Intensif
Jutawan Industri? Apa tu? Jutawan? Boleh ke? Persoalan pertama ketika saya menjejak kaki di Dewan SACC. Saya tak nafikan. Topik hangat seluruh bibir bila nak habis
belajar ialah mana nak cari ekrja errkk, mana nak tinggal bila kerja errkkk dan interview macam mana errkk?
Semua terpulang kepada diri sendiri. Masing-masing ada bakat dan minat
tersendiri. Corak kehidupan tersendiri. Bukan mak bapak yang menetukan hidup
kita nanti. Baca ini baik-baik. Kita yang menentukan corak
kehidupan kita. Bukan paksaaan daripada sesiapa. Boleh-boleh?
Lagak sebentar menjadi pakar pelumba lari no #1 di Malaysia
Saya
ke seminar bersama 6 sahabat saya yang lain bersama-sama dalam team Mujahadah Agro
Camp T&C. Bertekad berpeluang menyertai training yang dikendalikan
oleh pihak luar. Dengan niat nak menuntut ilmu, saya menuntut diri untuk bangun
pagi dan bertolak ke PWTC pada jam 7.00pagi. Bukan senang nak senang. Orang
lain ke pejabat masing-masing. Saya ke seminar.
Pelik. Ini sungguh pelik.
Kenapa ada seminar pada hari jumaat? Hello, tak pernah lagi orang buat
seminar pada hari Jumaat full day!
Biasa di luar waktu pejabat. Waktu petang hari sewaktu matahari mahu
terbenam dan itik pulang petang. Wow!
Sewaktu
tiba di dewan pintu, sekali lagi ‘wow’! Ramai betul orang. Ramai sungguh
anak-anak bangsa Melayu yang berkerumun pintu dewan seolah-olah ada ‘jualan
sales’ yang murah gila! Mereka itu mahu berubah. Mahu kehidupan mereka berubah
terus menjadi jutawan! Hello! Pada masa itu saya fikir, seperti
biasalah. Biasa jerr. Orang kerumun nak duduk depan. Bak kata cikgu
sekolah rendah saya, duduk di hapadan ada keberkatan. Apa saya peduli? Otak
orang normal.
Adegan
tolak-menolak. Adegan tarik-menarik. Dapatlah duduk berhadapan skrin yang
paling besar dan terbeliak biji mata bila menonton. Pertama sekali, mata saya
menarik saya untuk melihat kandungan beg. So interesting!! Ada magic
pen! I love colours! Warna memberangsangkan saya untuk mudah belajar
dan menarik untuk saya belajar dan mengingat. Well, perempuan memang
suka colours. Senamrobik di pagi hari memang menyeronokkan. Salah satu
aktiviti wajib saya dan kawan-kawan saya ketika berkumpul di masa lapang sejak
dahulu. Apa lagi, layan je laa!
Kaya beriman
Allah
suka pemuda kaya yang beriman! Ayat ini cukup menampar diri saya yang selama
ini berkeinginan untuk hidup biasa-biasa. Ini baru satu tamparan daripada Dr.
Azizan. Opening yang sangat menyentuh hati orang-orang yang hadir apatah
lagi dengan ayat keramat permulaan, fast action, fast result!
Sejujur
saya katakan, saya belum cukup ghairah untuk mendalami tentang ilmu di IJI lagi
pada hari pertama. Dah lah kena bangun pagi-pagi buta. Datang ke PWTC dengan
ponteng kuliah. Al-maklumlah, pelajar universiti katakan. Mestilah ada kuliah.
Tapi-tapi-tapi jangan tiru gaya saya kalau anda tiada tekad yang kuat. Apa-apa
pun, satu tamparan belum cukup untuk saya bangkit daripada lena. Kelapa keras
agaknya..!
Hari kedua dan hari ketiga cukup membuatkan saya ingin kembali kepada Tuhan. The Power of Du'a! The Power of Gratitude! Allah, terasa sungguh kerdil di muka bumi Tuhan. Sejujurnya pada hari ketiga merupakan hari yang paling emosi di DUNIA. Tuan Jerry @ Zafrul Rizal Mat menceritakan kisah hidupnya daripada kosong sehingga dia temui cinta Tuhan dan Rasulullah saw ketika hadir seminar IMKK sebelum ini. Beliau mengatakan beliau sungguh emosi bila sebut tentang IMKK. di situlah titik permulaan pembaharuan pemaknaan hidup sebagai hamba Allah dan menjadi seorang lelaki sebenar. Beliau yang dahulu bukanlah sekarang. Hari-hari hidupnya sentiasa merindukan Rasulullah saw dengan manghadiri majlis ilmu. Dia tak peduli apa orang kata tentang karakter dirinya kerana dia tahu, kuasa memaafkan diri sendiri itu satu kuasa yang terbesar beliau pernah merasakan dalam titik penghijrahan.
Penutup
Penutup digenangi air mata keinsafan apabila Dr. Azizan Osman mendoakan dan seramai 4,300 orang mengaminkan doanya. Allah, ini perjuangan kami. Ini perjuangan ummah. Kami tak nak hidup kemiskinan. Kami mahu berbahagi hidup dengan orang lain. Kami mahu berkongsi hidup dengan orang lain.
Kesimpulannya, Dr. Azizan banyak mengajar dan sharing tentang
bakat, minat dan ilmu yang kita ada. Anda ada bakat? Anda ada minat? Anda ada
ilmu? Well anda ada asset untuk memulakan perniagaan! Semua persoalan
kembali kepada diri sendiri. Tanya diri, what is your passion? Fikirlah
sekarang dan buatlah! Apabila perkara asas dalam diri telah anda temui
bersedialah untuk terpaksa menjadi JUTAWAN! Ayat ciplak daripada Dr. Azizan. Banyak
perkara boleh menjadi sebab kita nak berjaya.
1 comment:
Post a Comment