Hafidzi Mohd Noor
-----------------------
Pandan di tengah di langkahi
Darahnya titik di Singapura
Jasadnya terlantar di Langkawi"
-----------------------
Pandan di tengah di langkahi
Darahnya titik di Singapura
Jasadnya terlantar di Langkawi"
Singapura adalah legasi umat Islam. Ia berdiri dengan darah dan air mata umat Islam.
Bila disebut Singapura di angkat Stanford Raffles, di sebut David Marshall dan kini Lee Kuan Yew yg baru sahaja meninggal dunia. Stanford Raffles dijulang sebagai The Founder of Singapore. Lee Kuan Yew sebagai The architect of modern Singapore.
Di manakah Tun Jana Khatib.
apakah generasi hari ini pernah mendengar ini.
"Telur itik di Singgora
Siapakah pendakwah dari Pasai ini dan apa hubungannya dengan Singapura? Apa hubungannya dengan kesah Singapura di langgar todak, apa hubungannya dengan serangan Majapahit.?
Apa yg berlaku pd 1819. Apakah yg berlaku pd tahun 1824? Sehingga Buya HAMKA menyebut Singapura ibarat 'burung yg terlepas dari tangan". Hendak mengimbau tanah warisan ini pergilah ziarah bangunan tinggal di Kampung Gelam.
Siapa dia ust Nurul Alam dan hubungan dengan peristiwa Dahagi 1915 di Singapura? Apa hubungannya dengan khilafah Uthmaniah?
Apa yg berlaku pd 14 Feb 1942? 45 orang dari Company C Regimen ke 2 bertahan sehingga titisan darah terakhir di Bukit Chandu Pasir Panjang.
Apa yg berlaku pd tahun 1950. Apa hubungan Abd Karim Ghani dan Dr Burhanuddin al helmi dgn gadis Belanda Natrah. harga yg dibayar begitu mahal. Mansur Adabi terpisah dari isterinya dan 11 orang dijatuhkan hukuman gantung gagal dipertahan oleh peguam muda yg bernama Ahmad Ibrahim.
Singapura adalah legasi umat Islam. Ia berdiri dengan darah dan air mata umat Islam.
Singapura adalah sebahagian dari Johor, Kepulauan Riau dan Bintan. Ia adalah warisan Sultan Mahmud, Raja Ahmad, Raja Hussin Syah, Temenggung Abd Rahman.
Ia adalah ibarat 'burung yg terlepas dari tangan"
No comments:
Post a Comment