Sunday, September 09, 2012

Mati

Dah tak lama dah hidup.
Ber'amallah.

Ingat doa iftitah kita?.
Sungguh hidupku ibadahku matiku kerana Allah.

Thursday, September 06, 2012

Rendah diri syuh syuh

Kalau kau tahu perasaan orang yang rendah diri, mesti kau bingung. Kerana tiba-tiba dirinya menghilang. Bukan dia yang selalu.

Kau tahu, orang yang rendah diri ini selalu mengatakan dirinya tidak sempurna di mata orang lain. Takut untuk terkehadapan. Apatah lagi seringkali menyalahkan diri apabila sesuatu kesalahan terjadi.

Terkadang rendah diri ini kan membawa jauh kita daripada manusia. Tahu sebab apa? Kerana mereka kata mereka tidak mempu bersaing dengan kau.

Rendah diri itu sensitif. Terkadang kau pun rasa kekok kan?

                                                                [Bosan: 2010]

Sensitif itu kene lawan dengan kuat. Kekuatan yang dibina oleh para Rasulullah. Yang mana dulunya para hamba memang dipandang tahap paling rendah dalam martabat bangsa itu. Bangsa Quraisy. Tapi datangnya pemuda yang sungguh mulia, mengatakan bahawa kau bukan orang-orang yang biasa-biasa. Tapi kau adalah orang yang luar biasa. Mana mungkin ada perbezaan antara kau dan aku. Kecuali IMAN di dada.

Kuasa tutur katanya turut menyentap hati. Mulia. Tiada yang nista. Tulus.

Binasakanlah luntur jiwamu.
Bangkit dengan senyuman.
Senyuman iman.

Berusahalah,
jangan menunggu masa untuk berubah.

You are what you believe :)

Allah ada pada sangkaan hamba-hambaNYA.

Wednesday, September 05, 2012

Buat Blogger Muslimah vs Blogger Wanita

Janganlah Jadi Blogger Wanita Semata-mata.
Maka janganlah jadi blogger wanita semata-mata. Yang kosong tanpa idea. Yang sekadar menjual kecantikan dirinya.

Blogger Muslimah bukanlah blogger yang menulis ayat-ayat Allah SWT, hadith-hadith Rasulullah SAW, kalam-kalam nasihat, dalam keadaan dirinya memaparkan aurat, dalam keadaan dirinya bertabarruj, dalam keadaan dirinya memaparkan kecantikannya.

Tidak. Itu bukan Blogger Muslimah. Itu Blogger Wanita.

Blogger Muslimah, walau dia tidak letak sepotong ayat Al-Quran pun, walau tidak ada bersama artikelnya sebaris hadith pun, tetapi dia membawa nilai dan pengajaran yang tinggi untuk kehidupan, bersama adab dan kehormatannya yang terjaga. Kerana dia jelas mengajak kepada Allah SWT, dan berada di dalam disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya.

Maka janganlah kita menjadi blogger wanita semata-mata.

Jadilah Blogger Muslimah.

Yang duduk tunduk di bawah disiplin seorang Muslimah.
Fokus kembali matlamat kita.

-Hilal Asyraf-
-LangitIlahi-

Kata Ilham,
Subahanllah. Satu peringatan buat khas blogger-blogger muslimah di luar sana.

Ke Oxford Untuk PhD


 

KUALA TERENGGANU 1 Sept. - Pelajar cemerlang yang sedang menuntut di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd. Firdaus Samsudin (gambar), 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat Ph.D bermula bulan ini.
Kejayaan anak kepada seorang pesara kerajaan itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Razali Mahmud, di sini hari ini.

Menurut Razali, Mohd. Firdaus mendapat tawaran itu berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi melalui tugasan kajian serta penyelidikan yang dijalankannya pada awal pengajian peringkat sarjana.
"Kita percaya kejayaan Mohd. Firdaus menyambung pengajian ke peringkat Ph.D dalam masa begitu singkat menjadikannya anak Terengganu pertama menerima tawaran itu di Universiti Oxford itu," katanya.
Beliau seterusnya berharap, kecemerlangan yang diraih pelajar berkenaan bukan sahaja membanggakan seluruh rakyat negeri ini malah akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan serupa.

Mohd. Firdaus, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini sebelum ini berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membolehkannya merangkul anugerah Pelajar Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan 2005.

