Tuesday, March 15, 2011

Mari Bangkit!

Awal Subuh yang hening

Antara perkara yang saya belajar daripada murabbi-murabbi dalam proses tarbiyah ini ialah sentiasa berusaha untuk bangun awal pagi sebelum azan Subuh berkumandang. Kata Murabbi saya :

“ Waktu awal pagi yang hening adalah waktu yang sangat istimewa bagi orang yang beriman. Ia waktu bermunajat, menangis dan mengadu kepada Kekasihnya. Amalan bangun awal ini adalah amalan para Rasul terdahulu, para sahabat dan juga amalan orang yang soleh dan warak.”

Saya berazam, bertekad dan merancang untuk berusaha untuk bangun sebelum azan subuh. Pernah dalam satu penyampaian seorang sahabat ada menyebut :

“ Kata seorang ulamak, jika seorang mukmin itu bangun selepas azan Subuh itu tandanya dia adalah seorang mukmin yang lalai.”

Tersentak hati saya. MasyaAllah.

Penawar hati, jiwa, perasaan dan sanubari insan. Sangat mujarab!

petikan blog bro hamzah. mari melawat ramai-ramai!

subahanallah. saya juga tergamam apabila membaca. saya tersentak. fikir saya tentang sejarah ummat terdahulu. bagaimana sejarah perjuangan imam Syafie yang mana solat tahajud sejak berumur 7 tahun lagi. sudah pastinya dia bangun awal sebelum subuh. subhanallah. Allah melimpahkan rahmat ke atasnya dengan menjadikan dia seorang yang hidup mulia dan matinya juga mulia.

imbas juga kembali pada zaman khulafa' ar-rasyidin. bagaimana kehidupan al-Farabi, al-Ghazali, Ibn Sina, al-Razi yang menjadikan Allah di hati mereka sebelum mereka melakukan apa-apa pun. sehinggakan Allah memberi mereka kemudahan menuntut ilmu dan ilmu itu disebarluaskan seluruh dunia. betapa besarnya jihad mereka dalam menegakkan daulah islamiyyah dengan ilmu.

mari kita beramai-ramai berebut peluang jalan ke syurga ini.

saya mahu sama-sama kita senyum melangkah ke syurga kelak.

jadi, mari amalkan gaya hidup sihat dengan bangun awal pagi sebelum subuh!

:)

2 comments:

drhidayahjamil said...

Syukran ya ukhti...=)

Unknown said...

:) hidayah. miss you b!