alhamdulillah, wal hamdulillah, wal hamdulillah!!!
kali pertama saya ingin membuka keputusan peperiksaan akhir asasi,,,saya amat berdebar2. sebelum keputusan itu dilihat, ada seseorang yang mengajak saya solat dhuha dan solat hajat. semoga keputusan yang bakal dilihat nanti akan benar2 kita redhai. saya benar2 terkesan dengan solat2 tersebut. masyaALLAH, betapa hebatNYA ALLAH,,, saya meneruskan langkah2 kemuncak dengan menggerakkan jari-jemari untuk mencari2 halaman keputusan yang amat dinantikan secara online.
segalanya telah ditentukan,,,
alhamdulillah, akhirnya saya lulus. ALLAH amat tahu apakah yang terbaik untuk hamba2NYA. saya kini sedang meneruskan langkah2 yang baru sahaja saya mulakan 2 minggu yang lalu di Monash University dalam bidang Bioteknologi. Umi tiada di sisi saat saya mendapat keputusan itu. Umi pasti gembira. saya terus menggapai ganggang telefon untuk menelefon umi yang sedang dalam perjalanan ke perak untuk menghadiri satu kursus. Umi, akak LULUS!!! Saya tahu, umi sangat2 gembira,,, seperti biasa umi akan membuat kenduri kesyukuran di surau berdekatan. abahlah yang paling sibuk menguruskan majlis itu nanti.
~Ingatlah bahawa kejayaan yang hakiki adalah meraih syurga-Nya. Jangan lupa untuk lakukan sujud syukur~
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yan...g baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar." [As-SafF:13)
status masing2 meletakkan puji2pujian kepada ALLAH. masing2 berjaya meraih kejayaan itu. namun bersabarlah jika keputusan itu bukan kehendak kita. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita. janganlah kita merasa lemah.**************
terkejut!!!
sekali lagi saya terkena kejutan budaya. saya akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana di universiti. masih memerlukan masa unutk mencari peluang dan ruang yang serasi dengan kita. namun saya amat bertuah kerana dikurniakan kakak2 senior yang best dan salimg mengambil berat antara satu sama lain. BIAH SOLEHAH sedang menanti dihadapan. saya juga ingin menyumbangkan sesuatu walau sekecil mana kepada biah tersebut.
terlelap!!!
terlelap atau saja2 tidur,,,???
bak kata ukhti mindset perlu ditetapkan kepada tahap yang benar2 diperlukan ketika belajar. buat persediaan yang sebenar2nya. wuduk,,,doa,,,tumpu,,, gula2 atau air kopi hanya iringan sahaja. sebenarnya kita mampu untuk melawan perasaan yang bermain2 di benak kita. jadi,,, KITA BOLEH!!! jadi, nasihat kepada kawan2 yang nampak kawan2 yang terlelap, ajaklah dia untuk melawan perasaan mengantuk itu. berikanlah dia semangat.
sejenak merenung,,,
SUKA atau DUKA
PAHALA atau DOSA
AL-QURAN atau MAJALAH PICISAN
KEREDHAAN-NYA atau KEMURKAAN-NYA
KEBAIKAN atau KEBURUKAN
BERKHASIAT atau BERPENYAKIT
MANFAAT atau HIBURAN
Bersama-samalah kita refleksi diri..
Ruang untuk memperbaiki kelemahan diri sentiasa terbuka luas bagi orang-orang yang mahukannya..
* mahu berceloteh lagi panjang,
semoga diberikan lebih ruang,
berdoa satu jemaah dalam berjuang,
manfaatkan masa jangan lengang,,,
4 comments:
alhamdulillah!!!
tahniah alyaa! semoga perjalanan yg seterusnya ini sentiasa dipandu oleh Allah..:) insyaAllah sy akn cuba menjadi sahabat seperjuangan yg baik;)
:)
syukran hazirah. saya sayang kamu juga.
syaza>>> =)
Post a Comment