Monday, November 16, 2015

Wahai jiwa

Wahai jiwa
Kembalilah kepada Allah dengan tenang

Wahai jiwa
Berkejarlah kepada Allah dengan segera

Moga nanti kautidak menyesal

Redha

Kena redha dengan dunia
Kena ikhlas dengan amal

Mana mungkin kauseru kebaikan
Syurga itu kaupasti dapatkan

Bila tiba hari hisab
Kau akan tatap
Amalmu

Ke nerakakah
Ke syurgakah

Wednesday, November 04, 2015

Halawah

Hati gersang
Jiwa hilang
Entah mana
Kucari
Basahnya bibir
Dengan zikir
Lembutnya kata
Dengan senyumnya
Rajinnya sikap
Dengan ikhlas

Entah mana
Halawah itu

Kucari di lapangan neraka
Mana kujumpa

Kuberhenti di lapangan syurga
Kujumpa halawah itu


Selalu kuloretkan
Catatan tarbiyah
Atas lembaran ini

Bukan suka aku loret dan berbangga
Tapi kerana aku gembira
Dengan perjuangan ini

Moga satu hari nanti
Allah makbulkan
Hasratku tulis
Buku