Pelajar itu kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang bioteknologi di Imperial College London selama tiga tahun dan berjaya mencapai keputusan kelas pertama.

Selepas itu, dia mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat sarjana selama dua tahun dalam bidang biokimia di Universiti Oxford hujung tahun lalu atas tajaan Yayasan Terengganu sebelum terus ditawarkan ke peringkat Ph.D di universiti yang sama.

-sumber Utusan Malaysia-

::Inspirasi untuk terus semangat belajar!!!!::

Tuesday, September 04, 2012

Unggul peribadi

Selepas raya, menderu-deru seruan assignments dan reports!!!

Lepas satu, ada satu lagi. Lepas satu lagi, ada lagi.

Macam-macam zikir terkeluar daripada ketaran bicara. Sungguh manusia itu tidak lain tidak, hanya milik Allah. Saat ini Allah uji keutuhan ukhuwah kita. Saat ini Allah uji keutuhan ikatan dengan Allah. Saat ini jua, Allah uji kita dengan nafsu dunia.

Letih.

Tapi kita masih belum cukup berladang untuk menuai hasilnya.

Ya! High Distinction! Semestinya!

Terkadang saat ini Allah uji kita dengan emosi. Terkasar bahasa kerana mahu mendapatkan sesuatu tetapi tiada siapa mempedulikan. Terlanjur bicara dek teringat dunia semata-mata. Ya lah, orang tertekanlah katakan. Kata-kata ini ditujukan khas buat diri saya.

Yup! Motivasi dan inspirasi daripada cerita kisah zaman Rasulullah lah gamaknya. Ya, cerita daripada sang sahabat saya. Tiap kali terasa susah dan lelah, ada sahaja ceritanya.

Kisah Firaun yang diceritakan kembali dalam alQuran. Apa sebab Firaun itu dilambat-lambatkan seksaannya? Salah satunya, dia cukup menghargai rezeki yang dia miliki, tidak dibazirkan. Contohnya, kalau dia makan, pasti tiada satu pun tertinggal menjadi sisa buangan.

Ada tu kisah para daie yang hidup dengan perjuangan di luar negara. Kisahnya tidaklah sepopular Siti Nurhaliza menang anugerah, tetapi cukup hebat dipandang Allah insyALLAH. Nak tahu kisah hidupnya yang paling mengagumkan saya?

Pertama, pertama kali dia ditugaskan menjadi professor di satu universiti jauh dari keluarga, dia risau apabila tiba di tempat tersebut. Kerisauan apakah? Bagaimana aku mahu solat? Sedangkan masjid itu terlalu jauh dan komuniti tersebut tiada tanda-tanda pun adanya muslim. Waktu solat sudahpun masuk. Dia ingin menunaikan solat 'berjemaah'! Tetapi siapa imamnya? Siapa makmumnya? Lalu dia duduk di tengah-tengah orang ramai, dia memberi salam kepada semua orang setiap satunya. Lepas satu, satu, lepas satu satu lagi. Tiada siapa yang menjawab salamnya. Dia tidak berputus asa kerana dia yakin adanya komuniti muslim di situ. Sehinggalah salamnya disambut seorang pemuda.

Bermulalah kisah solat jemaah mereka di kawasan parkir kecil. daripada satu petak kereta. Menjadi dua petak. Kemudian tiga petak. Kemudian semakin besarlah komuniti solat berjemaah mereka. Usaha apakah dia lakukan?

Dia mula bertaaruf dengan pemuda tersebut lalu sesi pembimbingan pun berlaku. Satu demi satu meyakini Allah itu Tuhan dan Rasulullah itu utusanNYA. Satu demi satu kembali kepada fitrah. Sungguh dia seorang profesor matematik. Dan dia juga seorang daie. Daie unggul martabat ummah!

Tiada alasan. Malah yang menguatkan dakwahnya itu dengan meninggikan taraf hidup dalam ummat. Kene terus kuat dan kreatif dalam menyampaikan mesej!

p/s Bukan sekadar doa, tapi berusahalah. Harap pasca Ramadhan kali ini menjadi terus lebih kuat dan taat. Unggul peribadi itu kerana Allah. Ikut sunnah Rasulullah. Ikhlas. Baru namanya ibadah diterima.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka!