Thursday, March 21, 2013

SPM2008

Tahun 2009 sudah menjangkau dalam fikiran. Terkadang tak tentu arah duduk rumah. Tak tahu nak buat apa. Akhirnya saya mencipta hobi baru. Blogging.

Hobi yang saya setia sampai sekarang.

Eyh, SPM itu apa?

Sijil Pelajaran Malaysia. Belajar 5 tahun dapat sijil je?

Standard la tu. Masuk sekolah dapat sijil.

Dulu saya susah nak tentukan masa depan. Macam orang yang tiada cita-cita. Tali yang terputus, hilang dari layang.

Sepanjang menunggu keputusan SPM, saya berangan-angan nak ke Jepun. Ceyh, ada hati ke Jepun.. Jangan memperkecilkan cita-cita. Beranilah untuk berangan-angan. Saya terpukau dengan budaya Jepun yang cukup hebat. Akhlaknya Islami, namun agama mereka masih belum Islam.

Saya bercita-cita untuk menjadi jurutera.

Saya pernah nak mohon ke Universiti Teknologi Petronas. Saya batalkan niat. Rasa tak sanggup nak isi borang online dengan result trial SPM yang mengarut tuh.

Saya terus beristikharah.

Saya tak dapat jawapan. Lalu tanya hati. Hati gelisah.

Saya  menelefon cikgu. Ada satu kolej, Kolej Taman Teknologi yang menawarkan bidang bioteknologi. Saya sungguh berminat. Ok. Sudah ada satu option di tangan.

Bioteknologi. Kenapa bioteknologi?

Saya pernah bercita-cita nak meneruskan belajar dalam bidang bioteknologi kalau-kalau jurusan kejuruteraan itu bukan pilihan Allah untukku. Bidang itu bidang baru di Malaysia. Pum!! Satu gegaran bioteknologi dan pertanian meletup tika tahun 2007. Kisah tahun-tahun Pak Lah yang memperkasakan bidang pertanian.

Saya pernah PLBS dengan guru BM. Cikgu tanya, apa itu bioteknologi. Saya dengan penuh yakin menjawab, bidang baru dalam biologi yang menggabungkan teknologi di dalam pengajiannya. Kebanyakan masa akan berada di makmal. Cikgu pun bertanya, kalau di makmal kemungkinan besar tidak banyak berinteraksi dengan orang. Jadi, bagaimana atasi? Saya terus menjawab, libatkan diri dalam perniagaan. Boleh jadi bioteknologi di niagakan. Tiada masalah untuk lebih berinteraksi dengan orang lain.

Hah.


Ok, next. UPU. Apa benda alah tu?

Borang online untuk permohonan ke IPTA (Intitusi Pengajian Tinggi Awam) di dalam Malaysia. Isi la mana yang patut. Asalkan yang berkaitan dengan bioteknologi.

Asasi fizikal or asasi biologi?

Bagi saya, dua-dua sama je. Asasi fizikal, asasi biologi. Tapi bila tanya senior balik, ambil lah asasi fizikal. At least, boleh ambil engineering kalau ada rezeki.

Tawaran demi tawaran

Saya tak mohon pun asasi biologi atau asasi fizikal. At last, saya dapat asasi fizikal UiTM Shah Alam. Then, saya dapat surat sekali lagi menawarkan Matrikulasi dalam bidang asasi fizikal. Once again?

Rezeki apakah dari Tuhan.

Akhirnya saya memberanikan diri mencebur dalam bidang bioteknologi. Saya ke Technology Park College. Saya tinggalkan semua di belakang. Selepas satu tarikh ke satu tarikh pendaftaran. Saya membiarkan. Berani mati lah senang cakap. Kalau tak dapat tawaran memane, habislah masa depan.

Cuma satu, Technology Park Malaysia College, BSc Science (Biotechnology) twinning 2+2 USA.

Itu yang saya lihat. Peluang cerah. Ke luar negara plak tuh. Tapi saya kecewa. eeeeyhh, stop.

Kenapa? Tertinggal satu scene. Scene result SPM.

Result SPM

Jangkaan straight. Tapi dalam hati redha je la. Sebab rasa tak dapat pun straight A. Dang dung jumpa cikgu, kawan-kawan dan adik-adik. Segan tapi malu.


Kawan-kawan dan adik-adik dorm tahun SPM kami.
Kenangan di sekolah susah nak lupa. Sijil je kot? Ceyh, senang cakap la brader. Cuba buat?

