Tuesday, September 06, 2011

sedekah lidahmu

bual bicara berjam-jam
di suatu sudut di gudang buku
ungkapan daripada lidah
terus mencatit malaikat rakib dan atid
lidah berbicara
jangan disia-sia
manfaatkanlah setiap kata
kerana kata-kata menjadi motivasi
kata-kata menjadi inspirasi
kata-kata menjadi hati

wajah itu cerminan hati
wajah yang manis pantulan hati
senyum bicara penenang hati
saat dilanda badai duri
aku menerima kata-kata itu
mengesani dalam hati walau setitis

aku khilaf dalam bicara
apatah lagi menasihati
aku khilaf dalam menyusun kata
apatah lagi manis bicara
aku berdepan krisis hati
lidah terbelit mengguris  hati
maaf kupinta pendengar setiaku
akan kuatur sedayaku
patah bicara ketika mengayun lidah

sedekah lidahmu
menjadi amalmu
peneman mu kelak
di alam akhirat

nukilan berkarat lagi 6 september 2011

6 comments:

Najwa said...

alya suka berkarya ek..heheh..nice2

Unknown said...

terima kasih. aduh siapa ye gerangan tukang tulis ini? kak atikah ye? hehek :p

sudah lama meninggalkan tulisan...
luput sudah bahasa sastera saya
saya suka nukil nukilan yang indah
dulu2 banyak saya buat, cuma tak terpatri dalam blog atau mana2 tempat.

:)

Najwa said...

alya..hehhe..bknla..doakan kita kat penang...:)

Unknown said...

afwan najihah. hehek. saya tak perasan link blog awak ade nama awak plus tulisan awak matang. saya ta dapat cam awak. GOOD JOB najihah!

Najwa said...

mb x prasan kite tukar link..

alya,awk lagi puitis...ni slh satu wadah dnt..mga logam2 ini dpt berguna di jln dnt...mga kita sama2 terus thabat di jalannya

Unknown said...

ameen, najihah!
najihah, berjaya di dunia apatah lagi di akhirat...! ameen.