Thursday, May 21, 2015

Kisah Aku dan Mereka


Kisah aku dan mereka

Perjalanan dakwah dan tarbiyah ini sungguh panjang. Sungguh melesukan. Sungguh menuntut pengorbanan melalui harta, masa dan tenaga. Tetapi semua itu ditolak tepi demi redha Allah dan RasulNya. 

"Kalau tak mahu bersusah-susah, nak berkorban pun payah" -Quoted, 2014-

Kehidupan dalam lingkungan tarbiyah memberikan aku akan kesedaran ketuhanan dan kehambaan. Kesedaran akan kembalinya aku kepada Allah satu hari nanti dalam keadaan terbaik. Maka Tarbiyah itu satu sumber kekuatan yang akan saling menguatkan, berpesan malah saling takaful apabila masing-masing memerlukan bantuan. Mereka adalah sahabat aku.

"(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu)." (Surah Yunus 10: 25)

Aku bukan lahir sama ayah dan sama ibu dengan mereka. Tapi kerena mereka sahabat solehah, aku sanggup berkasih dengan mereka dan sama-sama berjanji berusaha menegakkan Islam dalam diri sendiri dan ummat yang memerlukan. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan perpisahan itu mengerikan buat aku. Adanya mereka di hadapan mataku cukup mengingatkan aku kepada Allah. Cukuplah aku menenung matanya. Cukuplah hanya satu perkataan yang terkeluar daripada mulut mereka, untuk aku merasai kebersamaan Allah dalam ukhuwah ini.

Allah.
Temukan aku dengan mereka di syurga nanti.
Sungguh.
Aku nak bertemu mereka di syurga.
JannahMu, Allah.