Tuesday, May 17, 2011

Kanak-kanak itu Istimewa

Kanak-kanak itu bahagia meniti hari. Bercerita cerita demi cerita. Tidak jemu. Kanak-kanak itu tidak risau. Hanya kegembiraan setiap saat. Tidak jemu menceriakan kehidupan orang lain. Uniknya kanak-kanak bila mereka berjaya dengan jayanya mencairkan hati-hati mereka dewasa dengan hanya memandang sekilas wajah mereka. Walau sekejap cuma.

Zaman melampau semasa kecil
Ha88. Kelakar tajuk subtopik hari ini. Memang tidak dinafikan, indah belaka menjadi kecil. Bahagia. Tiada gaduh2. Neutral jer perasaan. Tiada ego. Tiada dendam. Tiada kata-kata kasar. Tiada tekanan. Semuanya nakal plus ceria. Nakal tak moh cerita panjang. Cerita paling nakal bila banyak peristiwa berdarah berlaku. Aduh. Darah memancut-mancut dari atas kepala. meleleh di dahi. Umi marah-marah. Si kecil itu masih terkejut tanpa tangisan. Oh. Itu cerita si kecil dahulu.

Kini sudah dewasa. Mahu sahaja kembali zaman itu. Semua orang sayang kita semasa kecil. Bila sudah besar, semakin complex hidup ini dengan pelbagai komitmen dan tanggungjawab. Ya, manusia yang semakin berakal dan rasional. Malah semakin matang dalam urusan kehidupan.

Kesimpulan lagi, kanak-kanak itu suci. Kanak-kanak itu unik. Diciptakan untuk menjadi ibrah kepada alam.

*kasihanilah mereka sebagaimana Allah dan Rasulullah mengasihani mereka yang yatim dan piatu.



2 comments:

Fahmi Bahrudin said...

mana ceritanya ....

Unknown said...

ha88. terdelete. owh silap2. bila ade mase nnt akan diceritakan. maaf88 semua.