Thursday, November 29, 2012

Kepada seorang teman sekolah dulu

Bila rindu pasti terbawa-bawa sampai mimpi. Ah, rindu itu sakit kerana berjauhan. Dah tak larat dah nak rindu-rindu nih. Haha. Gelak sendiri. kalau rindu pasti terbawa-bawa sampai tangisan. Ok, STOP.

Mungkin aku yang berubah. Maaf atas kekasaran terhadap hati kau. Aku selalu sangat buat muka dan suara terhadap diri sendiri. Kadang-kadang jelek terhadap kekalutan diri. Aku minta maaf atas kekasaran terhadap hati kau. Aku tidak tahu cara ekspres diri dengan betul. Aku belajar insyALLAH. Don't blame me for a small thing my dear.

Kau bertuah. banyak pengalaman. Senyum. Cerita banyak-banyak. Aku suka dengar. Aku buat muka blurr sebab ta tahu nak ekspres macam mane kagumnya aku terhadap kau. Kau makin cantik. Ditambah lagi tarbiyah yang kau dapati dan dikelilingi biah solehah yang sangat bagus. Aku lega kau berada dalam zon selamat. Aku masih di sini. Berteman cerita lama.

Ya, aku rasa sangat bagus kau menghargai kawan kau sekarang. Sayang dia ketat-ketat. Ya, benar-benar dia cinta sahabatnya kerana ALLAH. Tup, fikiran aku terus melayang kepada zaman kita dulu. Sumpah macam apa jer dulu. Keh88. Selalu jer gaduh dengan kau. Kerana dulu aku tak faham langsung tentang ukhuwafillah. Bila bertemunya dengan sahabat, iman pasti meningkat. Tapi aku paling tak suka gaduh dengan kau. Pasti tak bertegur. Lama pula tuh. Hati sahabat mane tak tenteram bila bergaduh lepas tuh tak bertegur. Haha. Sumpah macam apa jer dulu. Ego atau mengalah. Sorry dear.

Betapa jelesnya aku terhadap kau kerana sayang dia ketat-ketat kerana Allah. Banyak juga kau bercerita pengalaman kau dengan dia. Lagi jeles. Tapi itu kan hak kau untuk bercerita. Aku mendengar. Sekadar kagum dan usaha memperbaiki diri. sebab disebalik butir kata-katamu pasti Allah nak tegur aku juga. Banyak juga kau bagi aku semangat walau dalam masa yang singkat. Aku akan cuba perbaiki mana yang silap. Terima kasih.

Nak jumpa banyak kali boleh tak? Sebab nak lepas rindu jer.

Aku kalau jumpa kawan, aku tak suka banyak cakap sangat sebab aku suka perhati.. Cantik. Cukuplah sekadar aku diam dan menatap matamu. Rindu pun terlepas sudah.

Kalau kita main buai sama-sama pun sudah ok. Aku suka. Cukuplah sekadar aku simpan memori di ingatan. Aku akan kenang. Kemudian tersenyum.

Minta maaf seandainya selama ini aku banyak mencipta kenangan yang tidak sepatutnya tercipta. Haha. Gelak sendiri lagi. Kadang-kadang malas nak fikir balik. Tapi itulah memori yang akan kita cerita bila masing-masing berjumpa antara satu sama lain. Sumpah rindu kan?

-dihimpit memori lama-
Sahabatmu yang sayang kau ketat-ketat dulu dan hari ini.

Saturday, November 17, 2012

[Cerpen] K3

Mama menangis di sudut biliknya. Masih dalam bungkusan putih. Terketar-ketar menadah tangan. Hiba mengenang nasib hidup. Suaminya entah ke mana. Anaknya entah ke mana. Suram. Serakan tangisan kedengaran di kamar. Mengadu sesungguhnya. Kepada siapa lagi dia ingin mengadu kalau bukan Allah. Allah kata, Allahlah sebaik-baik pelindung. Tiada yang lain. Malah Allah memujuk lagi dengan ayat, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dia sanggup dan mampu memikul di pundak. Matanya mengerling ke arah katil. Kosong. Papa tiada di sisi. Outstation. Tapi katanya outstation sebulan ini sudah masuk bulan ketiga. Dia risau. Ke mana suamiku? Telefon tidak diangkat. Menghubunginya pun tidak. Oh, Allah. Jam menunjukkan pukul 1.00pagi.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Bukak laa pintu ni!!!" Entah berapa dia kali terjerit, terlolong pagi-pagi buta.

