Wednesday, October 02, 2013

[Kisah Hidupku]: Botak Penangan Semangat Patriotik

Anda tahu ketika dalam proses menggapai kejayaan pasti Allah memberi sesuatu untuk kita belajar? Mungkin bukan sesuatu yang gembira, mungkin menyakitkan. Boleh menjadikan sesuatu itu motivasi atau trauma. Anda yang tentukan. Cerita saya macam mana pula?

Ingat lagi semasa kita semua masih kecil. Suka menyanyi. Suka menari. Bermain pondok-pondok. Bergelut atas pasir di luar rumah. Main kejar-kejar dengan kawan-kawan sekampung. Main kejar ayam. Wah, nak senarai semua, memang TAK lah kan. *Gelak lagi.

Sewaktu hari kemerdekaan pada waktu saya kecil-kecil dahulu, lagu saudara Sudirman sering dibuai air liur. Lagu 'Tanggal 31 Bulan 8'. Menyanyi dengan penuh gembira. keliling rumah pula tuh. Budak kecil yang bersemangat patriotik. Tahniah kepada media yang memberi keseronokan kepada seorang budak kecil untuk sayang kepada negara. Teruja sungguh. Serius. Ini bukan main-main.

Ingat lagi, tingkap rumah buka tutup buka tutup. Bukan yang ala-ala sliding door. Saya pendek. Budak kecik. Jadi, memang lepas kepala saya kalau berjalan di bawah tingkap di luar rumah. Anda faham?

Meh saya tunjuk gambar.


Esoknya cuti sebab 31 Ogos. Bila menyanyi lagu itu, rasa teruja sangat, lompat-lompat lah. Pernah nampak budak kecil girang hati sambil menyanyi dan melompat-melompat? Kalau orang Jawa panggil mencolot. Hee.

Tiba-tiba.. (Cakap pada orang sebelah, tiba-tiba!) Bila melompat lalu bawah tingkap, pappppppp! Kuat betul. Kaki melemah. Terus terjatuh atas lantai. Adik tengok. Dia takut. Panggil umi. Umi dah marah tambah lagi risau sangat sangat sangat sangat. Saya tak ingat sangat kejadian luar rumah. Memori saya berbicara, umi saya yang papah saya masuk rumah.

Apa yang saya nampak bila sampai kat bilik air ialah darah. Darah yang memancut-mancut dari atas kepala. Bila ibu menjadi doktor beginilah cemasnya. Umi potong rambut di sekeliling kawasan luka parah tuh. Cuba untuk berhentikan darah. Kalau saya jadi umi, mesti saya dah pengsan. Banyak darah mengalir. Antara kisah hidup saya paling seram. Lepas tu, saya dah serik main lompat-lompat bawah tingkap. Kalau main lagi, tak tahu lah...

 KESIHATAN


Antara faktor atau perkara yang kita cita-citakan selalunya kesihatan  dan kewangan. Cuba bayangkan kalau tiada duit, mana mampu untuk ke hospital. Masa saya cedera, umi letak gamat je. Alhamdulillah, Allah sembuhkan dan tiada apa-apa jangkitan. Alhamdulillah juga Allah beri rezeki untuk saya sampai di Monash University juga. Hehe. Tak de lah plak lepas tu jadi tak betul.


Sangat penting seseorang untuk capai tahap kesihatan yang memuaskan. Cuba lihat kisah Nusaibah, sahabiyyah yang sangat mencintai Rasulullah saw. Beliau wanita yang bertenaga. Beliau wanita yang gagah. Kemampuannya melindungi Rasulullah saw ketika peperangan Uhud sungguh menjadi sebutan sehingga sekarang. Anda percaya bahawa kita semua boleh jadi sehebat Nusaibah?

Ketika itu, apabila tentera Muslimin yang berada di atas tidak mendengar arahan Rasulullah saw bahawa jika apa-apa yang berlaku, jangan bergerak dari paksi bumi masing-masing. alKisah benar, mereka turun ketika terlihatkan ramai tentera Musyrikin terbunuh dan sebahagian yang lain, berlalu pergi dari situ, tentera Muslimin di atas bukit ini sungguh tidak sabar atas melihat harta rampasan perang yang begitu banyak sekali di bawah sana. Mereka turun.

Tiba-tiba, hujan anak panah menimpa-nimpa mereka. Habis bertempiaran larilah tentera Muslimin. Rasulullah saw dan beberapa sahabat yang lain berkumpul di satu tempat untuk mempertahankan diri dan tidak berganjak lari dari tempat itu. Suara garang dan lantang memanggil kembali tentera Muslimin yang lari ketakutan. Lantang sekali di perbukitan itu. Seruan demi seruan. Nusaibah terpanggil turun padang menyertai misi mempertahankan Rasulullah saw. Ketika itu, para sahabat hanya ingat nak melindungi Rasulullah. Tak nak lihat Rasulullah dicederakan. Owh, Allah, indahnya persaudaraan kerana cinta.

Lihat, mana mungkin mereka boleh turun padang melainkan ada harta dan kesihatan yang cukup baik. Persiapan keimanan itu dijaga rapi. Tidak terjejas dengan aktiviti seharian dengan kehidupan di padang pasir.

Kita muhasabah diri. Jaga kesihatan. Jaga stamina. Mungkin satu hari nanti kita terbang ke sana-sini untuk berjuang dengan mengajarkan dan belajar ilmu. Mengajar dan belajar ilmu itu juga satu perjuangan.

Anda hebat.

No comments: