Alhamdulillah. Angka 20 secara rasminya telah dirasmikan pada 04Ogos2011. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi ucapan pada saya.
Terutama kepada sahabatku, Nur Hidayah Mohd Jamil =) uhibukifillah abadan abada!
Kawan-kawan rumah! hehek! Sedapnyer kita bergeronjeng di malam hari! Nak nangis T.T
Tak lupa juga kakak senior Monash, Nurul Atiqah dan kawan-kawan serumahnya! Sedap kek tu!!!
Kepada kawan-kawan, Nusyazana Jamaludin, Balqis Busrah terima kasih atas wish yang sangat panjang dan sangat bermakna!!! Saya senyum =)
Tak boleh ditinggalkan nama ini, Anis Sofiah bt Abd Razak, orang pertama wish birthday! jazakillah khairan jaza. Nanti akak belanja!!! *bilalah nak belanja????
Wahai pejuang Islam sejati, bangkitlah bersamamu kebangkitan Islam. Jangan kau mudah menyerah kalah. Saat ini renunglah kembali, saat kita dimanfaatkan di mana dan dibuangkan kerana apa... Apalah kekuatan kita saat ini untuk membangkitkan UMMAT Islam? Di mana Al-Khawarizmi? Di mana Al-Ghazali? Di mana Ibn Sina? Di mana Al Razi yang kita bangga2kan dahulu?
Aku juga kadang-kadang futur. Maka kalau futur, jangan lama-lama. Biarlah futur itu pemangkin keberangkatan semangat juang kita seterusnya. Perjalanan ini masih jauh. Walau ditentang dan banyak halangan maka jangan berputus asa wahai sahabat seperjuanganku! Teguhkan niatmu kerana ALLAH!!! Aku juga mahu sehebat orang-orang yang hebat di sisi ALLAH. Maka aku harus berusaha!!! Aku harus teliti dalam mengurus masa. Maka kerjakanlah wahai Alyaa Sakinah!
Allahu yusahhil!
RAMADHAN KAREEM!!!