Friday, June 21, 2013

Manusia itu aku

Kadang tu manusia suka bercakap.

Meluahkan.

Mahu orang tahu.

At the end, the human is in ashamed condition.

Marah semua orang dah tahu tentang dirinya.

Benci kondisi itu

Lalu mahu lari.

Jadi manusia paling senyap di bumi Tuhan.

Sunday, June 16, 2013

Abah

Hari ini episod seorang manusia

berkelana lagi muka bumi Allah

berteman cahaya

terang di dada

maka, siapakah engkau jika engkau tidak taat pada Tuhan?

Dia yang menciptakan

Dia yang mencintai

Dia yang pemberi cinta

Allah menciptakan dua jasad

Kita lahir daripada mereka


Saat pertama membuka mata

Laungan kalimat Tuhan membisik

Dialah abah


Saat pertama masuk sekolah

Abah tunggu tepi tingkap

Aku ingat

Aku melambai padanya

Aku puas bersekolah

Dapat kawan baru

Hari kedua sekolah

Abah tiada

Abah yakin aku boleh melangkah sendiri


Saat pertama aku tamat SPM

Abah bawa aku berjalan-jalan

Bandar Muar

Di situ abah ajar berdikari

Buat kad bank sendiri

Keluar masuk duit sendiri

Membeli sesuatu sendiri

Tak tahu, tanya orang yang tak dikenali

Oh, abah tahu anaknya jarang keluar rumah

Hari itu abah ajar segalanya

Kerana abah tahu aku mampu

Mampu untuk berdiri atas kaki sendiri


Hari ini abah sering tanya khabar

Sihatku, makanku

Mungkin dia lupa

Anaknya dah besar

Tapi dialah abah

Abah selamanya

dan aku anaknya selamanya

Sampai syurga

*sebak pula tulis. K bai!

Wednesday, June 05, 2013

Ukhti, jaga pandangan!

"Aish, kenapalah orang ikhwah ni?" Mengeluh.

"Kenapa?"

"Suka pandang aku ketika aku nak masuk surau. Tak jaga pandangan langsung. Kan dalam ayat alQuran Surah Nur 24 ayat 30, jaga pandangan."

"Betul-betul." Mengiyakan sambil menerawang berfikir.

"Tapi macam mana kau tahu dia pandang kau?"

"Sebab aku terpandang dia."

"Kau jaga pandangan kau tak?"

"=.="


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


(Surah an-Nisa : 31)