Thursday, September 22, 2011

mata cilik yang gede!

mata kecik yang besar!

mata dia kecil
sorotan mata yang benar
dia berjuang semangat
mengobarkan sinaran kelopak
yang menjernihkan keluhan 
dunia yang berpanjangan 
si kecil mata itu
sorotan matanya dihadang
butir-butir keimanan
menjauhi larangan
ligat matanya menyeret
janji-janji Allah yang indah
daripada tutupan aib dosa

syok sendiri bila bersajak dengan nukilan ini.
ok.
nukilan sisipan SS 2011 (c)
22 september 2011

:\\\nota kaki///:
wes suwi aku arek tulis bahase jowo. saiki aku sempet tulis. 
arek maaf neh, ora guno bahase jowo platakan. dino raye sempet ngomong jowo. dino lain, ono melayu neh, ono inggeris neh. podo-podo la ngomong jowo...adeyh.

Saturday, September 17, 2011

Amal Jamaie vs Hero Kanak-Kanak

Kalau tengok tajuk di atas, memang kelakar. Hero kanak-kanak? Siapa pula yang menjadi hero kanak-kanak?

Amal Jamaie
Amal jamaie merupakan sesuatu pekerjaan atau amalan yang dikerjakan bersama-sama iaitu melibatkan lebih daripada dua orang.Dilakukan mengikuti selaras dengan manhaj yang dipersetujui bersama untuk mencapai dengan satu tujuan. Rujukan surah Saff : 4.

Ciri-ciri serba ringkas tentang amal jamaie!
-persetujuan bersama (satu jemaah)
-jemaah ada organisasi, visi dan misi yang ingin dicapai
-aktiviti selaras dengan pendekatan jemaah
-tindakan yang diambil bertuuuan cita-cita bersama
-kepimpinan dalam kelolaan jemaah
-ukhuwah terbina antara ahli anggota

Kesimpulannya, sesungguhnya batman, superman, catwoman, spiderman,,,semua yang ber'man' itu merupakan contoh yang tidak baik. Eventhough dia melawan kejahatan kononya berseorangan diri, tapi dia juga terbatas untuk menolong orang lain. Kenapa dia tak mampu? Sebab bila dia dapat berita melalui TV sahaja ada kejadian buruk, baru dia bergerak. Dia juga tak mampu membantu semua orang di seluruh dunia. Walaupun best bagi kanak-kanak yang menontonya sebab aksi yang hebat, tetapi mereka itu bukan contoh yang baik dalam melakukan amal kebaikan. Hanya dia seorang sahaja membantu. Yang lain? Diam? Senyap?

Kebersamaan itu bukanlah dengan cara kita selalu bersamanya, namun lihatlah kebersamaan itu bila kesusahan datang-quoted-

Wednesday, September 14, 2011

Saksi Akhirat


Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaasin: 65

Monday, September 12, 2011

mataku menatap matamu (aww!)

Juraian air mata menandakan rindu
::bahuku bahumu::
Tiada ungkapan patah bicara
Tidak banyak dibualkan
Namun tatapan matamu cukup bagiku
Kau hadir kau hilang
Kami terasa kehilanganmu
Kehadiranmu umpama air hujan
Membasahi bumi Sunway yang kontang
Sukar melepaskan tatapan matamu
Indah...
Namun hati terusik bila kau memaling
Lalu berlalu pergi
Aku berkata, "Sudahlah...."
Selagi perkataan itu diulang
Tiada tanda untuk berhenti juraian itu
Owh Tuhan!
Tabahkan hati ini!
Tabahkan hatinya!
Luruskan kami di atas jalan dakwahmu...
Izinkan kami bersatu dalam rahmatMU.

nukilan sisispan rindu (c)
12 September 2011

Sunday, September 11, 2011

Kejayaan Pertama dengan Baby

Assalamualaikum wbt. Hari minggu yang menyesakkan hidupku dengan kebaikan. Sudah lama tidak berceloteh. Konon-konon  mhu mendiamkan diri sehingga tahun depan. (ceyh, bajet la ko ni)

I'm not the popular blogger like my friends did. I just shared what i'm feel and what I had learned. So, entri kali ini cuma nak berceloteh tentang kejayaan pertama. Selalu berangan-angan nak tidurkan si kecil di atas pangkuan. Tetapi masalahnya, semua anak-anak kecil terlalu aktif.

"Acik Sakinah, acik Sakinah..." hmm.

"Uweeekkk!" ni lagi sorang.

"Ayah!!!!" sambil bersujud dan berjurai air mata. Manalah mama dia nih. Asyik panggil ayah jer. 

Duh. Tak cukup tangan nak jaga. Alhamdulillah ramai akhawat ada membantu jadi baby sitter. Paling tak sangka, kali pertama kene panggil mak cik dengan anak-anak akhawat. (terima je la ko da tua! kih8) 

Keep learning to keep leading...takkan lupa ayat nih. I keep leaning to become ummi for one day. Ini penting dalam tarbiyatul akhawat. Keep learning to lead your family one day. Walaupun kita ini akhawat or to-be-wife one day, we need to learn become a leader and be a leader together with your to-be-husb... . Hidup pernikahan ini bukan untuk memberi perintah dan diperintaf semata-mata tetapi sesutau yang sama-sama perlu komunikasikan dan sharing together.(melalut dah nih...)

::malulah kholah sakinah...::
model: Wafa'
"bangga tak Wafa jadi model blog kholah sakinah nih?"

