Friday, March 25, 2011

Anak-anak Umi Abah


Terkenang adik-adik di rumah. Apa cerita korang kan? Rindunya wahai adik-adikku. Walau beberapa bulan tidak berjumpa, namun di hati ini selalu teringat kat korang.

*ayat di bawah merupakan betul-betul percakapan hati saya. so just baca je la ye. tapi agak kasar sedikit*

Weyh, nak dengar cerita tak? Aku menangis keharuan bila mendengar berita dia. Ye la en. Baru-baru ni ada keluar result SPM. Kan? Aku tak terkata bila aku ceritakan kejayaan dia pada orang lain. aku mahu seperti dia. Dia...

*tukar tone*

Saya pernah post tentang dia dan keluarga dia sebelum ini di sini.

Saya rasa amat bersyukur. Kejayaannya 11A+ ditambah lagi menjadi pelajar cemerlang maahad muar plus Ketua Pelajar lagi-lagi pelajar cemerlang tahap terbaik JOHOR, saya rasa macam nak........... Sungguh terharu, subhanallah.

Anak-anak umi dan abah. Tajuk video yang sempat dirakamkan oleh saudara beliau. Walaupun tiada umi dan abah di sisi, hampir sahaja tumpah air mata di kaca TV,
aku tahu kau tahan.
aku tahu kau redha.
aku tahu kau syukur.

Dia ketua keluarga. Dia sungguh matang.
Memimpin diri dan memimpin keluarga.
Walau masih belajar, dia bertanggungjawab atas adik-adik dan kakak-kakaknya.
Tanpa rasa berat kau terima.
Tanpa rasa sakit kau redha.

*siapa kata student tak boleh bina keluarga sendiri? secondary school student pulak tuh*

Umi saya kata, mak bapak orang baik. Anak-anak tentu baik. Anak-anak semua menjadi pula tu. Soleh wa solehah. Musleh wa Muslehah.

Sahabat saya kata, mereka kehilangan sesuatu tetapi Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Saya hanya mampu untuk mengatakan, mereka HEBAT!!!

Antara video di berita astro awani >>> ahmad ibrahim zakaria

No comments: