Wednesday, April 14, 2010

Petunjuk dan Manusia

Kita berfikir dan terus berfikir. Dulu dan kini, ALLAH sentiasa memberi petunjuk. Semalam dan hari ini, ALLAH masih memberi kita peluang. Walaupun kita berbuat dosa yg tidak tertanggung bebannya di hadapan ALLAH, ALLAH masih memberi kita nikmat. ALLAH, YA RAHMAN YA RAHIM.

Saat ini saya masih terfikir tentang yang berlaku di stesen bas tadi. Di saat saya memijak bumi KL Sentral, fikiran saya melayang. Melilau...seolah2 lupa akan Tuhan. Tup, ada satu bas USJ8. Huh, macam dekat je ngan SUNWAY (memang pun satu jalan). Tetapi ada sesuatu yang menghalang saya mendekati bas itu. Akhirnya bas itu laju meninggalkan saya. Maklumlah RapidKL. Slogan>siapa cepat dia dapat. Hmm, aku tunduk berfikir. ALLAH...baru saya meminta pertolongan ALLAH. Tidak sampai beberapa minit, bas yang sama USJ8 ada. Alhamdulillah. Betapa besarnya pertolongan ALLAH semasa di KL Sentral tadi. Jadi, pengajarannya di sini???? Fikir-fikirkanlah...

Dulu saya pun begitu. Ada je niat tak baik. Akhirnya ALLAH menghalang niat saya tu. ADA HIKMAH, ADA HIKMAH. Kadang2 bila nak buat baik pun ada halangan. ADA HIKMAH ADA HIKMAH. Cuma kita berfikir atau tidak, itu sahaja.

ALLAH sentiasa memberi peluang kepada hambaNYA untuk bertaubat. ALLAH sentiasa mendidik kita liku2 kehidupan. Dengan apa ALLAH mendidik? Dengan UJIAN. UJIANlah mengingatkan kita,,,

"Owh, sepatutnya aku buat begini bila berhadapan dengan situasi....."
"Owh, aku tersilap. Aku kena minta maaf."
"Owh, aku sepatutnya jaga hati orang lain dengan....."

As conclusion, setiap peristiwa ada hikmahnya!!!

1 comment:

. said...

Betul2...... :)