For a long time since standard three, I did'nt make the baby sleep over on my hand. Tetapi hari ini kejayaan yang tidak boleh dilupakan. Mula-mula si kecil yang bernama Qist nih meragam la konon. (nak manje la tuh...) Dia ni suka orang dokong dia. Last-last, tiba di tangan saya. Dah tengah hari ni...(berkata dalam hati...) mesti dia penat. Cubalah tidurkan dia...(projek bermula..) Bawa dia jalan-jalan seluruh kawasan tuh. Qist sangat sibuk ye dengan memerhatikan orang lain. Orang yang mendokong dia ni sibuk berjalan ke hulu ke hilir. Last-last tuh bawa dia pergi tengok pokok. Kepala dia dah bersandar kat bahu dah. Senyap je dia... Baringkan dia. Tidur dah rupenyer... Begituler ceriter nyer. So, I'm happy sebab dapat tidurkan dia. ^^ ehem. Nasib baik si Qist ni tak banyak meragam. So, ummi dia sibuk ambil kesempatan memotong kuku-kuku si kecil. Memang tak sempat nak potong kuku dia nih bla..bla... Banyak kami bualkan. 

So, kesimpulannya, make the baby selesa dengan kita. Bak kata akhawat, kalau nak tahu baby selesa dengan kita, kita kene ada feel SELESA dengan dia. Baru dia tenang. Lagi satu pesanan, kalau nak ajar baby bercakap, jangan ajar dia banyak bahasa, nanti lambat dia nak bertutur. Ajar bahasa ibunda dia dulu... ^^ 

Thursday, September 08, 2011

Tak berTempaT

maaf diri ini nakal
kadang silap bicara
anggapku sudah ok
karat keburukan masih belum terhakis
kadang kedegilanku
menjadi luat didepanmu
anggapku itu biasa
kadang suaraku menyampah didengar
anggapku itu ramah lah konon
tapi nada-nada karat masih terpalit

oh Tuhan campakkan aku jauh dari keburukan
inilah aku yang suka menyakat orang
inilah aku yang suka berteriakan
inilah aku yang suka beremosi
aku mahu baik dengan orang
tapi selalu aku keliru
bagaimana jalannya

oh Tuhan
selalu kulupa akan harap redhaMU
selalu kualpa akan harap rahmatMU
selalu kulalai akan harap perhatianMU
di mana keikhlasan?
di mana kelapangan?
di mana cahya cerah terangi hati?

oh Tuhan!
tunjukkan jalanMU!

dari sisipan akhlak 2011 (c)
8 september 2011

Tangisanku bukan untuk lelaki

benci lelaki itu
mempermainkan wanita muslimah
siulan sia-sia
salam tidak bermakna
tegur saja-saja

titis demi titis membasahi
sedih harungi jiwa
lemah umat kini
dengan segenap hitam noda

kita yang masih bernada tarbiyah
tari jejari dan kuasamu
hayun mengubah ummah
menggesekkan lagu rindu
hanya pada Yang Satu

jaga mata telingamu
lidah juga tanganmu
kerana dakwah kita mengalir laju
membasahi bumi dengan tarbiyah
pada tanah kontang kebaikan

nukilan sisipan ummat 2011(c)
8 september 2011

senyummu bermakna

senyummu bermakna

cetusan bahagia
ukhuwah, kasih sayang
ungkapan yang indah
ukiran senyum di bibirmu
ibadah yang mudah
tiada keji bicara
tiada berwajah cuka
tiada berputus asa
senyum kebaikan yang tidak boleh diremehkan
apatah lagi disembunyikan
senyum umpama sedekah
yang berlarutan dalam keimanan
senyummu kelegaanku
bermakna dalam kasih dan sayang
ukhuwah yang bertautan
hati mula menyatu
rahmat mula direstu
tinggal SYURGA menanti kita disatu!

nukilan sisipan ukhuwah
dari ibu kota 2011(c)
8 september 2011

Tuesday, September 06, 2011

sedekah lidahmu

bual bicara berjam-jam
di suatu sudut di gudang buku
ungkapan daripada lidah
terus mencatit malaikat rakib dan atid
lidah berbicara
jangan disia-sia
manfaatkanlah setiap kata
kerana kata-kata menjadi motivasi
kata-kata menjadi inspirasi
kata-kata menjadi hati

wajah itu cerminan hati
wajah yang manis pantulan hati
senyum bicara penenang hati
saat dilanda badai duri
aku menerima kata-kata itu
mengesani dalam hati walau setitis

aku khilaf dalam bicara
apatah lagi menasihati
aku khilaf dalam menyusun kata
apatah lagi manis bicara
aku berdepan krisis hati
lidah terbelit mengguris  hati
maaf kupinta pendengar setiaku
akan kuatur sedayaku
patah bicara ketika mengayun lidah

sedekah lidahmu
menjadi amalmu
peneman mu kelak
di alam akhirat

nukilan berkarat lagi 6 september 2011

payung yang awak pinjamkan

ketika kaki melangkah laju menuju ke monash
hati tak berhenti menangis
tangan tak berhenti bergerak
ayunan demi ayunan yang menghidupkan
apa yang rasa kekurangan diri ini
boleh sahaja diungkapkan rasa syukur
kekurangan itu menjadi tali pergantungan dengan Allah semakin utuh
tangisan demi tangisan
tak berhenti kupersoal
kerana duniakah?
kerana Tuhankah?
atau kerana mengeluh putus asa?
tangisan itu suci jika berpayungkan kesyukuran
bersih berpayungkan kesabaran
apatah lagi tenang berpayungkan keredhaan
oh Tuhan!

nukilan berkarat 6 september 2011
ZAINAB IS CRYINGvsZAINAB WISHES A GOOD DAY