Ketar cikgu sebut nama. Memang pun tak dapat straight A. Saya capai kertas itu, terus balik rumah. Punyalah susah nak jumpa kawan-kawan, kau terus balik macam tu je? Emo lah.

Ok.


Ok apa pun alhamdulillah. Senang cerita dengan kekecewaan saya, saya ada hati nak sambung ke Mesir. Alkunun nak amek medik. Doktor lah kunun. Hmmm, tak jadi nak mohon. Ada gangguan jiwa dari environmental factors!! Hazardous betul!

Akhirnya saya ke Technology Park Malaysia College atau nama singkat, TPMC. Di situlah saya bertemu dengan jodoh saya. Kawan-kawan yang hadir semua pakat-pakat nak naikkan Islam. We are gathering for Islam. Saya imbas balik kenangan saya di sana. Walau saya tak sampai sebulan di sana, tapi saya percaya saya ada jodoh yang kuat di sana. Jodoh dengan tarbiyah. Alhamdulillah :)

Akhirnya saya keluar setelah mendapat tawaran berdezup, Monash University Foundation Year di Sunway University. Akan sambung pengajian yang sama seperti di TPMC. Selain daripada itu, ramai yang keluar TPMC setelah diberitahu MARA tak dapat menanggung kos untuk semua pelajar yang memohon pinjaman di TPMC. Tetapi ramai juga yang bertahan. Mereka kini sudah hampir tamat pengajian di USA. insyALLAH. Saya begitu jeles meles. Iya, pengurusan itu memang hakikatnya nampak susah. Tapi kene bijak. Setelah itu, mereka yang masih meneruskan pengajian di TPMC berjaya mendapatkan pinjaman tersebut dan terbang ke USA. Ah, jeles sekali. Ingin sekali aku bersamamu, teman. Tetapi jodoh kita setakat di situ.

Kan dah cakap susah nak tentukan masa depan.

Korang fikirkanlah dan tanamlah cita-cita masa hadapanmu.

Tetapi, jadilah apa sekalipun, kita perlu bercita-cita menjadi jundullah. Tentera Allah.

[47:7] Allah akan meneguhkan kedudukanmu selagi kita menolong agama Allah.

Kadang tu, kita rancang kita nak macam ni. Nak masuk sini lah, nak belajar sini lah. Tapi perancangan Allah itu lebih baik. Kalau saya fly ke USA, mana mungkin saya dapat mengenali kawan-kawan sehidup semati dari tahun 2009 sampai sekarang di bandar Sunway. Berpindah randah universiti pun tetap kekal bersahabat. Pindah berjiran je kot. Sunway College ke Monash University.


Ok.

Tak banyak yang saya dapat bercerita.

Yang paling penting SPM permulaan sebuah kehidupan. Keluar dari kepompong dunia.

SPM bukan penamat. Percayalah SPM itu secebis daripada dunia universiti. Kata-kata keramat seniorssss!

Zasss!

Sunday, March 17, 2013

Pencerobohan negara

Saya tak nak banyak mengulas isu ini. Banyak berita. Banyak spekulasi. Banyak kisahnya.

[49:6] Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Tabayyun itu indah.

Terkadang saya terlepas perkara ini. Lantas Allah menegur dalam surah anNur 24 : 16

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segara berkata: "Tidaklah layak bagi kami meperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar".  

Allah kata selidik dahulu sebelum menyampaikan. Saya nak tekankan berita di muka buku. Ada menuduh nurse inilah, anak inilah, bapak inilah, mak inilah, polis inilah, video dan gambar lalu komen yang cuci-mencuci. 

Hari ini kita dalam sejarah. Catatan sejarah Malaysia 20 akan datang. Pencerobohan negara berulang. Perebutan tanah. 

Pencerobohan iman 

Ayuh lihat iman kita. Tipiskah? Tebalkah? Kalau tebal, kenapa masih ada sisi jahiliyah? Janhiliyah yang membawa kefuturan iman dan taqwa. 

Kita yang semakin menjauh atau Allah yang semakin menjauh?  

Allah, jangan tinggalkan aku

Lihat, kalau benteng iman kita tak kukuh, penuh maksiat, senang lenang goyang kaki setan menceroboh ruang yang paling mulia kita. Ruang iman. 

