"Kenapa cinta begitu menyeksakan? Aku benci."
Quoted
Malam itu larut. Larut dengan bayangan angan-angan. Berteman sepi. Cuma apabila sahabat pulang ke halaman masing-masing, dia tentu keseorangan. Berteman sepi.
Dia menyandar pada tiang sebesar pemeluk itu. Melihat-lihat pesanan ringkas, kalau si dia ada memberi sesuatu. Ternyata tidak. Berhari-hari berlalu dengan kosong.
Apakah yang membuatmu begini? Apakah cinta kepada manusia sudah menembusi hatimu? Kenapa kau mengharap sesuatu yang tidak pasti? Apakah cinta Allah itu bukan yang paling agung dalam hatimu?
Matanya berlayar pada putaran kipas. Dari satu pandangan ke satu pandangan yang lain. Hatinya kurang selesa. Apakah ini penangan cinta? Kenapa cinta begitu menyeksakan?
Dia melangkah menjauh dari tempat sandarannya tadi. Dia menangis kerana tidak mampu melawan cinta manusia berbanding cinta Tuhan.
Apakah manusia itu berkuasa? Apakah manusia itu sentiasa ada saat dia memerlukan seseorang?
Tidak.
Apakah Allah telah membencinya sehingga Dia mencampakkan rasa cinta pada manusia melebihi cinta Tuhan? Apakah Allah tidak peduli? Apakah Allah yang menjauh?
Sebenarnya, aku yang menjauh. Aku menangis kerana aku dusta. Aku menangis kerana aku hilang upaya mencintaiMU, Tuhan. Aku cacat.
No comments:
Post a Comment