Friday, June 06, 2014

dosa yang terapung

Ketika ini kami membuat satu aktiviti membersihkan kolam hati. Kami menulis semua perkara dan peristiwa terburuk yang pernah dilakukan. Kemudian, diminta untuk mencarik hingga kecil untuk membuang semua perkara negatif!

Datang satu kakak kamera, cepat-cepat tangkap gambar.

Seorang adik menghulur tangan.

"Kak, ini dosa yang sudah terapung."

Rasa nak menangis di hadapan dia. Tahan sikit. Tahan sikit. Adik, moga dosa terapung itu hilang dan terbang meninggalkan kita jauh.

Jauh.

Dekat di hati hanya pahala dan kebajikan.