Friday, March 25, 2011

Anak-anak Umi Abah


Terkenang adik-adik di rumah. Apa cerita korang kan? Rindunya wahai adik-adikku. Walau beberapa bulan tidak berjumpa, namun di hati ini selalu teringat kat korang.

*ayat di bawah merupakan betul-betul percakapan hati saya. so just baca je la ye. tapi agak kasar sedikit*

Weyh, nak dengar cerita tak? Aku menangis keharuan bila mendengar berita dia. Ye la en. Baru-baru ni ada keluar result SPM. Kan? Aku tak terkata bila aku ceritakan kejayaan dia pada orang lain. aku mahu seperti dia. Dia...

*tukar tone*

Saya pernah post tentang dia dan keluarga dia sebelum ini di sini.

Saya rasa amat bersyukur. Kejayaannya 11A+ ditambah lagi menjadi pelajar cemerlang maahad muar plus Ketua Pelajar lagi-lagi pelajar cemerlang tahap terbaik JOHOR, saya rasa macam nak........... Sungguh terharu, subhanallah.

Anak-anak umi dan abah. Tajuk video yang sempat dirakamkan oleh saudara beliau. Walaupun tiada umi dan abah di sisi, hampir sahaja tumpah air mata di kaca TV,
aku tahu kau tahan.
aku tahu kau redha.
aku tahu kau syukur.

Dia ketua keluarga. Dia sungguh matang.
Memimpin diri dan memimpin keluarga.
Walau masih belajar, dia bertanggungjawab atas adik-adik dan kakak-kakaknya.
Tanpa rasa berat kau terima.
Tanpa rasa sakit kau redha.

*siapa kata student tak boleh bina keluarga sendiri? secondary school student pulak tuh*

Umi saya kata, mak bapak orang baik. Anak-anak tentu baik. Anak-anak semua menjadi pula tu. Soleh wa solehah. Musleh wa Muslehah.

Sahabat saya kata, mereka kehilangan sesuatu tetapi Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Saya hanya mampu untuk mengatakan, mereka HEBAT!!!

Antara video di berita astro awani >>> ahmad ibrahim zakaria

Wednesday, March 23, 2011

berehat sebentar dgn IMPIAN!!!


seronok plus rindu.

bergeronjeng hari minggu di laman sungai plus lumpur plus hutan
. perjalanan ke sana yang menyeramkan dan menuntut hak kesabaran setiap saat. sesat plus jammed. *sabar duhai diri*

dakwah seperti air terjun.
:: tanpa adanya kita juga, dakwah akan tetap terus berjalan dan berjalan. terus laju meninggalkan kita yang ketepikan dakwah dengan mencari dan membina generasi baru. umpamanya air bertakung.

:: air terjun kalau bertakung jadi apa? *tak best dah kan*
oleh itu, kita kene teruskan perjalanan bagai lajunya air mengalir yang tiada putus sehingga hujungnya.
:: kukuhnya binaan itu umpama seteguhnya hati kita. letakkan bendera kemenangan bila takliful Qulb berjaya kita takluki.



ukhuwah yang dirasai.
:: mencari cermin mata saya yang tenggelam. masing-masing kisahkan hal saya.
"hey, spec alyaa. mane spec alyaa." kelam kabut akak tuh. saya baru jer timbul atas air. akak tu sudah perasan. sayang kakak.


::coretan selepas membuat bio lab report.
::doakan kemudahan kita semua atas urusan dunia yang kecil ini.

::aisyah abu bakar!!! aisyah MUJAHIDAH!!!

Solatlah kamu di mana-mana sahaja.
:: agaknya iman para sahabat tinggi pada zaman rasulullah kerana mereka betul-betul sujud di atas tanah. mereka terasa kerendahan hati yang amat sangat. remind us that we are going to buried in the soil!


Sunday, March 20, 2011

Only one...

Di mana DIA dihatiku?

Pak ustaz kata, hidup kita bukan untuk bersenang lenang .

Kakak kata lagi, hidup bukan untuk diri sendiri tanpa pedulikan orang lain.

Akhirnya kita sakit mengejar dunia. Akibat terlalu penat mengejar dunia.

