Tuesday, December 10, 2013

Aku Cacat dengan Cinta

"Kenapa cinta begitu menyeksakan? Aku benci."
Quoted

Malam itu larut. Larut dengan bayangan angan-angan. Berteman sepi. Cuma apabila sahabat pulang ke halaman masing-masing, dia tentu keseorangan. Berteman sepi.

Dia menyandar pada tiang sebesar pemeluk itu. Melihat-lihat pesanan ringkas, kalau si dia ada memberi sesuatu. Ternyata tidak. Berhari-hari berlalu dengan kosong.

Apakah yang membuatmu begini? Apakah cinta kepada manusia sudah menembusi hatimu? Kenapa kau mengharap sesuatu yang tidak pasti? Apakah cinta Allah itu bukan yang paling agung dalam hatimu?

Matanya berlayar pada putaran kipas. Dari satu pandangan ke satu pandangan yang lain. Hatinya kurang selesa. Apakah ini penangan cinta? Kenapa cinta begitu menyeksakan?

Dia melangkah menjauh dari tempat sandarannya tadi. Dia menangis kerana tidak mampu melawan cinta manusia berbanding cinta Tuhan.

Apakah manusia itu berkuasa? Apakah manusia itu sentiasa ada saat dia memerlukan seseorang?

Tidak.

Apakah Allah telah membencinya sehingga Dia mencampakkan rasa cinta pada manusia melebihi cinta Tuhan? Apakah Allah tidak peduli? Apakah Allah yang menjauh?

Sebenarnya, aku yang menjauh. Aku menangis kerana aku dusta. Aku menangis kerana aku hilang upaya mencintaiMU, Tuhan. Aku cacat.

Keputusan yang Pasti

"Jangan membuat sesuatu keputusan dalam ketidakpastian." 
-SMP- 

Aku ingin membuat keputusan dalam ketidakpastian. Hati belum cukup mantap untuk memberi kata putus. Maka, keyakinan dan kebenaran datang daripada Allah.

Carilah kemantapan itu daripada Allah.

Friday, December 06, 2013

Kejadian dalam Bas

Apabila saya menaiki bas, saya tidur. Saya tidak akan membuat kerja lain. Kalau tidak mahu tidur, saya akan berfikir. Berfikir dan terus berfikir. Kadang-kadang banyak fikir tapi tak catit, bagi saya satu kerugian.

Semalam, saya menaiki bas. Bas Maharani. Selalunya kalau bukan Bas Maharani, Bas Mayang Sari lah mencekau duit saya. Saya sudah terbiasa dengan kedua-dua perkhidmatan bas di sini. Adakala laju. Adakala sederhana. Dengan musim hujan ini, saya lebih selesa kalau pakcik bas memandu dengan sederhana. Rasa aman.

Semalam, semasa ketiduran, saya terdengar orang menjerit.

Arrghh.

Saya terjaga. Saya lihat ke hadapan dan ke belakang. Siapa yang menjerit? Orang di sebelah saya turut terasa kekagetan itu. Kami memandang antara satu sama lain.

Tiba-tiba saya terdengar macam orang terlanggar kedudukan di hadapan. Saya bangun memandang ke hadapan dan nampak seorang pakcik sudah terjatuh di sisi badannya. Air liurnya bersepah di atas lantai. Ada auntie yang berada berdekatan dengannya terus melaju menyambutnya. Ada uncle yang lain turut memberi bantuan.

Uncle..uncle..uncle..!

Entah berapa kali uncle itu dipanggil. Tisu di sapu-sapukan sedikit di bibirnya. Dia seolah-olah menggelupur.

Uncle..uncle..uncle!!

Semua yang berada dalam bas berdiri di tempat masing-masing. Tidak berani untuk mendekati. Takut-takut rimas. Seorang wanita Filipina turut memberi bantuan dengan menggerakkan tangannya, mengurut kepalanya..

Uncle yang seolah-olah kena sawan itu pengsan.

Pakcik bas tadi pun bertanya, kenapa?

Setelah menelefon anak-anak uncle yang pengsan tadi, auntie tadi menelefon ambulans. Pakcik bas melorong bas yang dipandu ke tol Senawang.

Seketika kemudian, pak cik pengsan tadi pun bangun. Dia kaget. Kenapa ramai-ramai ni? Dia langsung tidak sedar apa yang berlaku.

Ambulans pun sampai. Seorang doktor dan petugas perubatan di bahagian kecemasan turut kelihatan. Soal siasat diadakan. Pengambilan darah dan semakan nadi turut dilakukan pada tempat kejadian.

Pertama kali saya berhadapan dengan kejadian seperti ini. Lalu uncle yang pengsan itu pun dibawa ke hospital. Auntie tadi tu pun ikut.

"Saya tolong sebagai kawan." Kata auntie itu.

Walaupun tidak pernah kenal, tetapi auntie itu sungguh bertanggungjawab apa yang terjadi pada uncle itu.

--

Akhlaknya Islami.

Wednesday, December 04, 2013

Duit daripada blog haram ke halal?

Saya agak teruja apabila Program Pencetus Ummah terbias keluarbiasaannya kepada umum di Malaysia. Saya juga terasa keluarbiasaannya. Mungkin boleh juga cari calon :P

Satu persoalan yang saya tidak pernah dan tidak pernah saya terfikir, halal ke duit yang kita dapat daripada blog? Dengan beribu-beribu views dan dengan itulah beribu-beribu duit kita masuk daripada blog.

PU Suffian
Duit daripada blog diharuskan. Namun diharuskan sekiranya tulisan atau perkongsian di blog itu tentang kebaikan dan pembangunan pemikiran insan juga ummah.

Sekiranya tentang gosip liar, tak bermanfaat bagaimana?

Fikir-fikirkanlah tentang duit yang kita dapat itu. Halal atau tidak.

Wallahua'lam!