Saturday, October 18, 2014

Love Birthday

Lovely present from them, my dearest lovest ever.
Wawa kikin ferra dieba
tak lupa bos besar, hazirah
Surprise me with so sweet moment on 4th August 2014.
xoxo xoxo 

Mama Kata Kena Syukur

Alyaa, kita kena belajar bersyukur. Jangan lihat apa yang ada pada orang lain.
Lihat diri sendiri. Muhasabah diri sendiri. Kenapa Allah bagi lebih dan kenapa Allah bagi kurang.

Allah lebih tahu kenapa kita dicampakkan sana sini. Allah lebih tahu jawapan kepada soalan mengapakah.

Kenapa mahu bersangka-sangka? Sedangkan Allah itu Maha Tahu yang terbaik untuk kita.

Kita harap semua yang terbaik untuk kita. Tapi tak semua apa yang kita harap itu terjadi.

Sebab kita hanyalah tukang harap semata. Kun fayakun itu kerja Allah. Buatlah dan haraplah macam mana sekalipun, kalau Allah tak izin, bukanlah rezeki kita.

Haris Saya

Namanya Haris.
Dia imam saya waktu solat maghrib semalam.

Awak dah solat?

Belum katanya. Geleng-geleng kepala.

Awak nak solat?

Nakk! Dengan gembiranya nada.

Awak dah ada wuduk?

Er er.. belum! Mula-mula basuh muka kan.. eh eh.. basuh tangan dulu.. lepas tu apa?

Jom kita amek wuduk.

---

Awak jadi imam saya boleh?

Tak boleh. Saya belum sunat lagi. Macam mana nak jadi imam?

Haha *dalam hati. Takpelah. Awak solat sebelah sini. Saya solat sebelah sini.

** alih-alih angkat takbir dia semua kuat belaka. Jadi imam rupanya alhamdulillah. 

---

Cepat doa. Dalam bahasa melayu pun takpe.

Bismillahirrahmaanirrahim. Allahummaghfirli waliwa lidayya warhamhuma kama robbayani soghira. Ya Allah. Ya tuhanku. Ampunilah dosa ku. Ya Allah ampunilah semua dosa kedua ibu bapaku. Dan.. dan.. kasihanilah mereka seperti mereka kasihani aku ketika aku masih kecil. Ameen.

Ameen. Dan doa itu cukup memberi keinsafan kepada aku yang banyak dosa kepada makhluk Tuhan sekerdil ini tanpa dosa. Suaranya jelas ikhlas. Moga Allah memakbulkan doamu wahai si budak kecil.

Gear 5

Hari ini belajar bawak gear 5.
Tart Nenas Gulung berita gembira.
Aku nak beritahu juga dengan kau.
Pecut punya pasal nak kejar meeting pepagi.

Dan

Sebenarnya saat ini dalam dakwah dan tarbiyah juga wajib gear 5. Pecut punya pasal nak kejar daulah islamiyyah.

Harus punya satu sifat dan sikap.

Berkorban. Cinta juga berkorban. Makan pun kena berkorban. Minum air kosong pun kena berkorban walau 40sen.

Jika tiada pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabatnya, siapalah kita saat meniti waktu menghidupkan dunia dan menunggu kematian.

Sobs sobs.

Orang manja itu

Orang manja ini kadang-kadang memerlukan seseorang untuk dia bermanja.
Siapa peduli orang manja?
Cengeng orang lain kata.

Warna Jiwa

Tak semua jiwa sama
Kau biru aku jingga
Dia hitam dia putih
Ada perasaan pelbagai
Sekejap senyum sekejap marah
Saat ni kecewa nanti bahagia
Semua yang Tuhan datangkan
Itu lumrah
Cuma kita mahu mengimani atau letak tepi.

Borak-borak Bekam

Ngeri bila dengar pasal bekam. *Ngerilah sangat.
Tapi bila dah buat, lega.

Bekam sambil borak.

Tentang hadis nabi - sunnah berbekam. Dulu mana ada ubat-ubatan. Nabi guna kaedah berbekam untuk menghilangkan penyakit. Dia ada bulan terbaik nak buat bekam. Saya pun tak pasti. Masa tak kisah. Pagi boleh. Petang boleh. Malam pun boleh. Sekejap je. Tak lama pun *sebab diisi dengan masa berborak yang bermanfaat.

Bekam sambil borak lagi. 

Kali ini tentang anak-anak. Ramai ibu bapa hantar anak mengaji pada orang lain. Kan bagus kalau ibu bapa sendiri mengajarkan anak-anak mengaji alQuran. Saham untuk pelaburan akhirat sendiri. Patutnya mak bapak pergi belajar mengaji dengan guru ngaji.

Bekam sambil borak lagi dan lagi.

Tentang berbudi kepada ibu bapa. Berbaktilah kepada mereka. Bagi duit kalaupun mereka tidak minta. Dengarkan aje celoteh mereka. Kadang mereka ingin luahkan sesuatu. Kitalah pendengar. Jangan letak perasaan macam-macam ketika dengar. Mak nak ada orang dengar je cerita dia. *Walaupun cerita tu dah ulang berapa banyak kali. Hihihi.

Ok. Time to eat. Lepas bekam cepat lapar. Jom makan.

Mereka itu punya tenaga dan potensi

Kadang-kadang mereka memerlukan
masa untuk menilai sendiri diri mereka.

Mereka ada suara kecil di dalam hati 
yang mana mereka mahu meluahkan tenaga 
yang berbondong-bondong ini pada salurannya.

Mereka ada potensi yang bakal 
membawa mereka menjadi manusia 
seperti yang Allah nak dan manfaat untuk orang lain.