahmid,bertakbir,bce ayt kursi,betul2...saya sendiri mnjdi saksi.

Pada satu hari ank nya,S, tiba gilirannya u mnjaga ibu bapanya di rumah mereka. Malam itu S asyik terbangun.Kejap2 jengok bapanya,hidup lagi ke x. Tengah tidur ke x. Ank2 msti risau...dah tua2 mesti jaga mereka baik2. kejap2 bila S nk masuk tidur balik , nnt t'dengar pula zikir bapanya. Malam itu zikir bapanya sayu...jelas sekali...ALLAH,ALLAH,ALLAH...selalunya x jelas sgt.Pastu bila x dengar zikir bapanya,mean dah terlena la tu an.Nnt t'dengar bunyi air bukak.Pastu S ni bimbang...ibunya ke yg t;bangun. Nak buang air ke? Jengok ibunya pula...x de pula. Saspen jugak. tengok2 jam dah pukul lebih kurang pukul 5 pagi. Tahajudlah sekejap. Seusai selepas itu...zikir2,solat hajat...tengok2 jam da pukul6. Cpt2 la S ni pi kat ibunya,kejut solat.

ibunya pun mulalah,"Tu bapa e,kejutkan.Kalau x kejutkan x bangun tuh" S ni pun b'kata"Mak,dah mak.Bapak dah bangun pun"

seusai siapkan ibunya untuk solat, jenguklah bapanya. Bila pebang tangan ayahnya,sejuk!Dia pegang nadi...Innalillah...tasbih di antara jarinya masih ketat.S ini m'biarkan tasbih di tangannya,biar org lain lihat.MashaAllah~begitu tenang pemergiannya...Alfatihah buat datuk saya,Toha b Kassan

Saya kagum akan peristiwa ini~

Hope ambil pengajaran n amalkan ajaran Islam~

InsyaAllah~

ilalliqa min ana~

Sunday, March 01, 2009

tips tmbhn ORG SUKA PADA KITA !!!

TEMAN KONGSI SUKA DUKA...
1. Timbulkan rasa minat dlm diri u mengetahui kisah rakan
~bayangkan anda ada2 rakan rapat: seorang tu suka dengar cerita anda dan seorang lagi tidak minat. Jika ditanya rakan mana lebih disenangi...mana satu pilihan anda? Jadi, jika anda meenunjukkan rasa yg amat minat t'hadap cerita rakan anda, pasti anda disenangi ramai.
2.Apabila rkn anda memberi sesuatu, berhenti drpd melakukan apa sahaja yg sedang anda lakukan...
3. Jika anda ada masalah..cuba senyum spt anda ingin mewujudkan rs keceriaan dlm diri
~mintalah Allah beri petunjuk~
4.Amal cara berfikir positif. Jika anda t'nampak sesuatu yg baik dalam diri rakan anda, puji mereka tapi jgn lebih2 pulak. Dalam pada masa yg sama, tnmkan sifat itu dlm diri anda.
5. Jika anda berada dlm kumpulan sedang MENGUMPAT...cpt2 tukar topik mereka.Kalau x mampu tinggalkan kumpulan itu.

itu sahaja min ana~