Mama bergegas mengejar pintu dengan seretan kain telekungnya.

"Ya Allah, anak aku. Berilah aku kesabaran!" sambil menyambut anaknya yang mabuk. Dia dipapah mama ke biliknya. Mamanya diam seribu bahasa. Menanggalkan stokin. Memakaikan dia baju baru. Mama tidak merungut. Cuma air mata mama bergenang. Tidak jauh. Mama menangis tidak henti-henti. Pilu. Mama membiarkan dia tidur. Tidurlah anakku. Moga esok hari hidayahmu. Lindungilah dia ya Allah daripada syaitan yang direjam dan daripada fakir kemiskinan jiwa. Mama, mengusap kepalanya.

Aku gagal mendidik jiwa hambaMu ini kepadaMu. Aku yang terlalu silap kerana terlalu berbaik sangka dengannya. Aku yang selalu lupa yang dia juga hambaMU. Mama merintih lagi di hadapan pintu bilik Mustaqim. Bagaimana hari-hari dia selepas ini? Bimbinglah dia ke jalanMu ya Allah!

...

"Mama, Qim nak keluar lepak dengan kawan-kawan. Ingat nak cari kerja la, mama"

"Mama doakan Mustaqim benar-benar dapat kerja itu. Tetapi dengan syarat, kalau sekali lagi Mustaqim balik lambat macam semalam, mama takkan biarkan, tahu Mustaqim! Mustaqim anak mama dan anak mama..."

Pup! Pintu ditutup rapat... Belum lagi habis bercakap sudah memalingkan kepala. Mustaqim cuma mahukan kehidupan sosial seperti remaja-remaja yang lain. Bebas. Kaya. Berseronok. Tetapi dia tidak sedar bahawa kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Berpagi-pagi mama sudah keluar dan barangkali membuka gerai nasi lemak di hadapan rumah. Pendapatan agak lumayan sehari. Kalau ditolak kos pengeluaran, untungnya sehari pasti mencecah RM50. Mama bersyukur kerana hasil jualan itu mampu menyimpan sebahagian untuk pergi haji kelak.

...

"Woi, geng! Bro Mus datang! Chill la, weyh!". Bangga Mustaqim di hadapan geng kaki jalanan.

"Ko senyap boleh tak? Aku baru dapat tahu yang awek aku mati malam tadi. Dia ikut merempit dengan geng betina sebelah sana!" marah seorang bro berbaju merah hingga menepuk-nepuk meja warung makan itu.

"Ko ni tak chill la bro. Dah laa, benda dah lepas. Aku meluat kot tengok perempuan jalanan. Sorry to say, aku anti-perempuan. Gedik diorang pun dah buat aku muntah. Uweekk!" Mustaqim menambah.

"Weyh, ko nak cari gaduh ke?" bro merah marah Mustaqim. Tangannya sudah gapai t-shirt Mustaqim. 

"Weyh, ko jangan nak cari pasal dengan aku, weyh!!" bertempik Mustaqim. Pelanggan warung mamak terbeliak biji mata terkejut. Masing-masing menghabiskan makanan dengan begitu cepat sekali. Zup zap zup zap!! Gulp. Lari. Mereka lari. Pemilik warung pun kecut. Aiyaa, sudahla sudahla. Jangan buat wa gini. Wa tak untong wo. Pakcik cina itu mematikan pertikaman lidah.

Masing-masing kool. Muka tak puas hati.

