Mama menangis di sudut biliknya. Masih dalam bungkusan putih. Terketar-ketar menadah tangan. Hiba mengenang nasib hidup. Suaminya entah ke mana. Anaknya entah ke mana. Suram. Serakan tangisan kedengaran di kamar. Mengadu sesungguhnya. Kepada siapa lagi dia ingin mengadu kalau bukan Allah. Allah kata, Allahlah sebaik-baik pelindung. Tiada yang lain. Malah Allah memujuk lagi dengan ayat, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dia sanggup dan mampu memikul di pundak. Matanya mengerling ke arah katil. Kosong. Papa tiada di sisi. Outstation. Tapi katanya outstation sebulan ini sudah masuk bulan ketiga. Dia risau. Ke mana suamiku? Telefon tidak diangkat. Menghubunginya pun tidak. Oh, Allah. Jam menunjukkan pukul 1.00pagi.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Bukak laa pintu ni!!!" Entah berapa dia kali terjerit, terlolong pagi-pagi buta.
Mama bergegas mengejar pintu dengan seretan kain telekungnya.
"Ya
Allah, anak aku. Berilah aku kesabaran!" sambil menyambut anaknya yang
mabuk. Dia dipapah mama ke biliknya. Mamanya diam seribu bahasa. Menanggalkan stokin. Memakaikan dia baju baru. Mama tidak merungut. Cuma air mata mama bergenang. Tidak jauh. Mama menangis tidak
henti-henti. Pilu. Mama membiarkan dia tidur. Tidurlah anakku. Moga esok hari hidayahmu. Lindungilah dia ya Allah daripada syaitan yang direjam dan daripada fakir kemiskinan jiwa. Mama, mengusap kepalanya.
Aku gagal mendidik jiwa hambaMu
ini kepadaMu. Aku yang terlalu silap kerana terlalu berbaik sangka
dengannya. Aku yang selalu lupa yang dia juga hambaMU. Mama merintih lagi di hadapan pintu bilik Mustaqim. Bagaimana hari-hari dia selepas ini? Bimbinglah dia ke jalanMu ya Allah!
...
"Mama, Qim nak keluar lepak dengan kawan-kawan. Ingat nak cari kerja la, mama"
"Mama
doakan Mustaqim benar-benar dapat kerja itu. Tetapi dengan syarat,
kalau sekali lagi Mustaqim balik lambat macam semalam, mama takkan
biarkan, tahu Mustaqim! Mustaqim anak mama dan anak mama..."
Pup!
Pintu ditutup rapat... Belum lagi habis bercakap sudah memalingkan
kepala. Mustaqim cuma mahukan kehidupan sosial seperti remaja-remaja
yang lain. Bebas. Kaya. Berseronok. Tetapi dia tidak sedar bahawa
kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Berpagi-pagi
mama sudah keluar dan barangkali membuka gerai nasi lemak di hadapan
rumah. Pendapatan agak lumayan sehari. Kalau ditolak kos pengeluaran,
untungnya sehari pasti mencecah RM50. Mama bersyukur kerana hasil jualan
itu mampu menyimpan sebahagian untuk pergi haji kelak.
...
"Woi, geng! Bro Mus datang! Chill la, weyh!". Bangga Mustaqim di hadapan geng kaki jalanan.
"Ko
senyap boleh tak? Aku baru dapat tahu yang awek aku mati malam tadi.
Dia ikut merempit dengan geng betina sebelah sana!" marah seorang bro berbaju merah hingga
menepuk-nepuk meja warung makan itu.
"Ko ni tak chill
la bro. Dah laa, benda dah lepas. Aku meluat kot tengok perempuan
jalanan. Sorry to say, aku anti-perempuan. Gedik diorang pun dah buat
aku muntah. Uweekk!" Mustaqim menambah.
"Weyh, ko nak cari gaduh ke?" bro merah marah Mustaqim. Tangannya sudah gapai t-shirt Mustaqim.
"Weyh, ko jangan nak cari pasal dengan aku, weyh!!" bertempik Mustaqim. Pelanggan warung mamak terbeliak biji mata terkejut. Masing-masing menghabiskan makanan dengan begitu cepat sekali. Zup zap zup zap!! Gulp. Lari. Mereka lari. Pemilik warung pun kecut. Aiyaa, sudahla sudahla. Jangan buat wa gini. Wa tak untong wo. Pakcik cina itu mematikan pertikaman lidah.
Masing-masing kool. Muka tak puas hati.
Allahuakbar! Allahuakbar! Semakin
rancak pula perbualan mereka. Tidak berhenti. Masjid hanya di seberang
bangunan. Tidak jauh. Tapi terkadang Mustaqim terdiam. Suara azan
menusuk kalbu.
Vrum vrum!! Gaya seorang pemuda tampan. Tentu cayaq awek tepi jalan no! Motor
besaq! Stylo la motor besar. CC motor beribu. Kaya giler. Mak aih,
tengok atas, rambut dah grudge! Tengok bawah, pakaian stylo giler. Mamat
ni siapa? Tin tin....! Bro motoq besaq mai dah!
"Assalamualaikum! Jom solat bro!"
Dia ni buang tebiat ke suruh aku solat...Haish, tak pernah
aku jumpe orang macam ni...Dunia dah terbalik ke?
"Kitorang dah solat tadi!" Mustaqim tarik geng-geng beredar.
"Baru azan kot tadi?! Takkan dah solat?!" Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang bersih.
"Weyh! Ko nak pi sembahyang, pergi je la woi! Jangan menyibuk la woi!," jerit Botak.
"Relaks la bro. Aku ajak solat jer bro! Ingat mati nanti, Allah tanya bro!"
Deruman motor besar hilang dari gangguan telinganya. Bernanah telinga dibuatnya. SOLAT??
Dia menghempas pintu biliknya. Ganas. Mama terkejut. Mama lega Mustaqim balik awal hari ini. Seharian keluar. Entah ke mana agaknya si bujang seorang itu.
Hari ini mama masak istimewa untuk Mustaqim. Hanya dia seorang. Tiada yang lain. Nasi ayam berempah. Mama tersenyum riang dapat memasak kesukaan Mustaqim. Kalau sudah dikatakan wanita, memang suka memasak menggembirakan orang lain. Tak kisahlah orang itu sakitkan hati dia ke, orang pernah marah dia ke, apatah lagi orang tengah penat, mesti dengan memasak kadang-kadang boleh membuatkan orang lain gembira. Hehe.
Pintu dikuak. Mustaqim turun segera.
"Nasi ayam berempah mama!!!"
Bab makanan memang tidak boleh kompromi. Makan tetap makan. Bagi mama, kalau Mustaqim dah duduk menghadap makanan, senang sikit nak cakap dari hati ke hati.
"Mama nampak cantik malam ni." tegur Mustaqim ketika mengunyah makanan.
"Apa dia Mustaqim?"
"Mama cantik" sambil tersenyum malu.
"Apa dia?"
"Mama cantik."
Mama tahu anak dia tidaklah sekeras yang dia sangka. Mustaqim anak yang baik sebenarnya. Cuma di rumah tiada kawan-kawan yang boleh diajak berkawan. Tentu bosan.
"Mama memang cantiklah sebelum ni. Mustaqim tak perasan ke?" gurau mama sambil tergelak kecil.
"Mus, perasan jer."
"Tapi mama tidaklah secantik Aisyah..."
No comments:
Post a Comment