Warkah daripada saya~
Bukan saya yang tidak mahu berkongsi cerita dengan kamu. Tetapi masa membataskan saya. Saya hanya mampu buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik. Saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang saya melalui liku2 hidup ini dengan kamu agar yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk itu dijauhkan. Saya sangat teruja selepas meniti saat kem di Kem Nur Lembah Bestari,sementara ingatan itu masih melekat,izinkan saya mencelah seketika masa kamu buat seketika~
pagi 27 Februari,
Pagi yang masih hening untuk bangun. Namun perjuangan hidup masih perlu diteruskan. Agenda kami sepanjang hari ini, Peluang Kedua, Explorace JAMEKA, 'luahan rasa', Penutup...
Peluang Kedua
Tazkirah tentang kematian (Zikrul Maut). Fasa kematian mempunyai tahap yang tertentu. Fasa kematian hanya betul2 dirasai ketika masanya sudah tiba dan malaikat maut tidak akan terlepas pandang walau sesaat itu terhadap manusia kerana patuhnya malaikat2 ALLAH terhadap penciptanya, ALLAH Taala. Video klip yang ditunjukkan oleh USTAZ SABRI dan USTAZ ZAWAWI benar2 terkesan di hati. Bagaimanakah keaadaan aku sewaktu sakaratul maut??? Bagaimanakah??? Terfikir sehingga kami takut...kadang2 kita banyak sangat ketawa. Tetapi ketika kita ketawa, malaikat maut turut memandang ke arah kita??? andai ketawa itu bukan kerana ALLAH, andai kita mati saat itu...apakah kesudahan kita di akhirat kelak??? Kami hanya terfikir dan menjadi topik perbualan yang hangat ketika kami pulang ke asrama.
Explorace JAMEKA (jangan mengaku kalah)
Kesungguhan yang diberikan benar2 menjadi pengajaran buat saya. Andai kita kesungguhan kita dalam beribadat juga...kita akan berjaya menggapai pundak ke SYURGA kelak. Andai setiap langkah yang kita lakukan dan bertapak di atas bumi ALLAH, kita akan merasai kebahagiaan yang tidak terhingga.
'LUAHAN RASA'
Saya agak tersentuh bab ini. Saya amat kagum dengan cerita masing2. Kisah dan pengalaman mereka membuatkan hati saya tersentuh. MashaALLAH, inilah hamba2MU yang amat bersyukur ketika berjuang dalam kehidupan. Saya akan sentuh topik ini akan datang.
Selamat ketemu,
Regards from ASAR
No comments:
Post a Comment