Allahuakbar! Allahuakbar! Semakin rancak pula perbualan mereka. Tidak berhenti. Masjid hanya di seberang bangunan. Tidak jauh. Tapi terkadang Mustaqim terdiam. Suara azan menusuk kalbu.

Vrum vrum!! Gaya seorang pemuda tampan. Tentu cayaq awek tepi jalan no! Motor besaq! Stylo la motor besar. CC motor beribu. Kaya giler. Mak aih, tengok atas, rambut dah grudge! Tengok bawah, pakaian stylo giler. Mamat ni siapa? Tin tin....! Bro motoq besaq mai dah!

"Assalamualaikum! Jom solat bro!"

Dia ni buang tebiat ke suruh aku solat...Haish, tak pernah aku jumpe orang macam ni...Dunia dah terbalik ke?

"Kitorang dah solat tadi!" Mustaqim tarik geng-geng beredar.

"Baru azan kot tadi?! Takkan dah solat?!" Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang bersih.

"Weyh! Ko nak pi sembahyang, pergi je la woi! Jangan menyibuk la woi!," jerit Botak.

"Relaks la bro. Aku ajak solat jer bro! Ingat mati nanti, Allah tanya bro!" 

Deruman motor besar hilang dari gangguan telinganya. Bernanah telinga dibuatnya. SOLAT??

Dia menghempas pintu biliknya. Ganas. Mama terkejut. Mama lega Mustaqim balik awal hari ini. Seharian keluar. Entah ke mana agaknya si bujang seorang itu.

Hari ini mama masak istimewa untuk Mustaqim. Hanya dia seorang. Tiada yang lain. Nasi ayam berempah. Mama tersenyum riang dapat memasak kesukaan Mustaqim. Kalau sudah dikatakan wanita, memang suka memasak menggembirakan orang lain. Tak kisahlah orang itu sakitkan hati dia ke, orang pernah marah dia ke, apatah lagi orang tengah penat, mesti dengan memasak kadang-kadang boleh membuatkan orang lain gembira. Hehe.

Pintu dikuak. Mustaqim turun segera.

"Nasi ayam berempah mama!!!"

Bab makanan memang tidak boleh kompromi. Makan tetap makan. Bagi mama, kalau Mustaqim dah duduk menghadap makanan, senang sikit nak cakap dari hati ke hati.

"Mama nampak cantik malam ni." tegur Mustaqim ketika mengunyah makanan.

"Apa dia Mustaqim?"

"Mama cantik" sambil tersenyum malu.

"Apa dia?"

"Mama cantik."

Mama tahu anak dia tidaklah sekeras yang dia sangka. Mustaqim anak yang baik sebenarnya. Cuma di rumah tiada kawan-kawan yang boleh diajak berkawan. Tentu bosan.

"Mama memang cantiklah sebelum ni. Mustaqim tak perasan ke?" gurau mama sambil tergelak kecil.

"Mus, perasan jer."

"Tapi mama tidaklah secantik Aisyah..."



Thursday, November 08, 2012

Kita bukan biasa-biasa

Berjalannya kita di atas muka bumi
Bukan dengan kesombongan dunia
Tapi kerendahan hati yang ikhlas

Terbina ukhuwah di jari
Bukan lenyai kekuatan kita
Tapi simpul ketat kekuatan genggaman
Tidak dilepas hingga ajal menjelang

Silakan diri menikmati
Keindahan iman di hati
Menghargai kebaikan diri
Memberi tanpa dibalasi
Ikhlas memujuk hati
Syurga di depan menanti

Telapak kaki terkorban
Harta terkikis resah
Namun iman kaya membiak
Hingga cetus rasa jihad
Tidak kenal kalah dalam perjuangan
Kerana hanya tahu keikhlasan berjuang

Kita bukan biasa-biasa
Kerana terpilihnya kita dalam kebaikan
Terpilihnya kita menjadi agen perubahan ummah :))

Nukilan
lapannovemberduaribuduabelas.