Kalau lemah tembok iman kita, mudah sahaja kita dengar lagu-lagu lagho dan menonton cerita yang kurang membangkitkan iman. Kalau kita selesa dengan kehidupan kita sekarang, ketahuilah kita masih belum bersama-sama dengan kesesakan masalah ummat yang meruncing.

Kalau kita rasa kita ok-ok kalau kita tak buat amal, ketahuilah bahawa kita ada 2 jalan sahaja.

Jalan taqwa atau jalan fasiq. 

Tutupi dan bina dengan kesungguhan kita dengan makrifatullah (mengenali Allah) dan apatah lagi dengan ma'ayatullah (kebersamaan Allah)!  

Urgensi Makrifatullah 
Melalui dalil yang kuat terbahagi kepada tiga:

1. Naqli (alQuran, alHadis)

surah alAn'am 6:19 - Tiada tuhan-tuhan yang lain selain Allah. 

2. 'Aqli (akal fikiran)

surah aliImran 3:190 - Tanda-tanda kekuasaan Allah itu ada pada penciptaan alam.

3. Fitrah

surah al'Araf 7:172 - Kesaksian kita semua manusia sebelum dilahirkan lagi. Fitrah kembali kepada Allah :)      


Bukan setakat berdoa dan berharap.

Beramal!

Penuhi mutabaah ibadah. Jaga tarbiyah dzatiyyah.
#macam pantun pantun plak. 

    

Friday, March 15, 2013

Politik itu pembangunan akhlak

Sebelum itu apa maksud politik?

"Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam." 

Monolog orang

Saat kaki ini melangkah ke bandaraya, terlihat ramai manusia di sana-sini. Kadang-kadang aku menunduk menahan pandangan daripada memberi peluang kepada penglihatanku untuk berbicara. Aku diam.

Saat aku ingin berehat di sebuah bangku, terdapat kanak-kanak kecil sedang berjalan beriring tangan. Lelaki dan perempuan. Tiada ibu bapa di sisi. Tiada kakak atau abang kelihatannya. Lagaknya seperti orang dewasa. Singgah sebentar di KFC untuk membeli makanan bersama.

Aku melepaskan perasaan dengan penuh kecewa. Saat aku melewati sebuah restoran standard 'Five star' aku terlihat sepasang anak muda lelaki sedang bergelak ketawa. Aku cuba mengamati, kenapa? Astaghfirullah. Mereka melihat gambar-gambar perempuan seksi di laman sesawang. Di tempat umum???

Hmmm...

Fikirku ingin membeli air minuman.

Singgah sebentar di gerai buku. Mataku tertancap pada berita akhabar muka hadapan. Bayi dijumpai. Lagi??? Itu baru di akhbar. Kalau yang tidak di akhbar? Malah sehari juga beratus bayi lahir dan ditinggalkan tanpa belas kasihan. Kenapa hal ini berlaku di Malaysia?

Benar.

Ummat sekarang ini, semua jenis umat ada di zaman ini. Ummat Nabi Lut yang homoseks. Pengikut-pengikut Firaun yang membunuh bayi lelaki. Orang Arab Jahiliyyah yang membunuh bayi perempuan.

Salah siapa?

Panjang perbincangan dan kepincangan yang dikemukakan. Daripada kecil, kanak-kanak ini juga telah membuat esei di sekolah. Cara-cara membanteras jenayah. Cara-cara berdisiplin. Manfaat membaca buku. Manfaat aktiviti perkhemahan. Cara-cara membanteras gejala sosial.

Tetapi kalau sudah masuk telinga kiri kelar telinga kanan, apa lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membentuk masyarakat Islami?

Politik yang dasarnya pemikiran ad-dunya. Pengurusan ummat yang masih jauh lagi menggarap pemikiran Islami apatah lagi membudayakan budaya Islami.

Politik itu sebahagian dari dakwah

 Kita tidak boleh mengkesampingkan politik dalam dakwah. Perjuangan yang tidak akan pernah terhenti sehingga tertegaknya kalimah Allah di atas muka bumi ini. Masih belum cukup seandainya perjuangan itu hanya seorang sahaja yang berkorban. Bukan calang-calang korban malah mempertaruhkan nyawa dan harta.

Pemuda yang hebat itu bukan sekelip mata muncul tiba-tiba di ruangan masyarakat. Malah pemuda hebat itu belajar dan terus belajar akan syariat Allah. Tapisan Allah itu sentiasa berjalan dari setiap masa. Tentera Allah itu terpilih atas dasar mereka memilih diri mereka untuk menjadi tentera Allah.

