Friday, August 27, 2010

~Gila Silat~


di suatu pagi yang hening aku masih bisa mengorak langkah ke suatu tempat. tempat yang tidak pernah aku singgah sebelum ini. cahaya matahari samar2 mencelah di antara dedaunan yang merimbun. langit Tuhan yang pembinaannya menakjubkan. hamparan di selautan bumi terbentang megah atas kebesaran Tuhan. kenderaan ciptaan manusia kelihatan bergerak ke suatu destinasi yang mungkin pasti dan mungkin tidak pasti. bangunan ciptaan manusia kian rancak memandangkan masa turut mengorak langkah ke tengah hari. aku masih di situ menantikan seseorang yang mungkin aku kenalinya cukup baik. jarum jam menunjukkan hanya beberapa minit lagi akan tiba jam 9. Oh, dimanakah kamu? masih menunggu dengan penuh sabar dan keyakinan bahawa dia pasti akan hadir sebentar lagi. hari itu memang menguji kesabaran. kesabaran yang dijanjikan Tuhan kepada kebaikan.


"awat hang lambat? betul ka kenderaan ini menuju ke destinasi kita nak pi?" gerutu datang hati bila dia datang dengan penuh gaya ala2 hero filem bollywood. "hah,naik nak!" pak cik itu bersuara dr tempat pemandu bas mini yang comel. "OKEH!!!"


mana depa pi? wahai ukhti, depa kata hari ini kan? aku semakin cuak. kesabaran semakin diuji apabila tiba di tempat kejadian tiada sesiapa pun di situ. kanak2 semakin ramai memenuhi ruang padang di situ. kami pula menghabiskan masa yang ada dengan bermain ala2 kanak2 ribena. alang2 sudah ada taman permainan kanak2, kami bermain dengan girang sekali sambil menceritakan kisah zaman muda2 dulu.


SILAT SETIABAKTI

kami mulakan langkah dengan membuka gelanggang silat. inilah saat2nya. rindu semakin membara dengan silat. aku semakin bersemangat. yeah, riadah di pagi hari!!! saat2 sejarah itu sudah berlalu akhirnya cikgu azlan memberi kami serikandi wanita untuk belajar seni bela diri wanita. istimewakah sang hawa? aku hanya tersengih sepanjang pembelajaran. pelbagai pelajaran yang dipelajari. Wow!!! detik demi detik masa berlalu. peristiwa demi peristiwa telah berlaku. pengalaman demi pengalaman aku jalani. cikgu kata kalau tiba masanya ada latihan serang dan menanti, ambil seninya sahaja. AMBIL SENINYA SAHAJA. kalau boleh setiap kali latihan aku akan mengingatkan diri aku yang sering lalai. hari ini sahaja aku telah tangan ukhti lebam. maaf,saya lupa akan pesanan itu!!! tapi awak kata awak tidak kisah. saya pun jadi serba salah. dan kejadian itu berulang pada hari latihan berikutnya. kali ini bibir awak berdarah. saya tidak sengaja. awak menjadi pucat. saya menjadi takut. perasaan tiba2 nak quit dr silat. pesanan cikgu silat dulu, cikgu zamir, peristiwa berdarah dan patah riuk tuh memang menjadi kebiasaan kepada anak2 silat. so, aku menjadi tidak kisah sangat apabila pesanan itu menerpa ke dalam ingatan. tambah2 lagi lebam sikit2 itu.


kali ini saya menjadi suka dan sangat2 bersemangat menjalani latihan silat walaupun pada awalnya saya menolak untuk menyertai. demi ilmu, saya sertai. saya sayang silat. sayang tidak meneruskan silat. jadi, saya mengambil keputusan untuk meneruskan silat. akhawati banyak kali mengingatkan diri,

"kalau masih ada masa untuk teringat akan bukan2 yang boleh mengundang penyakit hati, lebih baik sertai program ilmu yang ada di depan mata."


antara video yang menarik ditonton~







4 comments:

Unknown said...

hmm

Unknown said...

loikeeee~~~
rindunye zaman masal dulu...
rindu gerak tari silat dulu..
setiabakti xnak anta orang dah ke?
kite 4 org leh msuk masal..olagraga ke..huhu

. said...

minat sungguh ya kamu?

Unknown said...

yup,,,sudah terjatuh chinta!,,,syah insALLAH akan dtg nih