Alhamdulillah~
MashaALLAH,akhirnya terbuka sedikit ruangan untuk saya berkongsi sedikit pengalaman dengan anda sekalian.
Saya rasa amat bertuah dikurniakan kekuatan dan peluang untuk menyertai KEM D' HUTAN walaupun tidaklah berada di hutan betul2 sepanjang program dilaksanakan. Tetapi pengalaman itulah memberikan kita sesuatu ilham untuk kita belajar sesuatu yang amat berharga yang diperoleh melalui pengalaman sebegini.
26-28 Februari 2010
Perjalanan awal tidaklah memenatkan memandangkan tenaga masih disimpan untuk aktiviti sepanjang di sana. Pengalaman tersesat ketika menuju ke sana (KEM NUR LEMBAH BESTARI)itu menjadikan kami lebih peka pada arahan dan arah jalan. Bak kata sahabat,"Kena tahu jalan2 ini, kaalu tak bila dah dapat stereng, susah nanti". Ketika menaiki jalan yang berbukit bukau itu, kami agak tergolek-golek ke sana-ke sini. Al-maklumlah pemanduan yang agak laju pada ketika itu. Malam itu, kem ini hanya dihadiri oleh para 'committee' sahaja.
ketika mendengar penyampaian drp pentaujih
Malam itu, kami diisi dengan pengisian yang berbekas di hati. Kata pentazkirah, keberadaan kita semua bukan satu kebetulan, tetapi sudah ditaqdirkan ALLAH. Ya, ketetapan yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Jadi, beruntunglah orang2 yang telah dipilih oleh ALLAH. Sempena Maulidurrasul, kami berselawat shifa'. Sungguh bermakna malam itu apabila belajar Bahasa Arab yang semakin samar2 di ingatan saya.
Malam itu juga, kami bertungkus lumus 'berbarbeque'. Melalui pengalaman mengipas yang dibakar itu, saya tahu serba sedikit cara2 mengipas yang sebenar, bila makanan(ayam,daging kambing,nenas...) dah terbakar perlu buat apa, bila dah panas sangat buat apa, kenapa sampai terbakar?...saya suka kerana saya belajar 'live skill' pada malam itu. Tidak lupa juga kepada akhawat malam itu, kami 'recall' peribahasa Al-lughatul Arabiyah. Alhamdulillah, terima kasih kepada akhawati~
~diana ketika berbeku~
Pengembaraanku terus berlalu...
Misi utama pada pagi 27 Februari : Pendaftaran untuk peserta
Agak berdebar2 tunggu mereka yang tidak sampai2. Kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan segalanya. Jadi, kesabaran di sini diuji~
Misi utama pada pagi 27 Februari : Pendaftaran untuk peserta
Agak berdebar2 tunggu mereka yang tidak sampai2. Kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan segalanya. Jadi, kesabaran di sini diuji~
ICE BREAKING
Kakak Tua :
Kakak Tua :
1) Irfan
2) Adlan a.k.a Kasim
2) Adlan a.k.a Kasim
3) Arif
4)Nurul Sakinah
5) Siti 'Aliah Hafizah
6) Alyaa Sakinah
7) Siti Maryam
8) Aliana a.k.a Maya Karin
Saya sejujurnya suka pada setiap program yang dijalankan. Terutamanya 'jungle trekking' yang agak mencabar. Namun tidaklah secabar 'trekking' yang pernah saya hadiri sebelum ini. Hehehe.
pak wan
Pacat~ Alhamdulillah,nasib baik saya tidak terkena. Namun agak ngeri bila tengok sahabat2 yang lain terkena...berdarah2. MashaALLAH. Pengalaman itu menjadikan saya lebih berhati2 ketika melangkah. paling 'masyuk' ketika melalui jalan yang curam. Andai kita tersalah langkah, selamatkah kita tanpa pertolongan ALLAH? Terdetik sesaat. Mungkin kita boleh diselamatkan dalam 'trekking' oleh penyelamat2 yang pro, namun andai itu jalan dan haluan kita tersasar, masihkah kita diberi peluang oleh ALLAH untuk kembali pada jalanNYA? Terdiam sebentar.
Malam 27 Februari, kami diberi tugasan untuk mempersembahkan sebuah lagu untuk 'Cultural Nite'.
~Enjit2 semut, siapa sakit naik atas 2x~
Komen : Wak Nazri ~ persembahan biasa
Kak Nadia~ persembahan kurang kreatif
Ustazah Yazilmiwati ~ ada mesej, tetapi biasa
Mr. Zzz Zawawi ~ biasa juga
Tidak mengapa, asal ada mesej yang hendak disampaikan. Lirik lagu tuh boleh minta kepada saya andai mahu~ (^_^)
Saya mahu berkongsi banyak lagi dengan anda semua~ Namun, tunggulah...penantian itu satu kesabaran.
regards,
ASAR
No comments:
Post a Comment