Tenang itu sukar ternampak.
Ia ada dalam jiwa.
Jiwa yang tenang jiwa yang dipilih.
Dipilih olehNya.
Tenang itu bagai satu rahsia.
Sukar diungkap oleh kata-kata.
Sukar dilihat oleh mata-mata sang pelaku dosa.
Bahkan tidak tercapai oleh Si Pencinta Dunia.
alhamdulillah wal hamdulillah,,,nukilan hati buat anda semua,,,
HARI INI dan SEMALAM
aku merengek
ketika aku kecil
aku merajuk
bila cuba dipujuk
aku berlari mendapat umi
aku semasa kecil
aku seorang yang nakal
bermanja dengan guru
menjadi sebutan guru
sekolah itu menjadi saksi
aku semakin dewasa
melangkah ke medan hidup
perjuangan Rasulullah
akan diteruskan
waktu menjadi saksi
ketika aku rebah
kadang2 tersungkur
namun itukah pengakhirannya?
aku bukan aku yang dulu
ada cita2 hidup
bukan hanya dunia semata2
jadi
aku harus bangkit
bangkit dengan semangat izzatul ISLAM
semoga langkahku ini tidak mati
dek kerana dugaan
biarlah hidup dengan kekuatan
kekuatan yang dipinta menjelang dinimalam
kekuatan dari MAHA MENCIPTAKAN
p/s SELAMAT HARI LAHIR, WAHAI ASAR!!!
~0408~
4 comments:
suka yang paling atas sekali
bguih2.. selamat hari lahir.. hang kat skulah baik jew.. haha.. aku yg nakal.. moga2 jd muslimah yang baik.. amin
:) sayang kamu!
sayang juga syazana.
terima kasih ye asyraf~
Post a Comment