Saturday, March 19, 2011

dia temanku.

assalamualaikum. hey engkau. subhanallah. sudah lama kita tidak bertemu.
kami berpelukan. erat. sungguh erat. aura persahabatan semakin dirasai.
wsalam wbt. wahai teman. sudah lama saya ingin berjumpa dengan kamu.di mana kamu selama ini?

aku beginilah. masih berpakaian compang-camping. comot-momot. tapi lihat engkau sudah berubah jauh sama sekali dengan aku. apakah rahsia kau?

saya berpakaian kemas, semakin bersopan santun, hormat-menghormati, sayang menyayngi kerana ada sesuatu yang mungkin saya rasa hanya saya yang miliki.

dia tercengang. apalah ayat seterusnya yang dia akan katakan? sudah berkahwin kah? ade boyfriend ke? hebat betul dia ni...

saya ada Allah di hati yang selalu menyayangi saya.

hatinya terasa tenang tatkala ayat itu meluncur daripada perbicaraan mulut temannya itu. hatinya bagai dipanah cinta syurga. setitik demi setitik berguguran kerana kekhilafan dirinya yang sudah lama menjauhkan diri dengan ALLAH.

*ahh, manusia itu pelupa. lupa yang dia berpijak di bumi tuhannya. lupa yang dirinya juga bertuan. lupa akan nikmat yang dia kecapi itu milik tuhannya. siapa tuhanmu? ALLAH!!!!

Tuesday, March 15, 2011

Mari Bangkit!

Awal Subuh yang hening

Antara perkara yang saya belajar daripada murabbi-murabbi dalam proses tarbiyah ini ialah sentiasa berusaha untuk bangun awal pagi sebelum azan Subuh berkumandang. Kata Murabbi saya :

“ Waktu awal pagi yang hening adalah waktu yang sangat istimewa bagi orang yang beriman. Ia waktu bermunajat, menangis dan mengadu kepada Kekasihnya. Amalan bangun awal ini adalah amalan para Rasul terdahulu, para sahabat dan juga amalan orang yang soleh dan warak.”

Saya berazam, bertekad dan merancang untuk berusaha untuk bangun sebelum azan subuh. Pernah dalam satu penyampaian seorang sahabat ada menyebut :

“ Kata seorang ulamak, jika seorang mukmin itu bangun selepas azan Subuh itu tandanya dia adalah seorang mukmin yang lalai.”

Tersentak hati saya. MasyaAllah.

Penawar hati, jiwa, perasaan dan sanubari insan. Sangat mujarab!

petikan blog bro hamzah. mari melawat ramai-ramai!

subahanallah. saya juga tergamam apabila membaca. saya tersentak. fikir saya tentang sejarah ummat terdahulu. bagaimana sejarah perjuangan imam Syafie yang mana solat tahajud sejak berumur 7 tahun lagi. sudah pastinya dia bangun awal sebelum subuh. subhanallah. Allah melimpahkan rahmat ke atasnya dengan menjadikan dia seorang yang hidup mulia dan matinya juga mulia.

imbas juga kembali pada zaman khulafa' ar-rasyidin. bagaimana kehidupan al-Farabi, al-Ghazali, Ibn Sina, al-Razi yang menjadikan Allah di hati mereka sebelum mereka melakukan apa-apa pun. sehinggakan Allah memberi mereka kemudahan menuntut ilmu dan ilmu itu disebarluaskan seluruh dunia. betapa besarnya jihad mereka dalam menegakkan daulah islamiyyah dengan ilmu.

mari kita beramai-ramai berebut peluang jalan ke syurga ini.

saya mahu sama-sama kita senyum melangkah ke syurga kelak.

jadi, mari amalkan gaya hidup sihat dengan bangun awal pagi sebelum subuh!

:)

Tuesday, March 08, 2011

bukan nafsu

pantang tanpa laluan yang sah.
pantang tanpa laluan ketetapan daripada ALLAH.

saya.
saya.
sememangnya tegas.
dalam bab itu.
tolong fahami jalan tarbiyah Rasulullah.

saya mahu pilihan ALLAH.
bukan nafsu semata.

Wednesday, March 02, 2011

terintai di balik tirai

budak itu terintai-intai
ke mana semua manusia
tertanya-tanya
mengapa semua mendiamkan diri
terfikir-fikir
buat apakah mereka

budak itu terintai-intai
diri berseorangan
budak itu termangu-mangu
hati yang kesepian

p/s serabut.