Sungguh jalan ini sememangnya panjang.

Tahapan dakwah itu ada 4.

Pertama: Mihwar Tanzhimi 
Gerakan yang memerlukan individu yang jelas qawiyul amin sebagai paksi mengerakkan perjalanan dakwah. Jadi, proses pembinaan dan pengkaderan harus dilaksanakan untuk mencetak manusia sibghatullah (celupan Allah). Proses pembinaan karakter peribadi muslim ini memang membutuhkan waktu yang panjang. Ilmu dan praktikal Islami itu menadi budaya dirinya.


Lihat sejarah Rasulullah saw. Bagaimana mungkin Rasulullah menyampaikan dakwah itu tanpa pertemuan (liqo) dengan mutarabbinya? Bagaimana mungkin tiba-tiba Mus'ab Umair diutus ke Madinah untuk menjadi duta dakwah di sana tanpa liqo dengan Rasulullah saw? Bagaimana mungkin tiba-tiba setahun selepas tibanya Mus'ab Umair di Madinah datang 72 orang kepada Rasulullah untuk membuat perjanjian Hudaibiyah?

Itu dinamakan sistem pengkaderan.

Tersentap juga diri ini bila Mus'ab Umair boleh mengrekrut seramai 72 mujahidin dan mujahidaat dalam masa setahun. 2 orang setahun pun terasa berat.


Kedua: Mihwar Sya’bi
Pembangunan akar masyarakat yang Islami. Semunya mengikut syariat Allah. Adab-adab  sosial dan budaya Islami yang mengindahkan masyarakat Islami. Bermula dari 'Baitul Muslim' sehinggalah terbentuknya masyarakat Muslim. Bermula perwatakan di rumah sehinggalah pergaulan di luar rumah haruslah bersikap seperti Rasulullah anjurkan. Dari soal makan minum sampailah urusan hutang piutang.

Kekuatan aqidah itu tunjang utama. Bagaimana masyarakat itu mengutamakan Allah dalam segala hal hatta sebesar zarah sekalipun? Huh, berat pertanyaan ini. Selanjutnya, terhasillah masyarakat muslim yang profesional dalam mengindahkan apa-apa pekerjaan sekalipun, dengan budaya Islam.

Komited dalam tunjang 'Islamlah segala-galanya'.

Ketiga: Mihwar Muassasi
Gerakan dakwah itu seharusnya menyelusuri dalam setiap institusi dan pekerjaan hatta tukang cuci tandas. medan dakwah dalam tahapan ini rumit kerana meibatkan institusi besar termasuklah ekonomi, politik dan sosial. Tahapan ini mampu mengemban pengislahan masyrakat seluruhnya dan berupaya memperluas jaringan dakwah di mana-mana. Formal kan ayat?

Harus bagaimana aku ingin menyampaikan kepadamu?

Kalau nak ikutkan logiknya, tahapan ini sudah nampak tanda-tanda membangun negara Islam.


Keempat: Mihwar Daulah

Negara Islam yang diwujudkan oleh orang-orang yang berpemikiran Islam. Setiap sistem yang dijalankan termasuklah undang-undang negara semuanya bertunjang Islam. Semuanya mengikut undang-undang Allah. Bebas dan bersih sebagaimana Rasulullah saw ajari kita dahulu. 

Politik itu dakwah.

Rasulullah menyediakan perlebagaan yang adil kepada semua rakyat termasuklah rakyat 'zimmi'(bukan Islam yang berlindung atau menetap di negra Islam). Undang-undang Islam. 


Walau banyak jamaah atau kumpulan memperjuangkan Islam, jangan jadikan jurang itu sebagai masalah untuk kita berinteraksi dan bekerjasama dalam hal-hal sosial. Ummat ini membutuhkan pemuda yang basah dengan jiwa yang dekat dengan Allah. 

Terkadang itu saya pernah memerhatikan, boleh sahaja bersahaja dengan ikhwah atau akhawat berlainan jamaah, tetapi sesama jamaah sikap kita berlainan. Saya masih mencari rasionalnya di mana.

Politik itu indah kerana politik itu sebahagian dari dakwah.

Politik dalam dakwah ada dua; liqo/usrah/halaqah dan realiti politik.



Kata Aristotle,
Politik itu pembangunan akhlak. 

Kita semua berpolitik. Yeah.