Wednesday, March 25, 2015

Menikah

Makna Menikah
Menikah bukan mencari pasangan yang siap membahagiakanmu, tapi yang siap kau bahagiakan.
Menikah bukan mencari pasangan yang siap menghadiahimu kemewahan, tapi yang siap diajak bersama menjadi partner menuju kesuksesan
Menikah bukan masalah mencari pasangan yang tampan atau cantik, tapi bagaimana caranya agar engkau bisa menjadi pribadi terbaik dengan hati yang tampan atau cantik.
Menikah itu bukan sebuah ajang gengsi yang membuat kita memilih yang paling pintar, tampan/ cantik dan kaya, tapi sebuah niat mulia untuk meraih mimpi bersama.
Kalau kamu masih belum bertemu dengan jodohmu.
Periksalah kembali niat di hatimu.
Mungkin, masih ada niat duniawi yang terselip, sehingga Allah masih tak mempertemukanmu dengan jodoh yang kau tunggu
Perbaikilah niat itu, agar engau bertemu jodoh terbaik dunia akhirat.

Atas Pasir

"Aku harap bekas tapak kaki aku itu bekas kebaikan. Yang mana semua orang boleh ikuti bekas tapak kaki itu walaupun orang itu tak tahu milik siapa bekas tapak kaki itu."

Alyaa Sakinah, 2015

Tentera Paku 1

Naik bas. Duduk sebelah lelaki. Entah siapa. Tak selesa, ganjak kerusi hadapan.
"Hehe, kak, kerusi ni kosong tak? Boleh saya duduk sini?"
"Boleh..boleh.."

Mulalah perkenalan saya dengan bakal pegawai tentera paku 1.

Orang kampung sebelah je. Dan saya sangat kagum apabila dia antara
yang menjaga batas antara lelaki dan perempuan. Memang kurang
selesa apabila bermalam di hutan dengan sekumpulan lekaki yang lain.

Dia nasihat, kitalah sebegai perempuan kena berjaga diri.
Bila kita bertegas, kawan-kawan lelaki yang lain akan
menghormati kita walaupun kadang-kadang dalam aktiviti
memang tak dapat mengelak daripada memerlukan kudrat lelaki.

Kalau ada orang yang mengelak solat, selalunya ada di antara
mereka akan menasihati. Akan mengingatkan. Akan mengajak
bersama.
---
"Masuk tentera ni tidak perlu pun badan tough ke apa, tetapi memerlukan mental yang kuat" - Shima, 2015 ((Bachelor of Science and Technology (Computer System Security), UPNM))

Temasik Singapura

Hafidzi Mohd Noor
-----------------------

Pandan di tengah di langkahi
Darahnya titik di Singapura
Jasadnya terlantar di Langkawi"

Singapura adalah legasi umat Islam. Ia berdiri dengan darah dan air mata umat Islam.
Bila disebut Singapura di angkat Stanford Raffles, di sebut David Marshall dan kini Lee Kuan Yew yg baru sahaja meninggal dunia. Stanford Raffles dijulang sebagai The Founder of Singapore. Lee Kuan Yew sebagai The architect of modern Singapore.
Di manakah Tun Jana Khatib.
apakah generasi hari ini pernah mendengar ini.
"Telur itik di Singgora
Siapakah pendakwah dari Pasai ini dan apa hubungannya dengan Singapura? Apa hubungannya dengan kesah Singapura di langgar todak, apa hubungannya dengan serangan Majapahit.?
Apa yg berlaku pd 1819. Apakah yg berlaku pd tahun 1824? Sehingga Buya HAMKA menyebut Singapura ibarat 'burung yg terlepas dari tangan". Hendak mengimbau tanah warisan ini pergilah ziarah bangunan tinggal di Kampung Gelam.
Siapa dia ust Nurul Alam dan hubungan dengan peristiwa Dahagi 1915 di Singapura? Apa hubungannya dengan khilafah Uthmaniah?
Apa yg berlaku pd 14 Feb 1942? 45 orang dari Company C Regimen ke 2 bertahan sehingga titisan darah terakhir di Bukit Chandu Pasir Panjang.
Apa yg berlaku pd tahun 1950. Apa hubungan Abd Karim Ghani dan Dr Burhanuddin al helmi dgn gadis Belanda Natrah. harga yg dibayar begitu mahal. Mansur Adabi terpisah dari isterinya dan 11 orang dijatuhkan hukuman gantung gagal dipertahan oleh peguam muda yg bernama Ahmad Ibrahim.
Singapura adalah legasi umat Islam. Ia berdiri dengan darah dan air mata umat Islam.
Singapura adalah sebahagian dari Johor, Kepulauan Riau dan Bintan. Ia adalah warisan Sultan Mahmud, Raja Ahmad, Raja Hussin Syah, Temenggung Abd Rahman.
Ia adalah ibarat 'burung yg terlepas dari tangan"

Polis 208

Selamat Hari Polis ke 208
Berkhidmat untuk negara dan bangsa.. hoyeah!
Kelmarin ke pulau, saya berborak dengan seorang 
bekas polis. Umur 40-an. Katanya pencen awal. Dah 
merasa banyak tempat. Akhirnya balik kampung. 
Pulau tioman giteww.

Salah satu sebab dia pencen awal ialah orang atas 
banyak arahan yang tak betul. Dia kata dia takut Tuhan 
nanti soal apa kat dia. Dia nak hidup bahagia dengan 
keluarga dan nak keberkahan kehidupan dari Tuhan.

Kepada polis di luar sana, jadilah polis yang adil dan 
jadilah hamba Tuhan yang sebenar-benarnya.
Saya tak pernah bercita-cita jadi polis tapi saya bangga 
dengan kecekapan dan kecanggihan polis Malaysia 
(tengok cerita Gerak Khas musim baru).