Monday, May 23, 2011

pengajaran yang dilupakan...

alhamdulillah. semalam bersukan. hari ini sakit badan. gara-gara tidak cooling down. OoOoOhh tidaak!! kesilapan yang berulang sejak dulu. isk88, ambillah pengajaran...tahu sakit badan, tapi tidak mengambil tindakan.

ok. banyak pengajaran dan sikap yang harus dan wajib saya pelajari. saya membaca satu blog. jangan memilih membuat kebaikan terhadap orang lain. sesiapa pun dia, dia tetap hamba ALLAH. walau banyak kekurangan, kadang-kadang kita kegersangan iman. di mana mahu mencari? di mana iman itu muncul? bagaimana mahu mencari? mendekatkan diri dengan majlis ilmu di mana majlis ilmu itu adanya zikrullah (mengingati ALLAH di dalamnya) juga rapat dengan orang-orang yang soleh wa musleh...

asyik futur melampau jerk, bila nak beriman kembali?

teringat seorang sahabat karib saya berkata dan membisikkan sesuatu kepada saya,,,

JAGALAH HUBUNGAN ALLAH dengan kita, ALLAH AKAN MENJAGA HUBUNGAN kita dengan MANUSIA yang lain.

Banyak masalah kita berpunca daripada manusia,,,kalau tidak dengan orang lain, dengan diri sendiri.

Selalunya DIRI SENDIRI bermasalah.

Jadi dekat-dekatkanlah diri dengan ALLAH. Moga ALLAH jaga hati kita.

Perkongsian sebentar 5 minit daripada saya...

No comments: