Wednesday, November 10, 2010

CinTA SejaTi





assalamualaikum. bagaimana imanmu? bagaimana mutabaah ibadahmu? alhamdulillah. segala akan ok-ok bila kita ok-ok dengan ALLAH. pesan ukhti, hadirkanlah ALLAH bersama setiap kali ada urusan. kena tanya dan ajak ALLAH bersama. indahkan bila kita saling mengingati.

PEMBERI CINTA SEJATI~

kata orang, tak kenal maka tak cinta. kata orang lagi, bila cinta itu datang, kita automatik TING jadi pemberi. beri kata-kata yang best-best. indah untuk dibaca. meluahkan rasa cinta selalu. beri hadiah yang comel. beri kata-kata semangat. beri apa lagi ye? he88

nak dikatakan cinta sejati itu lagi hebat. hebat yang luar biasa. bagaimana kehebatan itu? kaifa? ka
ifa?

cinta sejati akan memberi dan terus memberi tanpa mengharapkan balasan. nak dikatakan walau kita berpaling, dia tetap memberi. memberi tanpa meminta. memberi tanpa berharap balasan. itulah CINTA ALLAH. ALLAH kata, tak kisah kalau kita berpaling daripadaNYA, tapi ingat, berpalingnya kita pada ALLAH menjatuhkan kita ke arah neraka yang sungguh dahsyat penyeksaannya.

kita tiada apa2. kosong. waktu lahir kita pun tiada sehelai benang pun membaluti tubuh kita. malah nama pun orang lain yang bagi. kita tiada apa2. we are nodes. nodes mean zero probability density<<

kembali kepada fitrah.

sejahat2 anak yang kaki meronggeng, bila ibu mati pun akan balik, duduk tepi ibu dan baca yaa sin untuk ibunya>>>edited daripada kata2 ustaz HASRIZAL bila menjenguk kami di sunway uni. college.

so, as long as we are still live, believe in ALLAH and always be a grateful 'abdullah. we will categorized into muflihun (orang2 yang beruntung). insyaALLAH.

berbalik kata cinta. cinta ALLAH itu lebih dan lebih dan lebih lagi daripada cinta seorang ibu kepada anaknya. besarnya cinta ALLAH kita sedari bila kita mula belajar makna syukur. nak dikatakan, pegorban
an dan kasih sayang ibu terhadap anaknya itu hanya secebis daripada sifat arRAHMAN arRAHIM ALLAH. tengok tak cerita cerekarama 'AKU INGIN KE SYURGA'? T.T betapa besarnya kasih sayang ALLAH bilamana ALLAH bagi ujian kepada dia untuk dia kembali kepada ALLAH. UJIAN itu indah.

UJIAN itu satu pemberian kepada kita. UJIAN itu rezeki. Ujian mengajar kita untuk bersyukur. contoh. result peperiksaaan, tiba2 TING TONG...kantoi,kantoi,kantoi. belajarlah bersabar. belajarlah erti syukur. maka kelapanganlah untukmu.

jadi, hidup untuk memberi.

Hadis Kesembilanbelas

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
" Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ),
lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

*catitan selepas peperiksaan Chemistry yang sungguh...mencabar
*lagi2 sebelum itu peperiksaan MICROECONOMICS yang saya sayang.
*selepas ini menanti satu lagi paper. BIOLOGY yang saya kagum.
MONASH i'll be there for you. only for the monday. hu88.

>>>comelnya dia. senyum itu indah.

No comments: